Yuktes : Kisah Benar Sebalik Tabir Kes Liwat II
Yuktes Vijay adalah bekas pembantu Sankara Nair, peguam peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut mengendalikan kes liwat II.
Sebagai pembantu Sankara, Yuktes tahu tentang kisah benar di sebalik tabir di pihak Anwar berkaitan dengan perbicaraan kes liwat II.
Dari Dr Thomas Hoogland dan Mark Trowel juga turut disentuh oleh Yuktes.
Yuktes juga turut menyentuh kes pembubaran pasukan peguambela Anwar yang pertama yang diketuai peguam Sulaiman Abdullah. Peguam-peguam bersama Sulaiman adalah R.Sivarasa, Leela Jeyamani Jesuthasan, S.N. Nair, Edmund Bon Tai Soon, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.
Namun, apabila Sulaiman meletak jawatan sebagai peguam Anwar, barisan peguamnya dibubarkan dan Karpal Singh bersama peguamnya pula mengambil alih kes tersebut.
“Dulu Latheefa Koya adalah peguam Anwar untuk kes liwat II, sebelum Karpal Singh masuk ambil alih. Latheefa Koya dan Lawyers For Liberty yang cadangkan senarai alibi Anwar. Itu bukan idea Sankara Nair, tapi idea peguam Lawyers For Liberty.
“Kenapa Wan Azizah tak ambil stand di mahkamah ? Kenapa Wan Azizah tidak dipanggil? Nama Wan Azizah ada dalam senarai alibi Anwar itu.
“Alibi ini senang sahaja, individu yang ada bersama dengan tertuduh pada masa kejadian. Dia (Latheefa) tulis dalam satu report sebut Wan Azizah ada di rumah tapi dimasukkan nama Wan Azizah dalam senarai alibi. Dia itu peguam pandai ke?”, soal Yuktes.
Ikutilah wawancara AIDC bersama Yuktes Vijay di Kuala Lumpur pada 26 Julai.
AIDC : Adakah ‘Surat Terbuka Kepada Anwar Ibrahim’ yang pertama ditulis saudara berkaitan dengan pertikaian kes liwat ?
Tidak. Bukan berkaitan dengan kes liwat. Surat terbuka pertama, berkaitan dengan link teroris antarabangsa.
Saya tanya dia soalan berdasarkan kenyataan dari penulis India yang kata dia ada dalam senarai list link itu. Saya masih simpan artikel lengkap penulis itu.
Kenyataan ini bukan dari Utusan (Malaysia), bukan dari New Strait Times. Tetapi dari seorang penulis dari India yang kata dia link dengan pihak yang disponsor kewangan oleh al-Qaeda. Ini satu tuduhan yang berat, disponsor oleh al-Qaeda. Kalau saya, saya dah lama saman penulis itu.
Saya tanya soalan berdasarkan artikel itu. Tapi dia tak jawab.
AIDC : Kenapa pilih pendekatan tulis surat terbuka ?
Saya cuba call dia secara personal, tetapi dia tak jawab. Jadi, saya pilih pendekatan tulis surat terbuka. Saya bukan mahu kecam dia, tetapi mahukan penjelasan. Saya juga boleh buat sidang media kalau saya mahu, tetapi saya tidak buat.
Jadi saya tulis surat terbuka, cara baik. Saya pernah tanya Sivarasa, ‘oh ini satu lagi konspirasi UMNO’. Bodoh ke! Ini siapa tulis? Ini ditulis oleh penulis India lah. Saya tidak puas hati dengan jawapan itu.
Saya perlu sebut di sini, setiap surat yang dihantar, dibuat dengan pengetahuan Sankara Nair. Sebelum saya hantar kepada mana-mana pihak media, saya akan hantar kepada Sankara Nair dahulu.
Surat pertama yang saya hantar, Sankara Nair cakap, don’t spoil me, you are the good lawyer. Saya cakap kat dia, saya tak nak jadi lawyer, saya nak jadi pegawai khas Anwar Ibrahim. Dia cakap, tak payahlah joint dia, awak jadi peguam cukup lah.
Saya dengan Sankara Nair memang rapat. Memang rapat macam kawan karib. Kalau dia sedih, dia akan datang dan bercakap dengan saya. Kalau saya sedih, saya beritahu dia. Tapi dia kedekutlah (sambil ketawa).
AIDC : Dalam masa sama, saudara juga pembantu peguam Sankara Nair dalam kes liwat II ?
Saya pembantu dia. Satu perkara yang saya tak buat dalam kes itu adalah masuk dalam mahkamah, ambil bahagian dalam perbicaraan.
Namun, biasanya hujah bos saya adalah hujah saya. Walaupun bukan sepenuhnya, namun draf pertama hujah-hujah saya akan disampaikan kepada Sankara. Dia akan tambah atau akan keluarkan seperti asalnya. Dia tak pernah cakap apa yang saya buat itu salah.
AIDC : Bermakna, saudara juga merupakan penyelidik untuk hujah-hujah Sankara ?
Ya. Termasuk mendapatkan hujah-hujah dari pakar forensik. Ini semua terdapat dalam email ‘astro boy’.
AIDC : Dalam surat terbuka kedua yang dihantar kepada FMT, saudara ada menyentuh tentang video berkaitan kes liwat II dihantar ke Makmal Gandhi di New Delhi. Boleh jelaskan lanjut ?
Video yang menunjukkan Saiful keluar-masuk lift di kondominium itu (Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setia Kasih Bukit Damansara, Kuala Lumpur) memang dihantar ke Gandhi Lab. . fund yang USD 5,000 itu hangus begitu sahaja.
Dia (Sankara) beri kepada saya satu salinan video original dari PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang jadi bukti dalam mahkamah. Saya diminta berhubung dan buat pengesahan dengan Gandhi Lab.
Email Sankara Nair kepada Gandhi Lab, saya yang hantar. Kemudian saya yang deal selanjutnya dengan Gandhi Lab itu.
Saya tanya kepada Sankara, bos apa yang berlaku dalam video itu ? Dia cakap, ada ‘pertikaian masa’ dalam rakaman video itu.
Kemudian, saya semak sekali lagi. Saya kata, semuanya okay, tiada pertikaian masa. Jadi laporan yang kita terima daripada Gandhi Lab tentang keputusan video itu tak laku.
Saya fikir ada berlaku kesilapan teknikal.
AIDC : Maksudnya ?
Maksudnya, video itu adalah sahih. Tak ada apa-apa pertikaian (masa). Video itu memang sahih tapi masalahnya laporan yang kita terima dari Gandhi Lab melaporkan 2 jam masa bertindih dalam video itu.
Saya hantar satu lagi email kepada Gandhi Lab, saya kata ada something wrong tentang laporan mereka itu.
Dua jam masa berbeza berlaku sebab Gandhi Lab tidak tukar time zone (India dan Malaysia). Bodohnya kerja mereka. Salah Gandhi Lab lah. Time zone tak tukar. (Waktu) India dengan Malaysia berbeza. Sepatutnya plus two.
Kesilapan Gandhi Lab itu saya terangkan kepada Anwar. Apa Anwar cakap pada saya ? Dia kata, ‘semua orang bukan sebijak awak, (jadi) kita gunakan (hujah itu).
Inilah kali pertama, saya pertikaikan Anwar. Awak tidak boleh lakukan ini. Kalau kita tipu mahkamah, kita nampak seperti kita di pihak yang bersalah.
Lepas itu, hubungan saya dengan Anwar macam ‘okay-okay’ saja. Biasanya sebelum ini, sebelum Anwar masuk mahkamah, dia akan sapa saya, ‘hei Yuktes, sayang-sayang la’..masa itu saya tak tahulah lagi (sambil ketawa). Tapi selepas kes itu, dia macam sudah tak suka lagi pada saya.
AIDC : Bermakna, laporan kajian di Makmal Gandhi itu tidak boleh digunakan di mahkamah?
Tak digunakan.
AIDC : Ada pembayaran dibuat kepada Gandhi Lab ?
Ada..USD 5,000 ke saya tak pasti berapa, tetapi yang pasti memang dibayar. Dibayar dalam USD.
Saya hantar email kurang ajar kepada Gandhi Lab. Saya kata, awak telah buat satu kesilapan besar.
Kalau tengok para penyelidik yang terlibat di Gandhi Lab semua hebat-hebat belaka, bekas CIA lah, bekas itu lah, ini lah..
AIDC : Anwar yang pilih Gandhi Lab?
Itu saya tak pasti. Saya cuma diminta hantar video ke situ.
AIDC : Maknanya bukan saudara yang pilih Gandhi Lab?
Tak..tak.. saya tak pilih apa-apa.
Saya cuma cakap laporan itu tak boleh pakai. Saya dah find out the mistake. Tapi yang bodohnya Anwar, saya buat kerja untuk dia, tapi dia tak boleh terima. Kalau besok, pihak Peguam Negara (AG) dapat tahu ‘penipuan’ itu, dia (Anwar) juga yang dapat nama busuk. Lepas itu hubungan saya dengan Anwar sudah renggang.
AIDC : Tentang bayaran kepada pakar-pakar luar bagi pihak Anwar termasuk Dr Brian Mc Donald, David Wells, banyak juga wang digunakan untuk mereka ?
Termasuk juga Dr Hoogland (Dr Thomas Hoogland)…
Kalau tak silap saya lah, saya tahu siapa penaja itu. Bekas Senator. Saya tak mahu cakaplah nama dia pasal dia itu orangnya baik. Saya nampak dia itu sama seperti saya, diperdayakan oleh Anwar. Dipergunakan oleh Anwar.
AIDC : Ada pihak ketiga yang membayar pakar-pakar dari luar itu ?
Sampaikan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Pernah satu kali Dr Hoogland bersama isteri datang ke Malaysia untuk jadi saksi, duduk di hotel, tetapi tidak masuk mahkamah (sebab kes ditangguhkan). Sebab tiket penerbangan suami-isteri sudah dibeli, dia datang ke sini dan balik begitu sahaja.
Semua kos penerbangan dan penginapannya dibayar. Masa itu saya tak dibayar. Saya cakap dengan Sankara, keluarga saya susah, bagilah sikit. Saya tengok untuk orang lain dikeluarkan duit macam ini, saya tak mahu curi duit itu. Kalau saya nak boleh saja. Tapi saya tak pernah curi duit itu.
AIDC : Sebab pakar-pakar itu dibayar lumayan ?
Sebab kes ini melibatkan kepakaran forensik. Saya tak pertikaikan kehebatan peguam-peguam Anwar Peguam-peguam yang saya kata dahsyat itu adalah Sankara, Datuk Param, Ram Karpal dan Karpal Singh. Tetapi yang lain itu memang ‘bodoh sipat’ lah, ini bukan saya yang cakap tapi datang dari mulut Anwar sendiri.
AIDC : ‘Bodoh Sipat’ ditujukan kepada siapa ?
Peguam dari Lawyers For Liberty (LFL), Latheefa Koya. Anwar sendiri yang kata ‘bodoh sipat’.
Latheefa Koya pernah minta dokumen-dokumen mahkamah daripada saya. Masa tu saya tak tahu lagi, jadi saya tanya Sankara Nair tentang permintaan itu. Sankara Nair cakap, don’t give anything.
Dulu Latheefa Koya adalah peguam Anwar untuk kes liwat II, sebelum Karpal Singh masuk ambil alih. Latheefa Koya dan Lawyers For Liberty yang cadangkan senarai alibi Anwar. Itu bukan idea Sankara Nair, tapi idea peguam Lawyers For Liberty.
Kenapa Wan Azizah tak ambil stand di mahkamah ? Kenapa Wan Azizah tidak dipanggil? Nama Wan Azizah ada dalam senarai alibi Anwar itu.
Alibi ini senang sahaja, individu yang ada bersama dengan tertuduh pada masa kejadian. Dia (Latheefa) tulis dalam satu report sebut Wan Azizah ada di rumah tapi dimasukkan nama Wan Azizah dalam senarai alibi. Dia itu peguam pandai ke?.
AIDC : Wan Azizah dijadikan alibi sedangkan Wan Azizah tiada di tempat kejadian dan berada di rumah?
Ya. Dia masukkan dalam alibi witness. Ada 17 nama dalam alibi witness itu. Nama-nama saya tak ingatlah tapi boleh dapatkan dokumen-dokumen itu di mahkamah.
Kalau dilihat pada senarai alibi witness, seorang pun tak dipanggil. Dua nama penting alibi witness tak dipanggil langsung. Hasanuddin, pemilik kondominium itu dan pihak yang bermesyuarat dengan Anwar pada hari kejadian.
Ini yang saya hairan, AG pun tak panggil Hasanuddin. Kenapa AG tak panggil Hasanuddin? Lepas kes itu habis, Datuk Yusof pula terus masuk geng Anwar. Buat perkiraan sendirilah.
AIDC : Sepatutnya Hasanuddin dipanggil jadi saksi di mahkamah ?
Hasanuddin penting. Kondominium itu milik dia. Kawan karib Anwar. Nurul Izzah panggil dia (isteri Hasanuddin) sebagai ibu.
Anak-anak dia (Anwar) panggil ibu. Memang rapatlah. Tapi kenapa Hasanuddin tidak membela Anwar?
Itu soalan saya. Pergi tanya Hasanuddin lah. Saya tak boleh lawan macam ni, kalau semua orang duduk diam dalam sarang mereka sendiri pasal saya tanya soalan-soalan berdasarkan apa saya tahu. Apa yang saya diberitahu. Saya diberitahu oleh orang yang saya percaya dan dipercayai oleh Anwar.
Bila dia (Anwar) guris tangan (signal) saya pun, saya masih tak percaya. Macam suspen-suspen lah juga. Saya tahu semua rahsia Anwar. Saya baca surat-surat yang dikeluarkan. Lima tahun kat penjara satu orang saja jumpa Anwar masa tu, Sankara Nair.
Saya tahu apa yang dikatakan oleh isteri Karpal Singh, Lim Kit Siang..saya tahu apa mereka kata tentang Anwar. Tanyalah pada Kit Siang. Dia (Kit Siang) menjunjung Anwar sebagai PM (Perdana Menteri), tapi masa satu majlis perkahwinan anak Karpal Singh di Pulau Pinang, masa tengah mabuk itu, apa dia sound kepada Sankara (tentang Anwar)..tanya dia…
Kalau lelaki jantan saman. Tanya dia, apa dia kutuk kepada Sankara. Ini bukan cerita yang saya cakap. Ini cerita yang diberitahu oleh Sankara kepada saya. Cerita-cerita yang membuatkan saya berfikir bahawa mereka ini memang hipokrit. Tak suka dia tapi masih best friend.
AIDC : Maknanya saudara diberitahu oleh orang yang saudara percaya bahawa Anwar itu adalah seorang biseksual ?
You thinking my side. Dia buat ‘signal’ pada saya sendiri. Pegang-pegang, raba-raba. Saya ingat okaylah, mungkin..
Awak tak suka ke kalau idola awak rapat dengan awak, tak suka? Mesti awak suka kan. Samalah. Tapi lama-kelamaan saya rasa satu macamlah. Ada syaklah, khuatir. Apa macam ni.
Saya tahu dia ada banyak tabiat lain lagi. Apa dia buat masa kat US (Amerika Syarikat), saya tahu. Red Chile wain.
AIDC : Maksudnya?
Wain dari Chile. Nice, sedap rasa. Ada orang suka minum (ketawa). Ada orang suka sangat minum (ketawa lagi).
AIDC : Tapi tak mabuklah?
Mabuk ke tak mabuk ke saya tak tahulah tapi saya tahu ada orang suka minum. Ada diberitahu, pernah nampak.
Mereka selesa dengan saya sebab saya tak banyak komplen. Tak ada duit ke, saya tak pernah ungkit. Sankara tahu tahap kesusahan saya.
Saya pernah dirawat di hospital, saya tak pergi ikuti perbicaraan mahkamah lah masa tu. Tiga bulan..empat bulan saya masuk hospital, saya dapat gastrik. Dapatlah bayar tol pun cukup, saya pula tak makan. Kena gastrik lah sebab tak makan pada masa yang betul.
Saya hanya minum kopi..kopi dan kopi.
AIDC : Tentang Mark Trowell, peguam pemerhati asing, penulis buku “Sodomy II: The Trial of Anwar Ibrahim.” Boleh ulas sedikit ?
Gambar saya ada dalam buku itu, hensem lagi masa tu (ketawa).
Dia (Mark Trowell ) tahulah siapa saya. Dia tahu peranan saya dalam kes itu. Dia tahu, masa tu saya pernah cakap dengan dia directly. Saya dengan dia masa itu pernah ada berselisih faham.
Kes gaduh dalam mahkamah lepas kes ditangguh. Tension ..tension. Dia tanya pasal dokumen. Dia cakap, you send me. Minta hantar dokumen. Saya kata, awak nak dokumen apa. Dia cakap, report Bar Council…Saya cakap suruh lah orang lain yang hantar…adalah bergaduh sikit masa itu. Yang datang selesaikan pergaduhan itu Ram Karpal. Ram Karpal cakap dengan saya, janganlah bergaduh. Ram Karpal memang cool. Saya respect kat dia sampai sekarang. Gobind itu tak boleh pakai. Karpal lagi lah tak boleh pakai.
Tabiklah. Dia (Ram Karpal) tu lain bukan macam adik-beradik atau ayahnya.
AIDC : Dari penceritaan saudara tadi, seolah-olah Mark Trowel sudah ada stand menyebelahi Anwar?
Mark Trowel itu adalah pemerhati antarabangsa. Datang ke mahkamah Malaysia dengan kapasiti, dalam mahkamah pun ditulis macam tu. Dia… Fungsi sebenar dia ke Malaysia adalah buat research untuk pihak kita (team Anwar). Ini pun saya ada bukti.
Ramai tak faham dalam isu ini. Dia (Mark Trowel) ada hantar email pada ‘astro boy’. Queen Council itu kapasiti dia, satu watak yang berperanan penting. Dia pergi bercerita kepada IPU (Inter-Parliamentary Union). Badan yang sangat berkuasa. Berfungsi macam UN (The United Nations).
Dia tulis laporan mengatakan secara tidak langsung bermaksud kes liwat II itu adalah satu percaturan politik. A political game to defense Anwar, tapi bila baca laporan itu saya tahu dari A to Z. point-point yang tidak menyebelahi Anwar disingkirkan, dibuang.
Soalan penting, macam mana DNA awak ada dalam dubur Saiful? Siapa yang create idea yang cakap Saiful suntik sendiri.
AIDC : Siapa yang cipta idea itu ?
(Tunjuk pada diri sendiri) Why? Very simple. My job to create doubt. Masa saya cakap dengan Sankara, Sankara ada cakap, eh ini idea bodohlah.
Saya create cerita tu. Cerita tu laku. Saya cakap pada Sankara, cerita itu akan laku dan memang akan laku. Malaysiakini headlines. Tapi siapa yang dapat nama? Sankara juga kan.
Awak ingat saya suka sangat berdiri di belakang Sankara masa media. Saya selalu pergi belakang-belakang. Dia pernah cakap, satu hari awak akan berdiri di tempat saya. Saya tak suka kamera. Saya orang biasa.
Jadi Mark Trowel adalah orang Anwar. Beberapa kali orang Anwar yang hantar dia balik hotel. Boleh kah awak sebagai pemerhati ‘bebas’ dihantar ke hotel oleh orang-orang Anwar kerana laporan yang bakal anda tulis boleh menjejaskan nama sesebuah negara.
..bersambung siri ke-3, ‘Anwar sudah tahu akan dibebaskan sebelum mahkamah buat keputusan 9 Januari 2012′…
source : AIDC
No comments:
Post a Comment