NUFFNANG

Tuesday, 27 August 2013

Kalau Cina pulaukan pemimpin Melayu, salah ke Melayu pulaukan barangan Cina?

Kalau Cina pulaukan pemimpin Melayu, salah ke Melayu pulaukan barangan Cina?


Artikel menarik dari Blog. Zamkata ( Zainuddin Maidin ) mengenai kritikan beliau terhadap akhbar The Star dan bangsa Cina yang lupa asal usul mereka!

Apabila orang Melayu berpakat untuk memulaukan kedai Cina, barangan Cina dan semua produk syarikat Cina, maka akhbar The Star menjalankan kempen menentangnya kerana dakwanya membahayakan keharmonian sosial negara.

Tetapi apabila orang Cina menjalankan kempen untuk meruntuhkan dominan Melayu dalam sebuah kerajaan majmuk yang terbina sejak merdeka, The Star tidak pula nampak bahayanya.

Saya telah nampak bahayanya apabila ribuan orang Cina di kampong dan di bandar beratur panjang berbatu-batu, termasuk yang pulang dari luar negara untuk menenggelamkan kerajaan Melayu pada 5 Mei lalu.


Tindakan Buy Chinese Last oleh beberapa NGO Melayu adalah sebagai membalas tindakan orang Cina khususnya DAP yang mahu menghancurkan sebuah kerajaan yang bersifat multiracial tetapi telah tersasar membina sebuah kerajaan Bumiputra.

Jika orang Cina mahu melindungi perbuatan jahat menentang kepimpinan Melayu dengan kempen "Kami Suka Najib, Tetapi Tidak Suka BN," maka apa salahnya jika orang Melayu berkempen "Kami Suka Cina, Tetapi Tak Suka Barangan Cina."

Saya sendiri tidak percaya bahawa tindakan ini akan berkesan serta merta kerana kuasa ekonomi tidak sepenuhnya berada di tangan orang Melayu atau Bumiputra tetapi kempenBuy Chinese Last boleh berkesan jika dijalankan terus menerus dalam masa empat lima tahun akan datang secara profesional dengan strategi yang inovatif dan kreatif, halus dan bijak secara kecil-kecilan dan besar-besaran.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

No comments: