NUFFNANG

Monday, 19 August 2013

Memalukan ! Harakah Siar Foto Palsu Ahli Parlimen Jerman Berkabung Memperingati Konflik Mesir !!

Memalukan ! Harakah Siar Foto Palsu Ahli Parlimen Jerman Berkabung Memperingati Konflik Mesir !!


Laporan MPPNews :
Harakah hari ni telah menyiarkan sekeping gambar yang didakwanya ahli-ahli Parlimen Jerman berdiri memberi penghormatan kepada rakyat Mesir yang terkorban.

Dengan menggunakan tajuk "Gempar! Ahli Parlimen Jerman beri penghormatan roh syuhada".., Harakah juga menerbitkan artikel seolah-olah ahli Parlimen Jerman lebih baik dari Ahli Parlimen di Malaysia. 
Malangnya, gambar yang disediakan oleh HarakahDaily tersebut terbukti gambar palsu yang telah disiarkan pada tahun 2009 melalui sebuah video klip yang bertajuk "Die heuchlerische Brut". seterusnya
Pembohongan besar yang tertera di dalam Haprak Harakah Daily ialah :
Allahuakbar!! Orang bukan Islampun tahu hormat orang yang telah mati, Tentera Mesir pulak boleh bakar mayat-mayat para syuhada!!Kelihatan keseluruhan Ahli Parlimen Jerman berdiri beberapa minit sebagai tanda berkabung kepada roh-roh rakyat Mesir yang syahid sekaligus mengutuk tindakan yang dilakukan oleh Jeneral As-Sisi dan tenteranya.
Di bawah adalah bukti pembohongan besar artikel yang disiarkan oleh lidah rasmi parti PAS. Sungguh memalukan !


Video asal :



Tindakan kotor Haprak Harakah Daily yang menyiarkan laporan palsu bukan sahaja memalukan tetapi sudah pasti menjatuhkan imej dan maruah parti PAS yang kononnya islamik tetapi mereka adalah penyebar fitnah.

source : Dr MiM

kzso : sila review 1:30 di video asal

No comments: