NUFFNANG

Monday, 26 August 2013

PATUT BACA! KHAS UNTUK PERHATIAN DATO SERI NAJIB ABDUL RAZAK – DARI WACTHERS GROUP

KHAS UNTUK PERHATIAN DATO SERI NAJIB ABDUL RAZAK – DARI WACTHERS GROUP


KHAS UNTUK PERHATIAN DATO SERI NAJIB ABDUL RAZAK – DARI WACTHERS GROUP #NajibRazak
Semua maklumat yang ada , tidak akan saya bongkarkan, tetapi saya ingin berkongsi dengan apa yang kami fikirkan terbaik untuk UMNO/Barisan Nasional iaitu cadangan cadangan yang dilihat adalah positif untuk difikirkan oleh kerajaan Malaysia , terutama Perdana Menteri  yang mempunyai penasihat yang menumbangkan pagar sahaja.
Wachers Group adalah kumpulan penganalisis dan pemerhati politik yang mempunyai dasar dasar kajian yang cukup mendalam dalam politik Malaysia. Kewujudan mereka ini tidak dikenali  mahu pun daripada Perdana Menteri sendiri. Mereka telah wujud  hampir 18  tahun yang lalu.
Pembongkaran , kajian mereka cukup relevan berdasarkan teori teori konspirasi, kejadian, pautan rangkaian, organisasi diseluruh arena politik dapat dibaca secara terang dan jelas, cuma mahu atau tidak segalanya diterima oleh kerajaan  demi memastikan kesinambungan UMNO / BN sebagai pemerintah didalam negara ini.
KAMI, THE WATCHERS GROUP DENGAN INI MERAYU KEPADA YANG BERHORMAT DATO SERI NAJIB BIN ABDUL RAZAK AGAR MEMFOKUSKAN PERJUANGAN UMNO KEPADA MEMARTABATKAN AGAMA ISLAM DAN MENYATU-PADUKAN ORANG ISLAM.
Jika UMNO berjaya mempertahankan Putrajaya, maka tiada sebab untuk tidakmemperhebatkan usaha mengajak PAS kembali bersepakat dengan UMNO. 
Malahan terdapat banyak pembaharuan politik yang boleh diperkenalkan bagi memujuk PAS kembali kepada perpaduan. Antaranya ialah:-

I. Mewujudkan dan menawarkan jawatan di Jabatan Perdana Menteri kepada tokoh-tokoh PAS yang bukan Anwarinas. 

Saya secara peribadi sangat bersetuju jika Dato Harun Din ditawarkan sebagai Menteri Penuh dan berhak memilih Timbalannya manakala Ustaz Nasha ditawarkan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Jika anda tanya saya apa jawatan yang sesuai untuk Dato Harun Din maka saya akan katakan “Menteri Dalam Negeri”! Hahaha.. 

At least lebih baik daripada si Kerismuddin. 

Malahan sebagai Menteri Dalam Negeri Dato Harun Din akan dapat access kepada segala bukti-bukti mengenai cubaan musuh Islam menguasai negara ini. 

Mudah-mudahan maklumat seperti ini akan kembali menyedarkan Dato Harun Din betapa merbahayanya individu-individu yang sebelum ini bermuka-muka dengan beliau.



II. Memperkenalkan majlis penasihat kepada Majlis Tertinggi UMNO yang berfungsi seperti majlis syura di dalam UMNO. 

Tokoh-tokoh PAS seperti Dato Harun Din, Ustaz Nasha dan tokoh lain yang bukan Anwarinas hendaklah dipujuk menganggotai serta berdampingan dengan tokoh-tokoh seperti  Tuan Guru Abdullah Samaah, Ustaz Fathul Bahri, Ustaz Mohd Kazim Elias, Dr. Juanda dan semua mufti-mufti bagi negeri-negeri di Malaysia. 

Majlis ini juga hendaklah diberi kekebalan daripada undang-undang dalam menyuarakan isu-isu yang berkait dengan permasaalahan umat Islam. 



III. Sudah sampai masanya agar UMNO mengkaji semula hubungannya dengan golongan dakwah yang terbukti berjaya dalam bidang perniagaan seperti kumpulan Ikhwan dan Tabligh. 

Memandangkan Tun Mahathir sendiri pernah mengaku bahawa dasar DEB gagal mencapai sasaran seperti yang diharapkan, maka pendekatan yang digunakan oleh golongan Ikhwan dan Tabligh harus dikaji, diperhalusi dan cuba ditiru dengan galakan Kerajaan. 

Jika terdapat kemusykilan mengenai fahaman dalam kumpulan ini yang dikhuatiri sedikit off, maka saya yakin tokoh-tokoh ugama kita mampu berbincang dengan pimpinan mereka bagi tujuan saling menasihati dalam isu berkaitan akidah ahli sunnah wal jamaah. (P/S: Syiah group? No way!).



IV. Pada pendapat saya kesemua ahli politik UMNO yang dilantik semula hendaklah berbaiah taat setia kepada Raja-Raja Melayu serta bermuhabalah secara terbuka dalam janji  mereka untuk melaksanakan amal ma’ruf nahi mungkar serta menjauhi rasuah dan maksiat. 

Dengan cara ini maka kita menyerahkan nasib mereka kepada Allah Ta’ala sekiranya mereka melanggar sumpah mereka.



V. Sudah sampai masanya UMNO berbincang secara terbuka mengenai ancaman musuh-musuh Islam samada Yahudi, Illuminati dan Freemason. 

Peduli apa dengan media antarabangsa yang bakal memperli kepimpinan kita seolah-olah negara ini dipenuhi dengan pemimpin paranoid. Yakinlah bahawa Iblis itu ada walaupun kita mungkin belum pernah melihatnya.



VI. Walaupun sebahagian mereka pernah mengkhianati kita, namun janganlah kita menghukum kesemua suku-kaum suluk beragama Islam dari Filipina. 

Saya yang emo dengan Suluk ini pun telah ditarbiyah oleh senior saya dan mengakui bahawa saya tidak boleh prejudis dengan mereka semua. 

Pendekatan baru hendaklah diambil untuk menyelesaikan kemelut warga asing beragama Islam di Sabah serta mempererat persahabatan dengan kumpulan pejuang Islam Asia Tenggara di Thailand dan Filipina. 

Saya akan menulis secara detail mengenai perkara ini nanti namun satu cadangan yang boleh difikirkan ialah menjemput mereka menyertai tentera Malaysia dalam misi bantuan (dan pengaman) ke negara-negara bergolak seperti di Palestin dan Myanmar. 

Sebenarnya masalahnya dengan bekas tentera MNLF dan PULO ni ialah apabila keamanan wujud di wilayah mereka maka mereka pun menganggur. 

Sepertimana penganggur-penganggur lain, maka mereka pun ditekan oleh masalah ekonomi sehingga akhirnya hilang pertimbangan dan mudah dibeli sebagai mercenary oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab. 

Tiada salahnya jika kita menjemput mereka ikut serta dalam perjuangan membantu umat islam yang tertindas di negara lain. 

Selain menyelesaikan masalah ekonomi mereka, perjuangan sehidup semati di muncung senjata juga pasti memperatkan ukhuwah diantara tentera kita dengan tentera mereka. 

Menaja mereka ke negara luar juga langsung tidak memberi risiko kepada keselamatan negara kita kerana mereka akan berada di luar negara.



VII. Kami juga mencadangkan agar yang berhormat Dato Seri melupakan persepsi lapuk bahawa kalau nak menang pilihanraya kena ada sokongan bangsa cina.

PRU13 ini telah membuktikan bahawa orang melayu boleh menang pilihanraya tanpa sokongan mereka. 

Oleh itu semangat “Ultra Malay” hendaklah disemai secara berhemah dikalangan orang melayu Islam dimana sebarang bantuan kerajaan, perjawatan, pelaburan, bantuan pinjaman perniagaan, promosi, permohonan tanah, permohonan lesen dan lain-lain hendaklah diutamakan kepada orang melayu saja. 

Jumlah kuota melayu juga hendaklah dilipat kali gandakan manakala segala bentuk bantuan kerajaan yang sebelum ini diperuntukkan melalui MCA kepada kaum mereka hendaklah dipindah kepada pembangungan umat Islam terutamanya kepada penyokong PAS di Kelantan yang masih mengalami masalah mempertingkat taraf hidup mereka. 

Ini bagi saya bukanlah satu penganiayaan kepada orang cina kerana mereka mengundi DAP pun atas kepercayaan mereka bahawa mereka boleh terus berjaya dalam hidup tanpa secuit bantuan orang Melayu. 

Oleh itu tak usahlah kita mengganggu mereka dan tak usahlah kita melakukan provokasi kepada mereka. 

Biarkanlah mereka melaksanakan hak mereka untuk hidup aman di Malaysia namun dalam masa yang sama adalah jelas mereka juga tidak mahukan bantuan extra daripada Kerajaan kita. 

So tak perlu layan tuntutan dan ugutan pemimpin mereka lagi. 

Tumpukan saja segala wang itu kepada orang Islam di Malaysia.


source : rmf7

No comments: