Motif DAP Terus Perbesar Isu Kantin Sekolah
AIDCNews – Parti DAP terus memperbesar-besarkan isu kantin sementara di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana,Sungai Buloh dengan cuba mengaitkan perkara itu sebagai isu perkauman.
Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan roketkini mendakwa, pihaknya tidak berpuas hati dengan kenyataanTimbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan bahawa masalah kantin sementara itu tiada kaitan dengan isu agama atau perkauman.
“Sifat tergesa-gesa menyelesaikan kes kontroversi itu dilihat sebagai usaha untuk menutup kebenaran, kecuali Kamalanathan boleh menjelaskan kepada ibu bapa mengenai pemindahan kantin ke bilik mandi kerana kerja membaikpulih sejak Mac tahun ini.
“Tambahan pula, kami tidak nampak langsung tanda-tanda kerja membaikpulih kantin dilakukan dan jika sudah selesai, kenapa kantin itu tidak dibuka semula,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Guan Eng turut menuduh Kamalanathan sengaja menutup kes itu dengan segera yang dianggapnya double standard apabila melibatkan kes bukan Islam.
Sebaliknya dalam kes Alvin Tan dan Vivian Lee kata Guan Eng, pasangan bukan Islam itu didakwa di mahkamah kerana menghina Islam meskipun sudah meminta maaf.
“Umum perlu mengetahui bagaimana insiden sedemikian boleh berlaku kerana sangat memalukan bagi kanak-kanak yang terpaksa makan di bilik mandi yang dijadikan kantin sementara.
“Mesej yang jelas mesti disampaikan supaya penjawat awam dapat menghormati sensitiviti dan hak semua masyarakat. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menambahkan persepsi negatif bahawa sensitiviti dan hak orang bukan Islam boleh diinjak-injak tanpa sebarang hukuman,” katanya lagi.
Kamalanathan selepas melakukan pemeriksaan mengejut di sekolah berkenaan semalam membuat kenyataan bahawa dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan ia bersifat perkauman adalah tidak benar.
“Bilik itu digunakan sejak Mac lepas dan semua murid termasuk pelajar Muslim menggunakannya kerana kantin sekolah itu tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Oleh itu tanggapan bahawa hanya pelajar bukan Islam sahaja yang makan di situ adalah salah.
“Keputusan untuk menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara dibuat setelah dibincangkan dalam masyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berikutan kantin sekolah ini agak kecil dan hanya boleh menampung kira-kira 600 pelajar sahaja sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar,” katanya.
Katanya, cadangan untuk menjadikan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara juga telah dipersetujui dalam masyuarat PIBG dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah sebelum ini.
Kamalanathan berkata, pihaknya sedar bahawa bilik itu tidak sesuai dan telah berbincang dengan pihak sekolah itu supaya tidak lagi menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara.
“Saya juga menerima permohonan daripada pihak sekolah untuk meminta bantuan bagi pengubahsuaian kantin asal bagi menampung lebih ramai pelajar, dan kami akan pertimbangkan permohonan itu.
“Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor saya juga akan memberikan sumbangan RM10,000 dan saya berharap kantin itu boleh disiapkan secepat mungkin,” katanya.
“Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor saya juga akan memberikan sumbangan RM10,000 dan saya berharap kantin itu boleh disiapkan secepat mungkin,” katanya.
Sebelum ini, Guan Eng dilaporkan Roketkini turut menggesa seluruh rakyat Malaysia agar memarahi kerajaan khususnya kementerian Pendidikan yang didakwanya punca berlakunya insiden itu.
“Seperti yang pernah diberitahu kepada saya oleh seorang ulama Islam, orang bukan Islam boleh makan di hadapan orang Islam malah orang Islam itu akan beroleh ganjaran pahala.
“Islam tidak membenarkan tindakan sedemikian dan DAP berharap rakyat Malaysia dapat membezakan antara Islam yang mulia dan aman, berbanding mereka yang merosakkan nama baik Islam dengan memberi layanan yang begitu menghina terhadap kanak-kanak terbabit,” katanya
Menurut Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, sikap tidak sensitif terhadap perasaan orang bukan Islam diperlihatkan dengan keengganan Kerajaan Persekutuan BN untuk bertindak terhadap Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mengancam membakar kitab Bible dan calon Parlimen BN Shah Alam, Zulkifli Noordin yang menghina agama Hindu dan tidak pula menarik balik kenyataannya atau meminta maaf.
Sebaliknya, katanya, pasangan muda Alvin Tan dan Vivian Lee pula dihukum walaupun mereka telah meminta maaf atas tindakan keji yang tidak menunjukkan rasa hormat terhadap bulan Ramadan yang suci.
Beliau berkata, atas sebab itu, ibu bapa tidak boleh disalahkan kerana enggan menghantar anak mereka ke sekolah rendah kerajaan tetapi memilih untuk ke sekolah vernakular, kerana risaukan kesejahteraan anak-anak mereka.
“Kewujudan MIC, Gerakan dan MCA dalam Barisan Nasional (BN), meskipun sudah tidak lagi relevan dan gagal menyumbang kepada BN, memperlihatkan pihak yang meragukan itu sekadar berasa senang dengan faedah dan keistimewaan berbanding prinsip dan polisi yang memberi faedah kepada rakyat.
“Bagaimana parti politik itu masih kekal dalam BN yang hanya mahu mewakili sebuah komuniti atau sebahagian daripada masyarakat sahaja,” ujarnya.
Ahli Parlimen Bagan itu juga mengajak rakyat Malaysia, Islam dan bukan Islam, bersama-sama menentang tindakan provokatif dan layanan diskriminasi di sekolah terbabit sebaliknya rapatkan barisan menentang budaya perkauman.
source : AIDC
Lihat Red Bean Army Beraksi Live Dalam Isu Makan Di Tandas
Mynewshub – Ingat lagi pada malam pengundian Pilihan Raya Umum ke-13 ketika isu blackout mula kecoh, tidak sampai setengah jam sebuah video klip bagi menyindir kejadian itu siap dimuat naik ke Youtube.
Bayangkan….dalam setengah jam…boleh siap cari ilham, shoot dan edit dan ada budak bodoh mengaku lulusan IT cakap semua itu boleh dibuat setengah jam….yelah tu samdol.
Klik Kantoi Terbesar Cybertroper DAP Pasca PRU-13! … berita yang ditulis Mynewshub mengenai tindakan Red Bean Army Cina DAP yang merancang isu blackout itu dengan gambar dan video berhari-hari sebelum kejadian berkenaan didakwa berlaku.
Kali ini, mereka buat lagi. Isu Sekolah Kebangsaan Sri Pristina di Sungai Buloh dijadikan isu yang begitu hangat dan hanya beberapa jam selepas ia panas, parodi mengenainya tersebar. Tonton parodi itu dipenghujung rencana ini.
Modus operandi yang sama digunakan Ah Beng Ah Beng Red Bean Army nampaknya.
Sebenarnya, isu melibatkan SK Sri Pristina sudah terbukti sebagai salah faham dan berpunca daripada tindakan melulu ibu bapa yang tidak membuat sebarang usul periksa sebelum meletakannya ‘kemarahan’ mereka di media sosial.
Atau mungkin ia dimulakan Red Bean Army sendiri…. Akaun Guneswari Kelly yang mula-mula menghangatkan kejadian itu walaupun meletakan beberapa gambar keluarga India, sebenarnya ia adalah akaun palsu. Banyak kandungan akaun itu yang boleh dipertikaikan.
Mereka nampak ada ruang untuk mewujudkan masalah dalam isu SK Sri Pristina, maka mereka atur langkah dengan begitu licik sekali.
Apa pun, kes di sekolah itu mula dimainkan dari sudut perkauman kononnya pelajar India disuruh makan di tandas. Terbukti ia bukan tandas sebaliknya bilik persalinan yang tidak digunakan dan sudah diubah suai.
Ia digunakan sejak Mac lalu, bermakna di luar Ramadan, pelajar Islam atau Melayu pun makan di situ.
Di kalangan masyarakat India, ramai yang pada asalnya marah kemudian boleh menerima apa yang berlaku itu.
Cuma yang menjadi pertikaian seterusnya ialah takkan sekolah tak boleh sediakan tempat yang lebih baik.
Timbul juga pandangan bodoh mengapa tidak makan di perpustakaan atau bilik darjah.
Sekolah itu dah sedia kala mempunyai jumlah murid yang terlalu ramai, kalau perpustakaan dijadikan tempat makan, macam mana bebudak nak belajar dengan aman. Kalau bilik darjah mula dijadikan tempat makan, kat mana bebudak nak menuntut ilmu.
Kebetulan ada bilik persalinan yang dilihat sesuai, pengetua dan guru-guru yang ada merasakan ia boleh digunakan untuk pelajar makan di situ, bukan untuk budak India tetapi semua budak yang ada.
Lembu buta pun tahulah niat pengetua tu baik. Sebab kantin tak cukup luas, daripada makan tepi longkang atau bawah panas matahari, makanlah di bilik persalinan yang sudah diubah itu.
Simpati betul niat guru besar berkenaan disalah ertikan. Mungkin beliau pun tidak terfikir bilik persalinan boleh jadi isu besar sedangkan guru-guru sekolah berkenaan pun siap buat bukak puasa di bilik itu.
Isu berkaitan di mana budak sekolah berkenaan asalnya dapat dibincangkan dengan baik sehinggalah puak Cina DAP mula masuk campur dan menjadi batu api.
Memang impian jadi nyata untuk puak Red Bean Army kalau mereka dapat melagakan orang Melayu dan India. Benci kepada orang Melayu akan diterjemah sebagai benci kepada kerajaan. Benci kepada kerajaan akan menguranngkan undi masyarakat India kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang. Itu sahaja matlamat mudah yang hendak dicapai.
Dalam isu makan di tandas ni, ada dua kumpulan Red Bean Army Cina DAP yang memainkan peranan.
Satu yang menggunakan nama Guneswari Kelly yang mula menghangatkan isu ini.
Kedua, watak seperti Wen Xin Hu dan Chan Wei See yang secara tiba-tiba muncul dan mula menghambur kata-kata perkauman.
(Klik untuk besarkan saiz gambar – Lihat, asalnya semua mahu mengelak bercakap dari sudut perkauman dan tiba-tiba muncul watak Wen Xin Hu yang mula memainkan sentimen kaum dan merendahkan masyarakat India yang tidak mahu mengutuk orang Melayu)
Lagi bukti;
Akaun-akuan palsu menggunakan nama masyarat India pula mula digunakan kemudiannya…berakhir dengan ia mula menjadi isu perkauman antara masyarakat Melayu dan India.
Kalau anda lihat printscreen di bawah, ternyata masyarakat India sendiri pasal asalnya meminta perkara itu diselidik dan tidak dijadikan perkara perkauman.
Masyarakat Melayu juga seperti itu….kemudian, datanglah puak-puak Red Bean Army mula memainkan isu perkauman. Dari status yang merbahaya kepada komen-komen yang menyakitkan hati sehingga kepada klip parodi disusun dengan baik sekali.
Soalnya sekarang…sampai bila kita akan terus diperbodohkan puak-puak Red Bean Army Cina DAP ni semua? Dari sebelum pilihan raya hingga kini, kumpulan itu memainkan peranan dalam memecah belahkan rakyat negara ini.
Dari isu kaum…kini isu agama pula…takkan kita sebagai rakyat akan diam dan menerima tindakan orang memperbodohkan kita!
source : AIDC
No comments:
Post a Comment