NUFFNANG

Friday 26 July 2013

TERKINI ! UGUTAN BUNUH & DAP KANTOI ISU MAKAN DALAM 'TANDAS' SK SERI PRISTANA !!

TERKINI ! UGUTAN BUNUH & DAP KANTOI ISU MAKAN DALAM 'TANDAS' SK SERI PRISTANA !!


MiM merujuk kepada artikel terbaru Lim Guan Eng DAP. Diantaranya :

DAP kecewa dengan cara tergesa-gesa Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan dalam menutup kes kontroversi pelajat bukan Islam disuruh menggunakan bilik mandi sebagai kantin sementara di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana di Sungai Buloh di dalam bulan puasa tanpa memberi sebarang penjelasan kepada umum.
Betulkah 'tanpa memberi sebarang penjelasan kepada umum atau sekadar omongan Setiausaha DAP itu sahaja?

Realitinya, YB P.Kamalanathan telah memberi penjelasan tersebut dan disiarkan di dalam media. BACA SINI

Mungkin sumber anak Kit Siang DAP itu hanya Roket.Kini, lidah rasmi parti DAP. Sebab itu beliau tidak tahu sidang akhbar Timbalan Menteri Pendidkan II !


Ironinya, Guan Eng menuduh P.Kamalanathan 'tergesa-gesa tanpa memberi sebarang penjelasan kepada umum' tanpa Guan Eng tahu yang P.Kamalanathan menjelaskan isu ini tiada berkaitan dengan kaum dan agama!

Kata Guan Eng :
Seluruh rakyat Malaysia juga mahukan kebenaran didedahkan sebelum mereka boleh yakin dengan dakwaan Kamalanathan bahawa ini bukanlah isu berkaitan kaum atau agama. seterusnya
Padahal, dalam sidang akhbar itu, P.Kamalanathan telah menyatakan :
Masalah berkaitan lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan. 
Beliau berkata, isu yang dibangkitkan sesetengah pihak sebelum ini yang mengatakan ia bersifat perkauman adalah tidak benar.
Apa ni, Guan Eng DAP? Mahu kelentong kah?


Guan Eng juga berkata :
Sifat tergesa-gesa yang sedemikian dalam menyelesaikan kes kontroversi tersebut akan dilihat sebagai usaha untuk menutup kebenaran, kecuali jika Kamalanathan boleh menjelaskankenapa ibu bapa tidak dimaklumkan sejak Mac tahun ini bahawa kantin akan dipindahkan ke bilik mandi atas sebab kerja baik pulih.
Padahal, media melaporkan :
"Keputusan untuk menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara dibuat selepas dibincangkan dalam masyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berikutan kantin sekolah ini agak kecil dan hanya boleh menampung kira-kira 600 pelajar sahaja sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu. 
Katanya, cadangan untuk menjadikan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara juga dipersetujui dalam masyuarat PIBG dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah sebelum ini.
Jika perkara ini telah dibincangkan dalam mesyuarat PIBG, ibu bapa sepatutnya tahu tentang perkara ini.

Bukan sahaja anak Kit Siang itu dilihat serkap jarang, ibu bapa yang merungut tentang perkara ini seperti tidak tahu menahu dengan persetujuan PIBG itu dan sepatutnya bertanya kepada pihak sekolah untuk kepastian.


Guan Eng juga berkata :
Kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan menambahkan persepsi negatif bahawa sensitiviti dan hak orang bukan Islam boleh diinjak-injak tanpa sebarang hukuman. Persepsi negatif sedemikian dengan mudah boleh bertukar menjadi rasa dimangsakan oleh orang bukan Islam
Sebenarnya, bukankah Guan Eng yang menambahkan persepsi negatif tersebut dengan artikel-artikel beliau yang dilihat serkap jarang dan tidak berasaskan kepada penjelasan yang telah diterangkan oleh Timbalan Menteri Pendidkan II?

Apa sudah jadi dengan mentaliti opportunis ini?

Lihat foto-foto ini :






Penjelasan Guru Besar SK Seri Pristana 
Bilik tersebut adalah bilik persalinan yang sudah diubah suai untuk dijadikan tempat kantin sementara dan bukannya tandas. Bilik itu juga sangat bersih dan bukan sahaja non muslim yang menggunakan bilik tersebut. Murid dan guru muslim juga turut menggunakan bilik persalinan itu untuk majlis jamuan dan sebagainya. 
Bilik persalinan itu sebenarnya digunakan sejak Mac lalu berikutan kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung bilangan murid pada waktu rehat. Difahamkan, bilik persalinan itu yang baru dibina tidak pernah digunakan dan ia hanya digunakan sebagai tempat makan sejak awal tahun ini, malah ia digunakan semua murid di sekolah berkenaan tanpa mengira agama dan bangsa. Bilik persalinan itu dihias seperti kantin dan meja dan kerusi yang ditempatkan di dalam bilik berkenaan juga sama seperti yang ada di kantin. 
Pada masa yang sama, bilik persalinan itu tidak pernah digunakan untuk membuang air kecil dan sebagainya. Perkara ini tersebar tanpa mendengar penjelasan dari dua pihak dan akhirnya menyebabkan isu sensitiviti berlaku pada bulan Ramadan.
Satu perkara yang ingin MiM ketengahkan sekali. Sebelum ini kita dikejutkan dengan laporan polis di bawah yang dibuat di Gelang Patah, Johor.

Isunya ialah seorang guru menengah kebangsaan bernama Poh Kim Thye yang didakwa mencarut menghina bangsa Melayu di kelas beliau! Di antara yang dilaporkan ialah "Kerajaan Babi Sebab Diketuai Oleh Orang Melayu" dan sebagainya.


Persoalannya, apakah Lim Guan Eng DAP telah mengeluarkan kenyataan akhbar mengutuk guru cina itu seperti yang beliau lakukan dengan isu SK Seri Pristana ?

Ada tak ?

Berita terbaru :
KUALA LUMPUR : Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini, membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lalu.

Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.

"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).

"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu semalam berkata isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.

Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.

"Sebelum ini, memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.

Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.

Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54 anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu.

Pada majlis sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - BERNAMA
Apakah Guan Eng DAP berani menjawab ugutan bunuh yang diterima oleh Guru Besar itu dan juga persoalan MiM atau beliau akan berdiam diri seperti isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh beliau sebelum ini?


source : Dr MiM. http://novandri.blogspot.com/2013/07/terkini-ugutan-bunuh-dap-kantoi isu.html utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+novandri+%28MINDA+INTELEK+MELAYU%29

No comments: