NUFFNANG

Thursday, 4 July 2013

BONGKAR! PERWAKILAN HARAM DALAM PAKATAN PEMBANGKANG!

BONGKAR! PERWAKILAN HARAM DALAM PAKATAN PEMBANGKANG!

Bekas Ketua Cawangan DAP Jalan Bagan Luar, G. Asoghan mendakwa sebanyak 547 orang dikenal pasti sebagai "perwakilan haram" dari Pulau Pinang telah mengundi dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada Disember lalu.

Beliau mendakwa, perwakilan haram itu mengundi bagi memastikan "Dinasti Lim" terus berkuasa dalam DAP.
"Kalau betul 547 perwakilan haram itu tidak wujud, saya cabar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk beri senarai lengkap perwakilan layak hadir bagi membuktikan tiada pengundi haram seperti yang saya dapat maklumat.

"Say juga mahu tanya Guan Eng sama ada betulkah sebenarnya 1,300 perwakilan yang sah dan bukannya setakat 753 orang yang tidak dijemput dengan notis mesyuarat rasmi intuk mengambil bahagian dalam proses pemilihan parti?" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, kepimpinan DAP terutama Guan Eng harus menjawab dan memberi penjelasan berhubung semua dakwaan yang dibangkitkan oleh anggota di peringkat akar umbi. - Bernama
Dakwaan G. Asoghan ini sangat serius dan pasti akan memalukan lagi kepimpinan parti DAP jika tidak dijawab dengan segera oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP.

Jika sebelum ini DAP malu besar kerana kesilapan di dalam undian pemilihan CEC DAP dan juga 753 orang yang didakwa tidak dijemput untuk hadir dalam proses pemilihan parti, kewujudan 547 nama sebagai perwakilan haram adalah satu perkara baru yang perlu dinafikan oleh anak Kit Siang DAP itu.

Tetapi, janganlah menafikannya sahaja. DAP mesti buktikannya dengan dokumen senarai lengkap perwakilan-perwakilan tersebut.

Apakah Guan Eng akan jawab dakwaan G. Asoghan serta dedahkan senarai lengkap perwakilan yang hadir untuk pengesahan?



Kita bagi Setiausaha Agung DAP tempoh 48 jam untuk berbuat demikian. Jika tidak, dakwaan G. Asoghan adalah benar belaka.

Dan jika Guan Eng DAP berdiam diri tidak menjawab dengan fakta-faktanya, MiM percaya lebih ramai lagi rakyat yang terbuka mata mula mempersoalkan kesahihan kepimpinan parti itu.

Seperti isu Red Bean Army yang didedahkan oleh bekas orang dalaman parti DAP itu, isu penyelewengan dan 'pengundi haram' ini juga didedahkan oleh pihak dalaman parti itu juga. Jangan lupa bahawa pihak yang membuat laporan kepada Registra Of Society (ROS) juga merupakan pihak dalaman parti itu!

Nampaknya, parti DAP sedang berdepan dengan krisis imej dan kredibiliti yang sangat memalukan.

source : Dr MiM

No comments: