Yuktes : Anwar Tak Sesuai Jadi PM, Hanya Pakar Politik Persepsi…
Yuktes Vijay mendakwa bekas mentornya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sesuai menjadi Perdana Menteri (PM) kerana hanya pakar dalam politik persepsi.
“Cara Anwar berpolitik memang senang, kalau ada isu, create another isu lain. Klasik, cerita zaman lama.”
Anwar didakwanya suka mencipta isu untuk menimbulkan persepsi. Dari isu pengundi hantu, warganegara Bangladesh hingga isu blackout, semuanya dicipta Anwar, walaupun sehingga ke hari ini tidak dapat dibuktikan dengan fakta segala dakwaannya itu.
Ikutilah wawancara bahagian terakhir bersama Yuktes Vijay di Kuala Lumpur pada 26 Julai.
AIDC : Baru-baru ini Anwar telah menarik balik saman terhadap Datuk Hamzah Zainuddin yang difailkan sejak Ogos 2008. Anwar saman sebab kenyataan Hamzah dalam akhbar Kwong Wah Jit Poh bertajuk “Anwar Mengganggu Isteri Saya.” Soalnya kenapa Anwar tarik balik saman itu ?
Tanya dia kenapa dia tarik balik. Suruh dia jawab. Membazir masa mahkamah 6 tahun. Jadi, bila dia tarik balik kes itu, maknanya apa yang Dato’ Hamzah cakap itu betul ? Bahawa dia suka kacau isteri orang. Jadi, Anwar betul-betul suka kacau isteri oranglah.
Tapi apa yang ditulis di Malaysiakini, Anwar sudah settle this case. Settle apa ? You sue him, you tell la what the problem.
Video tu ada kat youtube. Kenapa dia tarik balik, suruh dia jawab lah. Sudah pasti Anwar tak akan jawab apa-apa.
AIDC : Begitu juga dengan kes saman terhadap Saiful, Anwar juga tarik balik….
Itulah masalahnya. Kes dia saman papagomo. Suruh dia cakap dia bukan orang dalam video itu, orang yang terkam mahasiswa itu. Saya tak tahulah dia terkam ke apa, tapi itulah yang diberitahu.
Tanya dia apa dia janji pada Azmin ? Azmin Ali pula orang kuatnya yang kata perhimpunan Blackout itu bodoh. Saya tak cakap, Azmin yang kata.
Saya tanya soalan ini, bila dia susah, bila dia ‘sangkut’ kat penjara, kita semua sanggup bergaduh pasal dia. Sanggup kena pukul untuk dia. Demi dia. Tapi bila dia keluar (penjara), dia ada posisi sebagai Ketua Pembangkang. Tidak semua pasal duit. Kalau pasal duit, kenapa kita tak tinggalkan dia masa dia dipenjarakan ?
Siapa Nallakaruppan ? Main tenis pun kena masuk penjara ke ? (ketawa). Saya tak tahulah, tapi dia dapat nama ‘bapa ayam’. Ini logik orang kita, dia panggil Nalla, ‘bapa ayam’ tapi Anwar orang baik. Habis tu, dia (Nalla) supply women pada siapa, kalau dia ‘bapa ayam’ ? Dia kawan siapa ? Dia kawan Anwar lah. Kalau macam tu, dia dipanggil ‘bapa ayam’, maka Anwar orang yang gila seks lah.
Pelik orang kita berfikir, Anwar baik, tapi Nalla tidak, logik ke ?.
Ini bukan pertikaian, ini adalah soal logik. Geram, benci sebab logik depan mata pun tak nak tengok.
Saya tanya lagi, 40,000 Bangla itu, kawan saya cakap you are stupid. Saya cakap, bawa bukti 40,000 Bangla, saya akan join semula PKR.
Ada video mereka halang warganegara Malaysia dari mengundi. Siapa mereka nak halang orang mengundi? Mana bukti pengundi hantu, Bangla ?
Blackout..masa kira undi, ada orang Pakatan, ada orang BN di situ. Kalau peti undi boleh bertukar, orang awak kan ada. Tiga pihak ada di situ, Pakatan, BN dan pemantau (Bersih). Bersih tu orang siapa ? Dasyhat betul lah BN boleh tukar peti undi, macam Spiderman. Kalau macam tu Raja Nong Chik menanglah.
Ini satu lagi persoalan yang orang tak suka tanya. Anwar umum pada pukul 6.57 petang, dia tweet kata Pakatan dah menang. 1,200 orang bodoh retweet itu. Percaya bulat-bulat apa yang Anwar tweet.
AIDC : Anwar tweet pada 5 Mei jam 6.57 dakwa Pakatan sudah menang Pilihanraya Umum ke-13 ?
Ya. tweet dia pukul 6.57 petang kata PR sudah menang. Simple kan ?..Pukul 5 pengundian ditutup, kena seal, (peti undi). Kita ambil minima tiga peti undilah diseal, dalam 10 minit dan lepas tu awak kena tandatangan, wakil Pakatan dan BN. Lepas itu, peti undi dibawa ke pusat pengiraan undi, kita agak lebih kurang 20 minitlah.
112 kerusi awak boleh boleh kira dengan pantas ke? Dalam satu jam awak boleh kira undi ke. Kalau saya tanya, kata itu spin. Tapi, kalau Anwar cakap, mereka tak tanya logik.
Artikel saya (tulis), orang tanya mana bukti. Bukti saya adalah logik. satu jam awak boleh kira 112 tempat undi ke? Proses pengiraan pun bukan senang, angkat undi, buka, tunjuk..wakil BN..wakil PR ada, masing-masing kena bersetuju. Boleh ke nak kira 112 tempat dalam masa satu jam ?. Boleh ke peti undi sampai pada masa yang sama ?
Cara Anwar berpolitik memang senang, kalau ada isu, create another isu lain. Klasik, cerita zaman lama.
AIDC : Maksud saudara, Anwar sengaja cipta isu ‘Pakatan menang’ untuk timbulkan kemarahan penyokongnya turun berdemonstrasi di jalan raya ?
Kalau betul-betul ada 40,000 Bangla, kenapa dia tidak gesa buat RCI. sebelum ini, semua dia gesa buat RCI. Isu kematian Teoh Beng Hock, video VK Linggam. Kenapa 40,000 Bangla dia tidak gesa buat RCI ?
Simple. Anwar pergi Pahang, dia kata, kalau hari ini saya ambil kuasa, kita tak kan ada Lynas..kita akan batalkan lesen Lynas. Lynas tu syarikat Australia.
Tapi masa dia pergi ke Australia, dia cakap dia boleh terima Lynas. Cerita itu keluar dalam Sydney Herald. Dia cakap dia akan kompromi.
Betapa bodohnya dia, PTPTN tu dibentang di depan muka dia. Dia PM masa tu. Tengok hansard Parlimen, dia pemangku PM selama 3 bulan, Tun Mahathir kat luar negara masa tu.
Rafizi kata, Anwar Menteri Kewangan terbaik di dunia. Jika betul, kenapa masa itu awak tak bagi pendidikan percuma ? Tiba-tiba sekarang ni nak buat pendidikan percuma, mengarut.
Tapi ada juga orang bodoh-bodoh kata dengan saya, sekarang Anwar insaf sebab sudah masuk penjara. Tanya Rashid lah dia insaf ke apa ke.
Ini satu lagi persepsi. Semua orang ingat Anwar masuk penjara kerana kes liwat. Dia masuk penjara 5 tahun bukan sebab liwat tapi sebab korupsi, salah guna kuasa.
Kaji betul-betul, masa dia pemangku PM, berdasarkan cerita-cerita yang diberitahu oleh ‘seseorang’ kepada saya, masa itu dia gubal akta anti-rasuah. Dulu kalau ditangkap awak boleh pilih untuk berdiam diri. Tapi dia ubah, kena tangkap kena cakap. Mangsa pertama siapa ? Dia lah (ketawa).
Dia orang pertama ditangkap di bawah akta yang dia gubal yang asalnya untuk kepentingan politik menumbangkan Tun Mahathir.
Dia cakap UMNO korup. Tapi dia tu dari mana ? Dalam sejarah UMNO, 8 bulan saja dia dah jadi Ketua Pemuda. Ini sejarah, ini telah berlaku dan tak boleh diubah. Kalau UMNO korup, macam mana dia boleh jadi seorang Ketua Pemuda dalam masa 8 bulan ?
AIDC : Maksud saudara, Anwar bermain dengan politik persepsi bukan politik kebenaran ?
Seperti yang saya cakap, dalam circle itu, dunia mereka lain. Dunia yang cukup berbeza sama sekali. Kalau saya cakap tidak benar, samanlah saya, apa awak tunggu lagi, saman lah.
Dia sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan saya pelajar inter. Kalau saya pelajar inter, satu soalan sahaja saya nak tanya. Dia sebagai peguam besar, boleh hantar cc copy email pada saya kenapa ? Tanyalah pada mana-mana peguam besar, dia hantar cc copy (email) kepada pelajar inter tak?
AIDC : Bermakna, semasa saudara bersama Anwar dulu, dunia fikir itu berlainan ?
Bila saya cakap, anda mungkin tidak faham. Mungkin anda fikir saya ini bohong. Dunia mereka memang lain. Sebenarnya, dia (Anwar) adalah pembohong.
Logik-logik yang saya katakan tadi, ketara di depan mata.
Kampung Buah Pala, peguam handal Karpal Singh kata kampung ini tidak akan dirobohkan. Kalau roboh, over dead my body. Tapi apa jadi hari ini ?
Alasan dia, court order, tak boleh lawan keputusan Mahkamah Persekutuan. Masa awak cakap kat penduduk kenapa tak cakap benda ni.
Tugas peguam melindungi pelanggannya untuk mendapatkan keadilan. Tapi kalau keadilan itu, awak selamatkan seorang peragut beg, salah awak lah sebagai peguam.
Awak ada persepktif lain untuk tengok BN dan awak juga ada persepktif lain untuk tengok Pakatan.
PSM..bertanding pun tak boleh atas parti sendiri tapi sokong Pakatan Rakyat. Jeyakumar bertanding atas tiket PKR. Suruh dia bertanding atas tiket parti dia sendirilah, dia setuju atau tidak. PSM itu parti dia. Dulu tak apa, parti itu tak diterima, sekarang apa masalahnya.
Step down lah sebagai calon PKR. Awak cakap kat Parlimen pasal sosialis tapi PKR itu parti sosialis ke. Tak masuk akal langsung. Satu parti sekular, satu parti Islamik parti, satu parti ‘gay’…nak tubuhkan kerajaan. Apa polisi akan dibuat ? Hudud saya tak tahu baik ke buruk ke tapi awak akan laksanakan atau tidak.
Sekarang, masalah saya adalah Anwar Ibrahim. Dia akan hancurkan negara. Mesir ada masalah demonstrasi, dia ada komen. Libya ada hal, dia ada komen. Tapi bila terjadi kes sama di Turki, kenapa dia tak nak bagi komen.
AIDC : Sekarang saudara sudah tidak mahu Anwar jadi PM ?
Hancur. Kalau sekali-sekala kehidupan ini kena tipu tak apalah. Malaysia adalah sebuah negara yang aman. Masa saya pergi UK, saya rindu Malaysia, di sana mana ada kedai mamak.
Saya tak mahu Pakatan berkuasa. Dulu kita boleh main bola dengan budak Cina, boleh lepak dengan Melayu..tak ada rasis pun. Tapi bila Pakatan Rakyat berkuasa, perkara sebaliknya berlaku.
AIDC : Kenapa saudara berkata, kalau Anwar menjadi PM negara ini akan hancur, sedangkan dulu saudara mahu beliau jadi PM ?
Bila awak kenal seseorang lebih dekat, awak akan tahu watak sebenarnya. Mereka tuduh ‘PM sebenar’ Malaysia ialah Datin Seri Rosmah. Itu ejekan mereka lah.
Awak kutuk isteri orang boleh, setiap hari kutuk. Tapi bila orang kutuk awak, kenapa awak tuduh dibeli BN ?. Awak tak boleh beli orang ke ? Lajim Ukin masuk PKR itu, sudah ‘dibeli’ ke. Tapi kalau orang yang sama keluar Pakatan, namanya ‘dibeli’. Kenapa, awak tak ada duit ke nak ‘beli’ orang?
Kenapa Ansari keluar PKR ? Kenapa dia lawan awak masa PRU 13.
Mereka tuduh saya tak ada intergriti jadi lawyer. Tanyalah soalan itu kepada Karpal Singh. Siapa yang mula-mula cakap Anwar peliwat ? Kalau itu dipanggil sebagai lawyer yang ada intergriti, maka apa yang saya buat ada pun intergriti.
Yang keluarkan cerita (liwat) itu adalah Karpal. Yang tuduh Anwar di Parlimen juga Karpal. Yang jadi peguam Azizan masa tu siapa?
AIDC : Soalan terakhir, difahamkan saudara ada menghantar surat kepada PM, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Betul kah ?
Ya, sudah hantar, dah bagilah tapi tak tahulah sudah sampai ke belum. Pasal isi surat itu, saya hanya tulis mohon maaf kepadanya atas apa yang saya buat sebelum ini. Itu sahaja.
Awak nak cakap saya pergi berunding kerana RM, blah lah, saya sudah tak kisah lagi.
Yang penting, saya tahu apa yang saya buat, saya sudah minta maaf dengan PM, dengan Datin Seri Rosmah.
Saya juga diberitahu oleh seseorang yang boleh saya percayai, dia call kata surat sudah diberi kepada PM. Dia kata PM bagitahu sudah maafkan, suruh saya jangan buat apa-apa lagi. Berhenti dan utamakan keselamatan saya.
source : AIDC
No comments:
Post a Comment