FAKTA REMEH YANG MENYEBABKAN TUN M MULA KRITIK NAJIB...!!!
Tun M semakin bimbang dengan "salah kepimpinan" dan "salah penekanan" serta "salah keutamaan" yang sedang dilakukan oleh DS Najib dalam melakukan usaha menarik kembali sokongan rakyat terhadap parti dan kerajaan yang telah menjadi lemah.
Antara sebilangan dari perkara-perkara sensitif yang telah dijadikan isu dan polimik politik hingga kepimpinan DS Najib telah dianggap lemah pada tanggapan umum;
1. Isu komunis yang selamanya diketahui menjadi pengkhianat negara, hampir berjaya ditukarkan persepsi menjadi hero negara oleh para politikus pembangkang.
2. Filem Tanda Putera hingga hari ini masih ditangguhkan penayangannya, tetapi filem The New Village yang diterbitkan kemudian begitu mudah mendapat kelulusan penayangannya.
3. Tanda putera yang mengkisahkan perjuangan tokoh negara, Tun Razak dan Tun Dr Ismail, sebenarnya tanpa sesiapa yang mendesak agar ianya jangan ditayangkan.
Kerajaan sendiri yang merasakan sendiri filem itu "mungkin sensitif" kerana ada mengkisahkan peristiwa 13 Mei. Maka, kerajaan pantas bertindak menangguhkan penayangannya beberapa kali kerana khuatir dan mahu menjaga sensitiviti kaum cina, walaupun kisah tersebut adalah realiti sejarah.
Selepas itu, baru Lim Kit Siang buat bising. Tiada siapa yang heboh atau marah sebelum itu. Kerajaan yang tiba-tiba timbul rasa takut sendiri.
Tapi, dalam kes Filem TNVillage, berani pula kerajaan meluluskan tayanganya walaupun jelas filem tersebut cuba mengolah semula persepsi baru tentang "perjuangan komunis" di negara ini.
4. Jenama 1Msia yang telah dijadikan jenama spekulasi dan manipulasi pelbagai pihak. Masing-masing bebas memberi definasi sendiri, hingga akhirnya rakyat gagal mengetahui apakah definasi sebenar yang sepatutnya difahami dari jenama 1Msia.
Akhirnya, telah menimbulkan polimik antara melayu dan bukan melayu, macam polimik anak-anak kecil kita bergaduh. Bila bergaduh dan berbalah masing-masing mencari jalan agar emak bapak menyokong mereka. Adik meyakinkan ayah bahawa dia yang betul. Abang pula yakinkan ibu bahawa dia tak salah.
Yang lemah, emak ayah yang tak pandai mengurus krisis antara anak-anak. Bila adik mengadu, ayah cakap adik betul. Bila abang mengadu, ayah pun cakap abang betul.
Ayah beri jaminan pada adik, "nanti ayah rotan dia", mana boleh abang buat macam tu.
Bila abang pula mengadu hal adik, ayah pun bagi jaminan pada abang, "nanti siaplah, balik rumah nanti abah rotan adik", mana boleh buat abang macam tu.
Inilah gambaran bagaimana DS Najib menguruskan "krisis definasi" 1Msia. Akhirnya hampir satu Malaysia tolak Najib dalam PRU lalu.
Melayu kata 1Msia tetap jaga segala kepentingan, hak dan keistimewaan melayu dan agama Islam. Cina kata, "mana boleh. 1Msia itu kita semua mesti sama rata sama rasa. Itu baru adil dan 1Msia".
5. Hakim yang memutuskan status agama anak pasangan bercerai yang berumur 3 tahun di mahkamah Ipoh minggu lepas dihakimi oleh hakim bukan Islam. Kenapa jadi macam ini? Dulu kes penggunaan nama Allah oleh Herald Tribune juga telah dihakimi oleh hakim bukan Islam.
Setakat isu rencah ini pun sudah cukup untuk kita menilai "beberapa dari sekelian banyak kelemahan" yang sedang dilakukan oleh kepimpinan negara. Isu ini sudah memadai untuk kita terima hakikat, dan jadi kayu pengukur yang menyebabkan kita sedar, "padanlah semua pihak ambil kesempatan dengan DS Najib. Memang PM lemah".

No comments:
Post a Comment