NUFFNANG

Wednesday, 31 July 2013

MESTI BACA! Surat Terbuka Pada Seluruh Perwira Sempena Hari Pahlawan

MESTI BACA! Surat Terbuka Pada Seluruh Perwira Sempena Hari Pahlawan


July 31, 2013   ·   3 Comments
hari pahlawan 2013
Hari ini Hari Pahlawan. Setahu saya, para pahlawan kita hari ini diraikan Kerajaan Malaysia di Dataran Merdeka. Untuk itu, saya ucapkan selamat Hari Pahlawan kepada seluruh perajurit, anggota keselamatan dan para pesara yang pernah mengadai nyawa serta berbudi pada rakyat Malaysia.

Di zaman nenek moyang kita dulu, tidak wujud perkataan “polis”. Yang ada hanyalah “Panglima”, “hulubalang”, “pengawal” dan seumpamanya. Mereka inilah yang mengawal keadaan setempat apabila berlaku kekecohan dan sebagainya.

Kemudian, setelah penjajah hadir, kita dimomokkan dengan jawatan “home guard” sebelum pasukan beruniform itu bertukar menjadi “polis” dan “askar Melayu”. Semua itu berlaku sebelum merdeka lagi…
tuah
Dan kini, kita berbangga dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM). Hari ini, golongan inilah yang sedang kita raikan di Hari Pahlawan.

Dulu, anggota keselamatan kita bergelut dengan pengganas komunis yang mahu menjajah Persekutuan Tanah Melayu setelah British berundur. Fahaman dan komrad yang “diimport” dari Tanah Besar China fikir, mereka boleh jajah Tanah Melayu yang sekangkang kera ini?

Dengan berkat izin Allah SWT, bumi bertuah ini berjaya mematahkan gerakan tamak “si mata sepet” dari negara tembok besar itu dan ketua mereka, Chin Peng, berjaya diusir keluar bersama fahaman tidak bertuhannya itu…
re_03.3
Itu cabaran yang diterima para pahlawan kita dulu. Ketika itu, masyarakat Tiong Hua yang kekal di Tanah Melayu ini begitu hormat pada “Ketuanan Melayu” dan mereka sangat menghargai pengorbanan bangsa pribumi yang membenarkan mereka menumpang hidup di tanah pusaka bangsa ini.

Kini kita di zaman milennium. Dan anggota keselamatan kita kini menghadapi ancaman alaf baru yang lebih moden dan mencabar. Setelah komunis meletak senjata, kini semangat komunisme itu bangkit kembali melalui “senjata baru” yang begitu mengakali minda…

komunis
Mungkin menyedari kaum yang berasal dari Tanah Besar China telah menguasi ekonomi di Tanah Melayu ini, maka mereka mahu bergerak selangkah lagi dengan menguasai politiknya pula. Dengan menguasai dua bidang utama ini, mereka percaya, merekalah “tuan baru” di Tanah Melayu ini.

Buat masa ini, mereka sedar bahawa tidak mungkin dapat menguasai Malaysia sepenuhnya berdasarkan populasi Melayu yang lebih ramai. Mengejar jumlah majoriti Melayu itu, “cha ya nun alif” giat membangkitkan propaganda melalui rangkaian media sosial, khususnya melalui Red Bean Army (RBA).

Meskipun “kantoi” dengan misi-misi fitnah mereka, golongan yang dipercayai ditaja oleh “tauke-tauke” dan mendokong parti DAP terus aktif sehingga kini. Kalau ditanya pada DAP, takkanlah mereka begitu bodoh untuk mengaku kenal dengan RBA, bukan?

Bergerak bersama spesis “Si Kitul” dan “Raja Mendaliar” moden di zaman ini, mereka begitu konsisten mengejar kuasa politik di Malaysia. Mereka tahu mereka tak payah jadi Perdana Menteri, cukuplah sekadar mempunyai Perdana Menteri yang boleh “dibonekakan” nanti…

Malangnya, kelicikan mereka-mereka yang “berdarah komunis” itu cukup sukar dibendung. Macam-macam taktik yang mereka rancang dan laksanakan. Tidak cukup menghasut dan memecah belah keharmonian kaum di Malaysia, mereka hina pula Islam dan bangsa Melayu.

ucapan buka pose alvin
Bila orang Melayu dan anggota keselamatan bertindak, mereka tersengih dengan muka “kerang busuk” meminta maaf atas “ketelanjuran” yang entah berkali-kali mereka lakukan. Dan kemudian, begitu senanglah jua kita bangsa Melayu Muslim memaafkan mereka…

Kita memang terkenal dengan sifat tolak ansur dan kaya budi pekerti. Namun sifat itu ada batasnya, bukan? Dan batas kesabaran itulah yang sedang kita “jaga” dan “pelihara” supaya ia tidak bertukar menjadi satu sifat yang dikenali sebagai “amuk”. Jika itu berlaku, buruk padahnya, bukan?

Persoalannya, terdayakah para pahlawan kita mengekang “penjajahan alaf baru” itu sedang mereka dibatasi kuasa yang terbatas dan tertakluk pada sedikit kuasa yang diberi? Dipukul sedikit dengan cota, maka anggota keselamatan itu akan diheret ke depan hakim. Wajarkah begitu?

Reputasi para pahlawan kita hari ini cukup buruk di mata rakyat. Tahniah pada “si mata sepet” dan “si kitul” yang berjaya merosakkan imej para pahlawan kita. Namun sedarkah kita dengan “permainan licik” para pengkhianat Tanah Melayu itu?

tugu
Para pahlawan kita manusia biasa. Mereka punya kelebihan dan punya kelemahan. Sebagai warganegara anak bangsa pribumi Melayu, saya menggesa supaya kita kembalikan maruah para pahlawan ke tahap yang sewajar mungkin.

Ingatlah, pada nama mereka wujud perkataan “DiRaja” yang merujuk pada “payung negara”, DYMM Yang DiPertuan Agong. Hormat pada mereka dan menjadi warga yang menghargai para pahlawan juga bererti kita mendaulatkan Institusi DiRaja di Tanah Melayu ini.

022
Apapun yang berlaku, kita pastikan bumi berdaulat ini kekal milik Melayu sebagaimana asal namanya Tanah Melayu. Pada semua pahlawan beruniform di seluruh tanahair, saya ucapkan sekali lagi, selamat Hari Pahlawan. Hanya Allah SWT saja yang dapat membalas jasa kalian…

Ingatlah, kami sentiasa berada bersama kalian dalam apa jua keadaan yang kalian hadapi, insyaAllah…


source : mykmu.net

No comments: