NUFFNANG

Friday, 26 July 2013

Melayu Berpecah Alasan Pemimpin Melayu Jadi Lembik?

Melayu Berpecah Alasan Pemimpin Melayu Jadi Lembik?


Bukan main laju Menteri Pendidikan bereaksi soal makan dalam 'jamban' yang dibangkitkan provokator non-Muslim yang mahu menggugat keharmonian kaum di Malaysia - ironinya tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang - berbanding Menteri Kesihatan dalam isu pesakit Melayu dihamun dengan perkataan carut dan hinaan oleh doktor di Hospital milik kerajaan di Pulau Pinang.

Mungkinkah kerana DOKTOR BANGSAT yang mengeluarkan kata-kata hinaan itu terdiri dari bangsa yang DILINDUNGI oleh parti chauvinis Cina, DAP?

Jangan seekorpun Melayu celaka penjilat punggung DAP cuba membuat justifikasi yang sudah tawar untuk didengar - yang menjadi sebab terbaik untuk kafir harbi terus melakukan kebiadapan ke atas orang kita.

Cukup selekeh nasib bangsa sendiri diletakkan oleh pemuka-pemuka Malay First Malaysian Second lah, pembela nasib Melayu lah, pendekar Melayu lah, tetapi hakikatnya pak pacak semata-mata menjadi hulubalang berportfolio.

Semakin hari semakin menyakitkan hati melihat kedua-dua pihak politikus Melayu, baik dalam kerajaan memerintah mahupun pihak pembangkang.

Kemenangan ke atas sisa-sisa dogma hiris kikis pegangan Islam yang dimulakan sejak zaman Portugis 500 tahun lalu, kini dinikmati dengan jaya oleh pemuka kafir sewarganegara. Yang diterima menjadi warganegara tidak lebih 60 tahun yang lalu! Cukup sial!

Tidak mengapalah sejarah sedemikian jika kita ada pemimpin Melayu yang kuat dan umat Melayu yang bersatu seperti 60 tahun lalu.

Hari ini, dengan pemimpin Melayu lembik, pemuka Islam berserban berjubah tetapi pendukung Kristianisasi dan umat Melayu yang berpecah belah, seperti tidak beragama, menyepak tendang kereta media ketika bulan puasa di sebuah pilihanraya kecil, menjadi sial tambahan kepada bangsa sendiri.

Bermakna, jika tidak diwujudkan satu gerakan baru, nasib dan masa depan bangsa  dan agama akan terhapus seperti kabus pagi yang hilang menjelang tengahari dek kelalaian 'pembela' bangsa dan kebodohan Melayu liberal yang pro pembangkang

source : IPOH MALAY
http://ipohmalay.blogspot.com/2013/07/melayu-berpecah-pemimpin-melayu-jadi.html

No comments: