Anwar kalah saman terpaksa bayar Tun M,Yuktes Cabar Anwar Dedahkan Siapa Pembiaya Dananya..
Yukteswaran Mallaippan atau lebih dikenali sebagai Yuktes Vijay, nama seorang anak muda yang tidak asing sekarang ini.
Mengidolakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika darjah 6 pada tahun 1999, ketika meletusnya era reformasi selepas Anwar dipecat daripada UMNO dan kabinet kerajaan.
Menyertai team peguam Anwar sebagai pembantu kepada peguam Sankara Nair. Sankara adalah peguam peribadi Anwar dan peguam untuk kes-kes utama Anwar terutamanya kes liwat II.
Meninggalkan Anwar pada awal 2013 selepas Anwar, Azmin Ali dan Badrul Hisham Shaharin (Chegu Bard) dibicarakan di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur, berkaitan dengan mengingkari perintah larangan mahkamah semasa perhimpunan Bersih 3.0.
“Soalannya senang, dari mana Anwar dapat duit (untuk bayar) itu? Kalau Sankara Nair yang bayar untuk Anwar, mana Sankara Nair dapat duit.
“RM 120,000 itu besar dan itu hanya satu kes saman sahaja,(tapi) berapa ramai Anwar saman orang lain. Dari Khairy Jamaluddin sampai ke Utusan Malaysia, berapa kali dia kalah. Siapa bayar kos-kos itu?
“RM 120,000 itu satu kes sahaja dan saya ingat saya ada bukti. Ini, saya ada bukti.
“Soalan saya senang, sebagai Economic Adviser Selangor, gaji RM 1 tabiklah..drama. Sebagai Ahli Parlimen gaji mungkin RM10,000..RM20,000. Awak ada bodyguard, kereta mewah, staff ada. Siapa bayar? Fundingdari mana? Siapa yang bayar gaji mereka?
“Bukan semua orang bodoh macam saya yang nak bekerja sukarelawan. Siapa bayar mereka ? Okay tak apa itu hal awak lah. Ada orang sponsor ke? Siapa bayar? Saya tahu dia tak nak jawab,” kata Yuktes ketika ditanya tentang keputusan mahkamah yang mengarahkan Anwar membayar sejumlah wang kepada Tun Dr Mahathir apabila tewas dalam kes saman dituduh sebagai seorang biseksual dan homoseksual di Mahkamah Persekutuan pada November 2010.
Ikutilah wawancara AIDC bersama Yuktes Vijay di Kuala Lumpur pada 26 Julai.
AIDC : Saudara mengidolakan Anwar Ibrahim sejak dari zaman sekolah lagi, betul kan?
Ya. Sekolah rendah.
AIDC : Kenapa mengidolakan Anwar sejak dari sekolah rendah lagi?
Reformasi. Perjuangan Reformasi. Masa itu saya masih kecil lagi dan tak tahu apa-apa. Yang saya tahu masa itu, dia menentang Perdana Menteri (Dr Mahathir). Kata dia, dia dianiayai, rasuah, itu lah, ini lah… dia kata kes liwat, ada orang program, diset up semua (konspirasi)
Masa itu, saya ingat di set up lah, sebab tengok pada gambar-gambar, ooh memang diset up lah. Kalau tidak, kenapa begitu ramai orang datang support dia kan.
Saya darjah 6 pada masa itu, tahun 1999.
AIDC : Pakatan Rakyat menang besar pada PRU 12, anda masih lagi penuntut kan ?
Pakatan Rakyat menang pada masa birthday saya tapi pada masa itu saya tak kisah politik. Masa tu ada parti kat KLCC, pada 21 Mac kan, hari itu birthday saya.
Lepas itu, pada tahun 2009 saya ke United Kingdom (UK). Ada seorang kawan namanya Ravi, dia banyak bantu saya. Kemudian, saya dapat berita, dia lulus dan join peguam Karpal Singh.
Anwar pada masa itu pun sudah angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.
Masa itu saya dah mula benci Sammy Vellu dan kebencian itu bertambah bila berlaku GAS (Gerakan Anti Sammy Vellu) di Klang.
Saya masa itu masih ada kat UK.
Jadi, bila saya balik (Malaysia), saya join Sankara Nair.
AIDC : Apakah yang mendorong saudara menyertai peguam SN Nair ?
Saya balik ke Malaysia pada tahun 2010. Dua sebab saya join Sankara Nair. Pertama, passion (teruja emosi). Dari dulu memang saya nak join firma Sankara Nair.
Kedua, saya nak dapatkan nama baik.
Saya kena beritahu semua ini, sebab saya tahu cara Anwar, dia akan attack kredibiliti saya, alihkan perhatian orang ramai dengan jadikan isu peribadi saya sebagai isu utama.
Sebelum ke UK, saya belajar di Taylor College. Masa itu saya ada tabiat buruk, suka berjudi. Berjudi bola, di Genting. Masa itu nasib baiklah sebab saya selalu menang duit. Tapi tiba pada satu period, saya dah mula kalah. Jadi, saya dah mula angkat duit. Saya mula pinjam duit Ah Long. Masa itu saya takut nak cakap dengan bapa saya. Apa saya buat, saya selalu call kawan-kawan saya minta pinjam duit.
Saya settle semua problem itu, selepas itu saya pergi ke UK.
AIDC : SN Nair terima saudara di firmanya ?
Masa saya ditemuduga Sankara Nair, dia tanya satu soalan, kenapa berminat sertai dia. Saya jawab, saya nampak diri saya sebagai seorang peguam dan saya juga nampak Perdana Menteri Malaysia adalah Anwar Ibrahim.
Jadi saya diterima masuk. Satu bulan saya tak buat apa-apa, saya jadi tukang urut dia. Pembantu dia, tapi saya tak kisah sebab saya kena dapatkan balik nama saya yang sudah hilang.
Kerja tiga bulan secara kontrak. Lepas itu barulah saya dapat jumpa idola saya, Anwar. Kali pertama (jumpa), dia buat ‘signal-signal’.. (Sambil menunjukkan cara Anwar bersalam dengannya, menggunakan ‘signal’ satu jari yang menggaru-garu telapak tangannya).
Dia (Anwar) buat ‘signal’ pada saya. Tapi dia punya seksual, saya tak kisah, asal dia punya idea baik, niat baik, okaylah.
AIDC : Saya terbaca di blog Anwar (anwaribrahimblog) tentang isu saudara, ditulis oleh Sankara Nair pada 14 Mac 2013. Dia cakap, ”anda (Yukteswaran Mallaippan aka Yuktes Vijay) adalah seorang pelajar attachment di SN Nair & Partners untuk 18 bulan, dia (Yuktes) meninggalkan firma saya pada Januari 2012, dia adalah pelajar LLB UK”. Saudara ada apa-apa komen tentang kenyataan ini?
Statement itu separuh benar dan separuh palsu. Saya bukan attachment 18 bulan.
AIDC : Separuh benar ? Maksudnya ?
Attachment hanya untuk 3 bulan saja. Lepas itu dia (SN Nair) angkat saya (jadi pekerja dia) sebab dia tahu kewibawaan saya.
Selepas kontrak attachment habis, saya terus masuk bekerja (dengan dia pada) the next day. Saya nak membuktikan bahawa di firma SN Nair adalah satu platform yang baik. Memang dia seorang bos yang baik, dia beri saya peluang. Tidak semua peguam yang beri awak peluang. Dia pernah uji saya sejauh mana saya boleh dipercayai.
Dia cakap saya attachment 18 bulan tapi kalau saya attachment sahaja, (bermakna) dia tak bayar saya.
Persoalannya, macam mana, dia sebagai seorang peguam yang masyhur, berpengalaman, peguam Anwar Ibrahim lagi, tapi tak (mampu) bayar saya ?.
Kalau tak bayar (bermakna) tak ada kontrak. Ini bermaksud awak tak boleh buat apa-apa terhadap saya.
Kalau awak cakap 3 bulan saja, okay, (tapi bagaimana) yang lain..
Kalau saya ‘pelajar’ attachment saja, kenapa email-email (sulit) dihantar kepada saya. Saya di bcc kan (email) oleh Sankara sendiri. Copy-copy email yang saya hantar pula di cc kan pula kepada Sankara.
Kenapa dalam kes MC (dokumen cuti sakit) palsu itu, email pertama dihantar kepada email saya. Kes CheguBard (berkaitan dengan kes mahkamah BERSIH 3.0) itu, saya yang hantar.
Siapa yang beri idea jadikan peguam Chegubard (peguam Anwar dan Azmin) supaya nampak satu team (dengan kemasukan peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden). Saya yang beri idea itu sebab saya nak selamatkan air muka Anwar ketika itu.
Kalau saya teruk (dan bukan pekerja dia), kenapa dia salinkan copy email kepada saya
AIDC : Saudara pernah sebut semasa saudara mula-mula diambil sebagai pembantu Sankara Nair, ketika itu berlaku kes saman Anwar terhadap Tun Dr. Mahathir tentang tuduhan biseksual, homoseksual di Mahkamah Persekutuan pada November 2010. Anwar tewas dalam kes itu dan diarahkan mahkamah membayar kos RM70,000 kepada Tun Dr. Mahathir.
Kos itu bukan RM70,000. Starting RM330,000, itu claim dari (peguam Tun Mahathir) VK Lingam. Seperti biasa lah, dia pergi negotiate, dipanggil texture of cost. Dia pergi sampai tahap berunding dengan mahkamah dan diarah bayar RM120,000, kalau saya tak silaplah.
Saya ada bercakap dengan seorang peguam dari firma VK Lingam & Co, seorang lelaki, India. Dia selalu call pressure minta duit.
Untuk dapatkan duit RM120,000. Saya tahu duit itu dibayar.
Soalannya senang, dari mana Anwar dapat duit (untuk bayar) itu? Kalau Sankara Nair yang bayar untuk Anwar, mana Sankara Nair dapat duit.
RM 120,000 itu besar dan itu hanya satu kes saman sahaja,(tapi) berapa ramai Anwar saman orang lain. Dari Khairy Jamaluddin sampai ke Utusan Malaysia, berapa kali dia kalah. Siapa bayar kos-kos itu?
RM 120,000 itu satu kes sahaja dan saya ingat saya ada bukti. Ini, saya ada bukti.
Soalan saya senang, sebagai Economic Adviser Selangor, gaji RM 1 tabiklah..drama. Sebagai Ahli Parlimen gaji mungkin RM10,000..RM20,000. Awak ada bodyguard, kereta mewah, staff ada. Siapa bayar? Fundingdari mana? Siapa yang bayar gaji mereka?
Bukan semua orang bodoh macam saya yang nak bekerja sukarelawan. Siapa bayar mereka ? Okay tak apa itu hal awak lah. Ada orang sponsor ke? Siapa bayar? Saya tahu dia tak nak jawab.
Dia takkan beritahu macam mana dia bayar RM 120,000 itu. Kenapa? Saya tahu dia cuba lindungi siapa. Suruh dia keluarkan nama. Kalau dia berani, saya cabar dia keluarkan nama itu. Kalau dia betul-betul anak jantan, keluarkan nama itu.
Saya tak pernah cakap macam ni, tapi kali ini saya betul-betul geram. Kalau dia betul-betul lelaki, keluarkan nama tu. Saya tahu siapa yang bayar dan cek itu dari siapa.
Suruh VK Lingam & Co confirmkan dia dapat cek tu, kalau tak silap hari Jumaat, dia dibayar.
AIDC : Kenapa Anwar tewas kepada Tun Mahathir di mahkamah dalam isu beliau dituduh sebagai seorang biseksual dan homoseksual?
Kalau tak silap saya lah, Sankara silap fail afidavit. Tapi saya tak pastilah sebab masa tu saya bencikan mahkamah. Saya pada masa itu, anggap mahkamah sengaja mahu kenakan Anwar. Semua kes kalah.
Saya pelajar LLB UK pada masa itu. Kepercayaan Sankara kepada saya, saya pun tak tahu kenapa. Saya rasa bersalah ‘menderhaka’ kepada dia (sekarang ini) tetapi saya akan terang nanti kenapa saya buat macam ni.
Saya dibawa masuk ke dalam chamber of judge (kamar hakim). (Sepatutnya saya) tak boleh masuk.
Saya tak ada locus standi nak masuk. Saya dibawa masuk untuk satu kes saman lawan Khairy Jamaluddin.
Saya masuk dalam tu (kamar hakim) bersama Sankara. Yang itu service of summon. Saya masih ingat lagi.Every moment saya bekerja dengan Sankara seperti impian dalam impian.
AIDC : Saudara juga terlibat sebagai pembantu Sankara untuk kes liwat Anwar II ?
Ya. Dari tahun 2010 hingga 2012. Sampailah keputusan mahkamah dikeluarkan pada 9 Januari 2012.
AIDC : Sebagai pembantu, apakah tugas-tugas saudara?
Starting saya bawa bag (bos) saja, susun fail, susun jadual bos, belikan air.
Saya tahu kes itu dari A to Z, saya baca kes itu. Saya sendiri buat research. Sampai satu peringkat saya ada’ kacau’ kawan-kawan saya yang buat medicine . Saya kata apa itu rektum, ajar saya.
Lepas itu, saya bincang dengan Sankara. Kalau Sankara ada dokumen pun dia akan forward kepada saya. Pada masa itu, saya yang cadangkan kepada bos saya, Sankara, lepas kita dapat email kita delete. Saya begitu nak ambil berat…
AIDC : Tentang kes?
Bukan kes tapi Anwar.
AIDC : Saudara bersungguh-sungguh mahu lindungi Anwar?
Ya. Ketika itu saya benci Datuk Seri Najib..MIC.. saya betul-betul benci. Tapi masa itulah, sekitar tahun 2010..2011. Saya juga diberitahu tentang email ‘astroboy’.
AIDC : ‘Astroboy’?
Astroboy itu satu karektor kartun kegemaran Anwar. Anwar suka sangat kartun astroboy. Ini bukan saya yang cakap, Sankara yang beritahu saya.
AIDC : ‘Astroboy’ tu email siapa?
Email Anwar. Itu email yang diguna untuk kita (team Anwar) berhubung dengan orang-orang tertentu.
AIDC : Email khusus untuk kes liwat II ?
Semua.
AIDC : Maksudnya, bukan sekadar email khas untuk kes liwat sahaja, tetapi untuk perkara-perkara lain termasuk berkaitan dengan politik Anwar?
Ada banyak kes. Saya tahu semua.
Mereka percayakan saya dan saya tidak akan menganiayai mana-mana pihak.
Saya tahu tentang PKNS..perundingan untuk kes-kes MPSJ. Tahun 2011, Sankara tak dapat mana-mana kes daripada Kerajaan Negeri Selangor masa itu. Saya yang pergi buat negotiation.
Tahu dengan siapa saya pergi buat negotiation itu? Dia adalah abang kepada seorang pemimpin tertinggi PKR yang ibunya sendiri benci dia. Saya pergi jumpa abang dia.
Masa itu saya dah dengan Anwar lah. Sekarang saya takut nak berada dengan Anwar. Dia bukan orang baik.
Sepina terpantas di dalam sejarah mahkamah dibuat oleh saya kepada ahli kimia Cina tu. Siapa nama. Lupa. Masa itu bos suruh cross examine.
AIDC : Lim Koon Bong, dari Jabatan Kimia?
Yes..yes. sepina kepada Lim Koon Bong dibuat dalam masa dua jam. Sebelum bos saya suruh mahkamah tangguh, sepina telah sampai ke pejabat kimia. Saya beri warning kepada staff yang sediakan sepina tu. Saya cakap, ini kes Datuk Seri (Anwar), awak tak nak buat saya pergi cakap kepada media.
Masa tu bos (Sankara) cakap dengan saya, dia nak sepina disiapkan segera. Sepina itu sampai ke tangan Lim Koon Bong sebelum mahkamah buat keputusan tangguh. Semua ini ada dalam rekod mahkamah, awak boleh semak.
….bersambung episod ke-2, penjelasan lanjut tentang kisah di sebalik tabir Kes Liwat II…
sumber:AIDC
Pisau kata ” Anwar kalah saman terpaksa bayar Tun M..sah Anwar memang biseksual dan kaki liwat”
source : pisau.net
No comments:
Post a Comment