NUFFNANG

Thursday, 25 July 2013

1MALAYSIA HANYA MENGHASILKAN KEGAGALAN DEMI KEGAGALAN KEPADA MELAYU DAN ISLAM NEGARA INI.

1MALAYSIA HANYA MENGHASILKAN KEGAGALAN DEMI KEGAGALAN KEPADA MELAYU DAN ISLAM NEGARA INI.

Komen Kadir Jasin yang agak keterlaluan di dalam posting MR:- “Selepas Vatican mungkin beliau akan meneroka kemungkinan menjalin perhubungan dengan Israel pula kalau didesak oleh Obama kerana Mohd Najib amat dahaga dinobatkan sebagai pelopor "global moderate" atau setidak-tidaknya pun tidak lagi kritikal terhadap Israel.” Sila baca sini. 
Cetusan komen ini sebenarnya sukar diterima dan sangat mengancam tetapi ia tidak boleh dipandang remeh malah tidak mustahil kerena bibit-bibit tunas Israel sudah mula merayap dicelah-celah tempat sulit. 
Yang sebenarnya jarum halus Israel telah pun disuntik ke dalam urat nadi rakyat ini dan sedang manjalar perlahan-lahan, terkemut-kemut, slow and steady, sedikit demi sedikit tetapi kumannya telah berada di dalam badan tanpa sedar.
Apabila DS Najib mencetuskan gagasan "1Malaysia" terdapat beberapa pihak melihat gagasan ini bermiripkan konsep "One Israel" yang diperkenalkan oleh Ehud Barak, Perdana Menteri Israel di sekitar tahun 1990-an. 
Agenda "One Israel" ialah untuk mengukuhkan cengkaman Zionis di bumi Palestin. Ramai pihak telah bangkit khasnya pasukan gerak saraf jabatan-jabatan tertentu untuk menjelaskan bahawa "1Malaysia" tidak sama dengan "One Israel". Walaupun kata mereka berbeda tetapi ‘branding’nya tetap sama; “1Malaysia”-“One Israel”. 
Di antara perbedaan yang dijelaskan ialah "One Israel" bersifat rasis, egoistic, chuvanistik dan partikularistik serta dicipta khusus untuk bangsa Yahudi. Manakala 1Malaysia tidak bersifat rasis, tidak chuvanistik, tidak partikularistik dan tidak dicipta khusus untuk bangsa Melayu. 
Apabila berbangkit isu disamakan "1Malaysia" dengan "One Israel", pelaksana "1Malaysia" terpaksa membuktikan bahawa "1Malaysia" tidak wujud persamaan dengan "One Israel" oleh itu polisi-polisi yang kontra terpaksa dibuktikan dan dilaksanakan. 
Di antaranya semua hak-hak kepentingan Melayu dibuka kepada semua kaum, penjawat-penjawat awam, pendidikan, ekonomi dan taraf Bumiputera. 
Apa juga kenyataan-kenyataan yang mempertahankan hak-hak Melayu harus dielakkan kerana ia berbau rasis dan egoistik. Agama Islam yang merupakan agama resmi telah tenggelam oleh amalan kebebasan beragama yang telah digembar-gemburkan untuk membuktikan "1Malaysia" tidak chuvanis dan partikularistik. 
Akhirnya "1Malaysia" sedikit demi sedikit telah menghasilkan situasi ‘boomerang’ atau ‘backfired’ kepada kaum peribumi dan agama Islam. 
Hasilnya apa yang berlaku hari ini seperti penghapusan ISA, hubungan diplomatik dengan Vatican City, kebangkitan tsunami Cina, pembiakkan pendidikan vernakular Cina, hak Melayu dilabel sebagai rasis, Islam dihina dan semuanya ini adalah kesan 1Malaysia. 
Terkini Tun Mahathir dalam blog nya menulis "Apabila keadaan sudah lebih terbuka maka orang luar pun masuk untuk cuba mempengaruhi politik kita. Bagi AS mereka secara terang-terangan mahukan perubahan pemerintahan dan sesiapa yang tidak mesra dengan mereka akan ditukar. Dalam hal ini saya fikir mereka ada kecenderungan untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka akan membantu beliau namun mereka tidaklah menunjukkan berseteru dengan Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun bagi mereka pilihan yang terbaik tetap Anwar."

Hakikatnya gagasan 1Malaysia langsung 'tidak balik modal' kepada orang Melayu dan umat Islam negara ini malah ia lebih merugikan.

No comments: