"Still long way" untuk kalimah Allah terselamat dari pendakwah Kristian
Jangan meraikan dahulu keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan isu kalimah Allah tadi. Ini kerana mahkamah belum membuat keputusan sebenar.
Keputusan semalam hanya keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan gereja untuk membatalkan rayuan oleh KDN, beberapa Majlis Agama Islam dan NGO ISlam. Kes rayuan akan di dengar pada 10 September nanti.
Hanya selepas itu baru mahkamah Rayuan akan buat keputusan sebenar samada gereja dibenarkan atau tidak untuk menggunakan kalimah Allah. Setakat hari ini keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan gereja menggunakan kalimah Allah masih kekal sehingga di putuskan sebaliknya oleh Mahkamah Rayuan nanti, bukan keputusan yg di buat hari ini.
Dari segi prosedur, memang apabila satu pihak merayu, pihak yg satu lagi boleh memohon untuk mahkamah membatalkan permohonan rayuan tersebut. Ini yang berlaku di Mahkamah Rayuan hari ini dan Mahkamah telah menolak permohonan gereja serta membenarkan rayuan di teruskan untuk perbicaraan.
Dengan keputusan itu bermakna prosiding rayuan penuh dijangka akan diadakan pada 10 September 2013 tidak akan dijalankan.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja iaitu The Herald serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.
Gereja itu menuntut, antara lain, satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam The Herald adalah tidak sah, dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam.
Majalah mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun kerajaan berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja.
Pada 31 Disember 2009, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan memerintahkan bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang penerbitan akhbar mingguan The Herald itu daripada menggunakan kalimah Allah dalam majalah edisi bahasa Malaysia, adalah menyalahi undang-undang, batal dan tidak sah.
Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah.
Pada 5 Januari 2010, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Gereja Katolik menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.
Pada Julai 2013 Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur memfailkan permohonan bagi membatalkan permohonan rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik The Herald.
source : the unspinners
No comments:
Post a Comment