NUFFNANG

Tuesday, 27 August 2013

Peghhhh kenyataan pedas Tan Sri Abdul Gani Patail : "Kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana 'ketagih'

Gani Patail perlu hadapi sendiri penjenayah tegar kalau nak tahu langit tu tinggi ke rendah?


Kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, bahawa kebergantungan polis terhadap Akta Ordinan Darurat (EO) untuk menahan penjenayah tegar kerana 'ketagih' dengannya adalah terlalu sinikal.

Demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor yang turut menyifatkan kenyataan Abdul Gani itu sebagai tidak bijak.

“Bermakna undang-undang ketika itu diwujudkan tanpa kajian sehingga menyebabkan polis menjadi ‘ketagih’.

“Beliau (Abdul Gani) mesti tahu setiap undang-undang itu mesti mendapat kelulusan daripada pejabat Peguam Negara," katanya disini semalam.

Kata beliau, sekiranya benar dakwaan tersebut, Gani perlu melihat bagaimana keberkesanan EO untuk berdepan dengan penjenayah berat.


“Beliau tidak bergelumang dengan penjenayah, dia tidak berdepan seperti kita dalam polis. Kita bercakap isu jenayah berat sekarang ini.

“EO tidak membantu polis adalah tidak benar, tanya sahaja kepada pesara polis, mereka akan mengakuinya,” ujarnya yang memegang jawatan nombor satu polis itu pada Januari 1994 hingga 1999.

Kata Rahim lagi, Abdul Gani tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu dan beliau perlu kemukakan bukti sekiranya ia benar.

“Kecuali beliau memang ada buat kajian mendalam dari segi aspek ‘ketagihan’ dan mesti ada bukti yang sahih.

“Kalau tidak boleh memberi asas yang kukuh, saya anggapnya sebagai sinikal dan bersifat sarkastik,” katanya.

Terdahulu, Abdul Gani dalam laporan sebuah portal berita berkata, secara umum tahanan tanpa bicara gagal mengekang jenayah sejak zaman dahulu namun polis menggunakannya kerana mereka ketagih dengannya.

Suara Politik
Belantan

No comments: