NUFFNANG

Wednesday, 28 August 2013

Guan Eng Takut, HARAMKAN Filem TANDA PUTERA di Pulau Pinang

Guan Eng Takut, HARAMKAN Filem TANDA PUTERA di Pulau Pinang

TandaPutera
Lim Guan Eng adalah anak Lim Kit Siang. Kalau bapanya chauvinist, anaknya pun samalah!
Tragedi 13 Mei 1969 akan terus kekal dalam lipatan sejarah sebagai ‘sumbangan paling bermakna’ Lim Kit Siang dan DAP di negara ini dalam menjadikan Melayu sebagai bangsa yang boleh dihina oleh kaum pendatang setelah kaum pendatang diberikan kerakyatan menerusi kaedah Jus Soli menjelang kemerdekaan negara ini.
Memandangkan Malaysia merdeka tanpa perlu menumpahkan darah, puak-puak yang diketuai oleh Lim Kit Siang cuba mengambil kesempatan, sehinggalah sekarang, dengan mendabik dada kononnya mereka juga menjadi penyumbang kepada kemerdekaan walaupun hakikatnya, mereka hanya berfungsi untuk mendapatkan kekayaan dan mengambil kesempatan.
Filem TANDA PUTERA yang diterbitkan oleh Pesona Pictures dan diarahkan oleh Shuhaimi Baba, mengisahkan saat-saat penting dua orang pemimpin negara, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail pada kemuncak 13 Mei 1969.
Rentetan sejarah telah digarap dan dikembangkan ke layar perak. Elemen-elemen hiburan turut dimasukkan agar filem berkenaan tidak menjadi sebuah dokumentari memandangkan Malaysia amat sensitif dan berusaha sedaya upaya agar Tragedi 13 Mei 1969 tidak diperkatakan secara jelas, telus dan jujur sebagaimana punca-punca British meletakkan Residen atau penasihat mereka di negeri-negeri Melayu seperti Pahang dan Perak yang semuanya bermula daripada Cina.
Sejarah itulah yang paling dibimbangi oleh DAP setelah DAP berusaha keras agar sejarah negara ini ‘diperbetulkan’ dengan memasukkan Cina dan kaum pendatang sebagai penyumbang kemerdekaan. DAP dan Lim Kit Siang secara peribadi sehingga ke hari ini tidak pernah mengaku, kempen dan hasutan yang mereka lakukan itulah yang menyebabkan tercetusnya Tragedi 13 Mei 1969.
Samalah seperti Parti Komunis Malaya (PKM) dan para pendokongnya yang tidak pernah mengakui bahawa mereka telah melakukan keganasan, pembunuhan dan kezaliman ke atas rakyat negara ini sebaliknya mendabik dada bahawa mereka adalah pejuang kemerdekaan dan mereka adalah pejuang rakyat. Dan lebih menarik lagi ialah apabila mereka menuding jari ke arah gerombolan yang tidak pernah wujud kononnya, gerombolan itulah yang melakukan keganasan, bukannya Parti Komunis Malaya.
Bukan kerana malu dan bukan juga kerana penyelewengan fakta, tetapi sebenarnya DAP amat takut sekiranya generasi muda, lebih-lebih lagi orang Melayu dan Bumiputera tahu kisah sebenar dan peranan yang dimainkan oleh DAP serta Lim Kit Siang dalam tragedi berkenaan. Dek kerana itulah, selagi boleh mereka cuba untuk menidakkan dan menafikan hak generasi muda untuk mengetahui sejarah sebenar negara ini, khususnya yang melibatkan hubungan kaum.
DAP seringkali memberitahu dunia, kononnya parti tersebut bukanlah chauvinist dan hanya memperjuangkan kesamarataan. Namun pada masa yang sama, apa yang dilakukan oleh DAP sebenarnya ialah menyemarakkan lagi permusuhan antara kaum. DAP menyalahkan UMNO tetapi fakta sejarah juga tidak menipu bahawa UMNOlah yang membenarkan para pemimpin DAP dan ibu bapa mereka menjadi rakyat negara ini. Tanpa UMNO, Lim Kit Siang anak beranak tidak akan sama sekali bergelar rakyat Malaysia!
Tindakan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, mengharamkan penayangan Tanda Putera di seluruh Pulau Pinang, dilihat amat melucukan. Bagaimana seorang anak pendatang yang diberikan hak kewarganegaraan dan hak mengundi, bahkan dibenarkan pula menduduki kerusi kuasa selaku pemimpin politik, tiba-tiba jadi lupa daratan?
Yang pastinya, arahan daripada Lim Guan Eng agar TANDA PUTERA tidak ditayangkan di serata Pulau Pinang, akan dipatuhi memandangkan pawagam-pawagam yang akan menayangkannya milik cinabeng yang menjadi penyumbang kewangan kepada DAP.
Justeru, secara lebih bijak, seharusnya UMNO yang memainkan peranan untuk menayangkan filem tersebut menerusi kaedah WAYANG PACAK sepertimana yang dilakukan oleh UMNO beberapa dekad lepas atas nama PENERANGAN. Eloknya setiap Bahagian UMNO menjalankan operasi tersebut dan menayangkannya secara percuma walaupun ancaman daripada DAP dan Lim Guan Eng nanti menggunakan PBT dan lesen hiburan, akan menjadi tajuk-tajuk utama media pecacai mereka.
Atau sebenarnya, elok juga UMNO membuat siaran berbayar iaitu menyewa masa siaran di saluran-saluran televisyen di Malaysia untuk menayangkan filem tersebut secara tiga hari berturut-turut.
Namun yang menjadi persoalan, beranikah UMNO untuk kembali ke pangkal perjuangannya?

No comments: