NUFFNANG

Tuesday, 30 July 2013

Kaitan Lee Kuan Yew PAP mendesak Tunku Abdul Rahman kini disambung Lim Kit Siang DAP mendesak Najib Tun Razak!

Kaitan Lee Kuan Yew PAP mendesak Tunku Abdul Rahman kini disambung Lim Kit Siang DAP mendesak Najib Tun Razak!

Andai tuan puan warganegara Malaysia rajin mengkaji dan mentelaah bahan sejarah tentang kenapa Almarhum Tunku Abdul Rahman TERPAKSA mengusir Singapura keluar dari PERSEKUTUAN SEMENANJUNG TANAH MELAYU, SABAH & SARAWAK yang dinamakan sebagai NEGARA MALAYSIA maka tuan puan akan mendapati bahawa sikap rakus LEE KUAN YEW yang berhasrat menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA adalah punca pengusiran itu!


Lee Kuan Yew bercita cita menghapuskan sama sekali hak2 orang Melayu dengan konsep 'MALAYSIAN MALAYSIA' nya!

Ia mendesak Almarhum Tunku siang dan malam dengan meminta Tunku memberikan Singapura lebih banyak kuasa penentu didalam perjanjian untuk bersekutu membentuk Malaysia! 

Hasratnya adalah supaya Kerajaan Persekutuan Malaysia melantik 50% dari pegawai2 tinggi dari warga Singapura!

Sepertimana kita semua sedia maklum hampir keseluruhan pegawai2 Kerajaan Singapura ketika itu sampai ke hari ini terdiri dari kaum Cina. 

Almarhum Tunku amat tertekan dikala itu dengan krisis demi krisis termasuk rusuhan berdarah yang berlaku di Singapura angkara ejen2 Republik Indonesia yang dihantar Presiden Sukarno untuk memporak-perandakan Malaysia yang baru mendapat kemerdekaan dari penjajah British!

British dah merampok habis hasil mahsul dari Semenanjung Tanah Melayu, Borneo Utara @ Sabah dan Sarawak dikala itu dan sudah tidak larat lagi untuk mentadbir wilayah2 jajahan mereka.

Peperangan Dunia Kedua sudah banyak memakan belanja Empayar British dan Malaya, Singapura, Borneo Utara serta Sarawak semasa itu umpama limau yang telah habis dihisap dan diperah jus nya!

Lee Kuan Yew mengambil peluang di atas kekalutan suasana politik semasa itu untuk melobi pihak British, Amerika Syarikat, Australia serta New Zealand untuk mengiktiraf dirinya sebagai pemimpin yang boleh diharap untuk mentadbir Malaysia! 

Kepetahan nya untuk berpidato menarik minat media antarabangsa terutama dari Britain, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand untuk memberikan liputan lebih terhadap Lee Kuan Yew berbanding Tunku yang menghadapi sambutan dingin dari kalangan pemimpin2 Komanwel lain terutamanya pemimpin2 muda dari negara2 Afrika yang lupa pada jasa Tunku bersuara membantah kekejaman apartheid dan penindasan yang dilakukan penjajah berkulit putih ke atas warga Afrika!

Presiden Sukarno pula ketika itu sedang menghuru-harakan Singapura, Malaya serta Borneo Utara dengan mengirim komando2 Indonesia melakukan pembunuhan keatas orang awam dan mencetuskan rusuhan kaum mengadu domba di antara Melayu dan Cina baik di Malaya mahupun di Singapura! 

Duta Sukarno ke Malaya ketika itu Leftenan Jeneral Gusti Pangeran Harto Djatikusomo sendiri menjadi penghasut masyarakat Melayu Malaya dan Singapura untuk mengusir Cina dan membunuh mereka!

Dia menyamar jadi orang kebanyakan dan pergi menghasut penduduk2 Melayu di Kampong Baru, Kuala Lumpur membenci dan memerangi Cina! 

Dia juga di beritakan pergi menghasut Askar2 Melayu di Kem Port Dickson supaya mengusir dan membunuh Cina seperti apa yang mereka lakukan di Indonesia!

Namun sepertimana kita semua sedia maklum orang2 Melayu di Semenanjung ini umpama fius lembap! 

Susah untuk dibakar dan dicetus untuk meletop!!! Dari zaman dahulu lagi sifat Melayu begitu! Cucuk lah macamana pun, susah nak melatah!!! Mereka lebih sedia beralah dari berbalah!

Tunku lah yang menyelamatkan Lee Kuan Yew serta parti PAP nya dari kena bungkus di Singapura akibat gerakan golongan Komunis disana tetapi bagai melepaskan anjing yang tersepit Kuan Yew pusing belakang dan membaham betis Tunku dengan perancangan 'Malaysian Malaysia'nya!

Mahu tidak mahu Tunku terpaksa mengusir Singapura keluar dari Malaysia demi menyelamatkan orang2 Melayu dari kehilangan hak2 mereka!

Hari ini Lim Kit Siang dengan parti DAP nya sedang melakukan perkara yang sama dengan menggonggong buntut Najib Tun Razak!

Najib Tun Razak pula lebih lemah dari Abdullah Badawi cukup mudah menyerah dan memansuhkan segala Akta yang selama ini mengekang lahap Cauvinis Cina seperti Lee Kuan Yew (PAP) dan Lim Kit Siang (DAP) dari membolot kuasa ke atas Tanah Melayu ini!

Sikap segelintir Melayu seperti Anwar Ibrahim serta rakan2 sepakatan nya didalam PAS yang sanggup menggadaikan saki baki kuasa dan hakmilik Melayu yang tinggal sekarang ini membuatkan Cauvinis2 Cina serta India mendesak Kerajaan Malaysia yang sekarang diterajui pemimpin2 selemah Najib bagaikan dinding rapuh yang boleh runtuh ranap menyembah bumi bila bila masa sahaja!

Ditambah pula dengan keadaan dimana Sultan2 dan Raja Melayu berkeadaan seperti harimau bertaring tumpul yang disekat dengan pelbagai perundangan dari melakukan apa apa kerana fungsi Kesultanan Melayu sudah sebagai simbolik sahaja! Kuasa Eksekutif ditangan Perdana Menteri Melayu lemah seperti Najib!

Sejarah Melayu berulang lagi. Sikap acuh tak acuh orang2 Melayu yang kuat berhasad dengki sesama ummah dan prejudis serta rasis terhadap golongan India Muslim yang cuba membantu mereka didalam pentadbiran kerajaan dan perjuangan politik serupa apa yang berlaku di zaman Kesultanan Melayu Melaka sedang bermula semula!

'Melayu' yang memusuhi ini pun bukan lah Melayu sebenar tetapi Melayu Tempe! 

Ikuti selanjutnya Teater Malaya di akhbar2 dan pentas politik kegemaran anda!

No comments: