NUFFNANG

Thursday, 22 August 2013

KPN tibai berapi Ketua Hindraf (timbalan menteri kerajaan najib) kritik tembak mati penjenayah

KPN tibai berapi Ketua Hindraf kritik tembak mati penjenayah

on Thursday, August 22, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

"Semasa polis terkorban mempertahankan tanah air di Lahad Datu, kita dikatakan berdrama.

 "Bila tembak menembak berlaku di sana sini, mereka kata polis berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa.

Bila penjenayah ditembak mati, mereka kata polis (bersikap) melulu dan zalim.

 "Apa ni? Apa wayang dia orang main pula?" 

Itulah perkataan yang terkeluar dari mulut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Ibrahim tatkala ditanya mengetai kritikan yang dilemparkan oleh Ketua Hindraf yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy.

 Memetik laporan Malaysiakini, Khalid ternyata kesal dengan kenyataan Timbalan Menteri berkenaan yang dilihat cuba memperkecilkan usaha PDRM mengekang aktiviti jenayah.

 "Kita tidak peduli orang cakap, kita ada tugas untuk laksanakan. Kita akan jalankan tugas kita dalam memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat," ujarnya Ops Cantas dilancarkan oleh PDRM

source : http://sejarahmelayu.blogspot.com/2013/08/kpn-tibai-berapi-ketua-hindraf-kritik.html

1 comment:

Anonymous said...

Betul Tan Sri KPN. Penduli cakap orang yang putar belit ini

Teruskan usaha membanteras jenayah.

Cuma kalau penjenayah itu mengancam nyawa Ketua Hindraf biar dia terkincit dan terkencing dulu baru dating selamatkannya.

Apalah nasib Malaysia mempunyai pemimpin melantik orang seperti ini sebagai timbalan menteri!!!