NUFFNANG

Thursday, 29 August 2013

APA NI USTAZ..? TAK BAIK LA BERPERANGAI MACAM NI....

APA NI USTAZ..? TAK BAIK LA BERPERANGAI MACAM NI....

ahmad_ketuapkedah

Masih lagi hangat diperkatakan di Kedah mengenai sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru berakhir semalam. Rata-rata di sekitar negeri itu masih terngiang-ngiang lagi kenyataan fitnah dari mereka yang sering mengungkapkan lafaz ayat Al-Quran di bibir…

Kalau fitnah tersebut keluar dari mulut mereka yang bukan beragama Islam, mungkin saya dapat terima. Namun bila diungkap dari lidah yang mewakili para pemuda PAS yang kononnya “vokal” dan lebih Islam yang umat Islam yang lain, rasa macam nak tempeleng kepalanya pun ada!

Ketika DUN Kedah sedang sebok bersidang baru-baru ini, datang sekumpulan kakitangan syarikat Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) ke Wisma Darulaman, lokasi di mana sidang DUN tersebut tengah rancak berlangsung.


Untuk makluman, IHSB merupakan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah yang ditubuhkan PAS Kedah di bawah Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Syarikat itu dilaporkan rugi memanjang walaupun KUIN memberi pinjaman sebanyak lebih RM30 juta selama 5 tahun ditubuhkan!

Khabarnya, sehari sebelum itu, beberapa individu yang dipercayai “lebai-lebai” PAS telah bertemu dengan kakitangan IHSB yang mendakwa tidak dibayar gaji selama 4 bulan.

Menurut sumber, pertemuan itu bertujuan untuk mengadakan demonstrasi di Wisma itu bagi memalukan Kerajaan BN Kedah pada majlis pembukaan sidang DUN tersebut. Sebagaimana dirancang, maka berlakulah demonstrasi itu…

Dikhabarkan bahawa para kakitangan IHSB yang “diperlembukan” pak-pak lebai PAS itu bertegas mahu berjumpa dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan mahu menyerahkan petisyen bantahan tersebut “by hand” serta menuntut gaji mereka dibayar segera.

Mungkin menghormati sidang DUN yang menyaksikan Pemangku Sultan Kedah, DYMM Tuanku Bendahara sedang menyampaikan titah di dalam dewan, maka MB terpaksa mengambil sedikit masa untuk bertemu dengan kakitangan IHSB tersebut.

ahmad yahya

Sekonyong-konyong, maka terbitlah kenyataan yang berbaur fitnah dari akaun Facebook rasmi milik Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya, yang mendapat jolokan “Ostat” itu. Katanya, MB melarikan diri dan enggan bertemu dengan kakitangan IHSB yang sedang berdemo!

Padahal, mendengar tentang demonstrasi kakitangan IHSB itu, ketua Kerajaan BN Kedah itu tidak menunggu lama untuk keluar sendiri bertemu dan bersemuka dengan kakitangan IHSB tersebut! Malah bukti bergambarnya pun ada!

dm ihsb

Jadi, di mana betulnya tuduhan Ahmad Yahaya mengenai MB Kedah yang lari dari kakitangan IHSB sebagaimana yang didakwanya? Lebih menjijikkan, “Ostat” yang merupakan ADUN Alor Mengkudu itu langsung tidak menarik balik tuduhan, apatah lagi tampil meminta maaf!

Saya tertanya-tanya, apakah ini sikap dan sifat seorang Ketua Pemuda PAS? Inikah sikap seorang yang sering memulakan kalamnya dengan ayat-ayat Al-Quran? Apakah dia tidak takut pada dosa besar atas fitnah tersebut?

Pada pandangan saya, mungkin juga Ahmad Yahaya terlupa pada potongan firman Allah yang meletakkan hukum fitnah itu adalah lebih besar dosanya dari dosa membunuh? Dia lupa atau pura-pura lupa?

Sinisnya, dalam ucapan penggulungan membahas titah Tuanku, Mukhriz sempat membidas “Ostat” itu dengan menyatakan bahawa beliau bukanlah seperti “kerajaan terdahulu” yang hanya berani menghantar “pengawal keselamatan” untuk menerima memorandum atau petisyen!

Saya tak tahulah di mana “Ostat” tersebut letakkan maruahnya. Kalau ada maruah, pasti dia tidak akan menabur fitnah dan jika dia bermaruah, saya yakin dia akan memohon maaf secara terbuka serta terkesan dengan sindiran itu.

Malangnya, mungkin kerana ego seorang “Ostat” dan mungkin memikirkan dia “maksum” dari sebarang dosa, maka dia enggan meminta maaf. Soalnya, apakah ini generasi ulama yang bakal memimpin PAS pada masa akan datang? Sikapnya tak ubah mirip Mat Sabu, kan?

Sumber: Mykmu.net

No comments: