Belia Cina Wajar Tonton Tanda Putera
Filem sejarah, Tanda Putera, arahan Shuhaimi Baba menjadi kontroversi apabila DAP menuduhnya sebagai membangkitkan ketegangan.
Kita faham kebimbangan DAP kerana filem tersebut telah menyerlahkan warna sebenar parti itu yang bersifat perkauman dan angkuh.
DAP merupakan pencetus tragedi 13 Mei 1969 yang menyaksikan kaum Cina dan Melayu berbunuhan sehingga membawa kepada keadaan darurat.
Hakikat inilah yang cuba dinafikan oleh DAP.
Untuk itu DAP telah berusaha sedaya upaya sejak sekian lama untuk mengubah sejarah dan menuduh bahawa 13 Mei dicetuskan oleh UMNO.
Malangnya, sejarah tidak mungkin diubah-ubah dan hakikatnya DAP merupakan parti yang lahir dari fahaman komunisme dan bertonggakkan perkauman.
Mereka-mereka yang telah melalui tragedi 13 Mei mampu menjadi saksi kepada sejarah ini.
Roh DAP sentiasa membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Institusi Raja-raja.
Matlamat akhir mereka ialah menegakkan Ketuanan Cina serta meminggirkan kaum-kaum lain.
Kita percaya bahawa matlamat ini terus dipegang oleh DAP sehingga ke hari ini.
Oleh itu, apabila filem Tanda Putera berjaya melepasi halangan dan bakal ditayangkan pada 29 Ogos ini, DAP mencuba sekali lagi untuk membersihkan namanya.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua membuat kenyataan bahawa filem tersebut boleh saja ditayangkan asalkan ia diisytiharkan sebagai filem cereka.
Soalnya, siapa Tony Pua untuk memberi syarat kepada sesiapa?
Sepatutnya Tony Pua menggalakkan kaum Cina menonton filem ini bagi menghayati sejarah negara ini.
Biar betapa pahitpun kebenaran itu, ia wajib ditelan oleh semua kaum Cina negara ini yang mengaku sebagai warganegara.
Menerima kebenaran merupakan langkah pertama ke arah perubahan kepada kebaikan.
Melainkan, Tony Pua atau DAP tidak pernah dan tidak ingin berubah dan masih membawa roh yang sama iaitu membenci Melayu, memusuhi Islam dan menentang Raja-raja.
DAP tidak mungkin akan begitu gelabah jika mereka benar-benar tidak bersalah dalam tragedi 13 Mei.
Segala keresahan mereka adalah bukti bahawa mereka benar-benar terlibat dalam mencetuskan ketegangan kaum.
Malah, sifat perkauman dan perangai angkuh serta gemar menghasut DAP masih kekal sehingga ke hari ini dan boleh dilihat dengan jelas oleh semua rakyat Malaysia.
Dengan sifat dan perangai yang sama masih terserlah, pastinya sukar bagi pihak DAP untuk menafikan bahawa merekalah dalang pencetus 13 Mei.
Hujah Tony Pua lagi, walaupun filem ini mungkin memaparkan kisah benar ia tetap mampu mencetuskan ketegangan kaum.
Kita tidak faham kenapa sebuah kisah benar yang berlaku berdekad lalu mampu mencetuskan ketegangan kaum?
Apakah Tony Pua cuba berhujah bahawa sejarah bagaimana kulit putih Amerika menindas dan merampas tanah puak Red Indian tidak wajar difilemkan kerana bimbang menyebabkan kaum Red Indian memberontak?
Atau kisah Jepun menyiksa rakyat China tidak boleh dipaparkan kerana takut menyebabkan orang Cina hari ini bertindak ke atas orang Jepun?
Sebenarnya kebimbangan DAP hanya membuktikan yang segala kebencian DAP terhadap Melayu masih belum menjadi sejarah tetapi merupakan sesuatu yang berkekalan sehingga ke hari ini.
Oleh itu, ia memberikan alasan yang jauh lebih kukuh agar masyarakat Cina menonton filem ini bagi menimbulkan kesedaran betapa pentingnya kita semua menjaga keharmonian.
Perbuatan menghasut dan menyebar kebencian hanya menjurus kepada kemusnahan.
Sifat angkuh dan perkauman kaum Cina perlu diubah segera atau ia mampu mengulangi sejarah 13 Mei.
Sesungguhnya, keangkuhan kaum Cina tidak akan membawa kebaikan mahupun keuntungan kepada sesiapa.
Sudah sampai masanya kaum Cina bersama-sama dengan kaum lain menghayati sejarah negara ini serta menerima hakikat kebenaran akan asal usul mereka mahupun sejarah nenek moyang mereka seadanya.
Belajarlah dari kesilapan dan bukannya menafikan kesilapan. Sebagai permulaan, tontonlah filem Tanda Putera agar mendapat sedikit pengetahuan.
source : pisau.net
No comments:
Post a Comment