Akar umbi UMNO marah sikap Najib!
Mesyuarat cawangan UMNO sedang berlangsung di seluruh negara sekarang dan sebahagian besarnya sudah selesai bermesyuarat dan memilih pimpinan masing-masing termasuk sayap-sayap parti - Wanita, Pemuda dan Puteri.
Namun di sebalik kehangatan pemilihan pimpinan cawangan, khabarnya suara-suara akar umbi yang membentangkan usul-usul dengan lantang mengecam Najib kerana dikatakan lembik dan gagal mempertahankan agama Islam, Melayu dan keselamatan rakyat.
Para ahli UMNO yang berada di peringkat bawah tidak senang dengan sikap bertolak ansur Najib terhadap para penghina agama Islam, kaum Cinabeng yang terus menerus mencabar hak Melayu serta menuntut pelbagai perkara yang tidak masuk akal.
Najib juga dihentam kerana cepat bertindak menghapuskan ISA dan Akta Darurat (EO) selepas diasak oleh pihak pembangkang yang jelas menunjukkan lemahnya daya tahan Najib dengan serangan pihak pembangkang.
"Ini kalau ada yang berani mencabar jawatan Presiden silap-silap Najib boleh terlungkup. Kalau tengok kelantangan suara-suara akar umbi, aku yakin Najib boleh hanyut..." kata seorang saudara selepas selesai mesyuarat satu cawangan UMNO di Johor semalam.
Saudara aku tu kata nampaknya sekarang ini hanya Muhyiddin dan Zahid Hamidi sahaja yang lantang mempertahankan Melayu, Islam dan mengekang desakan pihak Cinabeng termasuk usaha membatalkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang dirancang kerajaan.
"Harapkan Najib... hemmm.... Hancusss....!" dengus saudara aku tu.
Hemmm... Kalau betullah akar umbi sendiri menilai Najib sedemikian aku tertanya-tanya juga apakah Najib masih boleh diharapkan untuk membawa UMNO dan BN mempertahankan kedudukan pada PRU-14 nanti. Atau apakah nasib beliau sama dengan apa yang terjadi terhadap Pak Lah ~ mendapat desakan agar melepaskan jawatan.
Kalau betullah UMNO parti yang memperjuangkan bangsa Melayu, mempertahankan agama Islam dan mendaulatkan Raja-raja Melayu, maka UMNO tidak boleh lagi bersikap berdiam diri. Mereka perlu berani... berani menolak pemimpin yang lemah, lembik dan tidak berdaya waiman Najib sekali pun.
Tambahan dengan sistem baru dalam proses pemilihan pucuk pimpinan, ahli-ahli di peringkat akar umbi mempuyai peluang untuk menukar pucuk pimpinan yang dianggap gagal dan lemah, untuk menjulang nama-nama mereka yang kuat dan perkasa mempertahankan agama, bangsa dan negara. Bukannya pemimpin yang akur dengan kemahuan isteri, para penasihat dan kehendak pembangkang.
UMNO boleh ucap selamat tinggal kepada para pemimpin sedemikian. Ada berani ke?
source : mesin taip buruk
No comments:
Post a Comment