NUFFNANG

Monday, 29 July 2013

MEMALUKAN ! THE EQUITY REPORT - LAPORAN TERPERINCI BONGKAR PENIPUAN DALAM DAP !! @dzainalabidin

MEMALUKAN ! THE EQUITY REPORT - LAPORAN TERPERINCI BONGKAR PENIPUAN DALAM DAP !! @dzainalabidin

Sangat memalukan! Pendedahan ahli DAP dan Laporan Ekuiti sekaligus telah mencemar dan memalukan parti DAP dan Lim Guan Eng sebagai Setiausaha Agung DAP.



Lihatlah betapa hipokritnya politik anak Kit Siag DAP yang pandai mencari kesempatan menyalahkan pihak lawan tetapi diri sendiri dan parti DAP sungguh memalukan sekali !

Yang terbaru ialah kenyataan Guan Eng yang seolah-olah marah apabila Khairy Jamaluddin dan Utusan Malaysia mengkritik filem pro-komunis The New Village. Padahal ramai rakyat yang bangkit mengutuk keras filem tersebut. MiM akan siarkan kenyataan balas Khairy Jamaluddin tentang omongan anak Kit Siang itu.

Apa pun, dengan wujudnya The Equity Report oleh sahabat Kit Siang itu, sudah tiba masanya untuk Kit Siang dan Guan Eng meletakkan jawatan sebelum memburukkan lagi parti DAP yang sudah dihina dan hilang maruahnya dek kesilapan undi pemilihan CEC DAP.

Apakah Lim anak beranak akan menjawab atau mendiam diri seperti isu kalimah Allah yang dicetuskan oleh Guan Eng?

Atau Lim anak beranak mengambil pendekatan mengkritik Utusan Malaysia di atas laporan tersebut tetapi tidak pula meyentuh Augustus Chen sama seperti modus operandianak beranak itu mengkritik akhbar tersebut tetapi tidak menyentuh Syen Yee Aun yang merupakan sumber kepada pendedahan Red Bean Army?

Sila baca :

Ahli DAP mahu parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) dan tidak membiarkan parti tersebut dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS)

Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass berkata, selepas hampir tujuh bulan akhirnya Lim Kit Siang membuat pengesahan secara tidak langsung bahawa wujud penyelewengan dan manipulasi undi yang membabitkan 547 perwakilan haram seperti yang didakwa oleh Father Augustus Chen dalam buku The Equity Report.

Menurutnya,  Kit Siang langsung tidak berani membuat penafian terhadap semua dakwaan penipuan yang dibongkar oleh Father Chen semasa pemilihan CEC pada 15 Disember 2012.

Katanya, sebagai seorang yang karib dengan Kit Siang, ternyata Father Chen tahu cara politik kotor yang diamalkan oleh Kit Siang.

Beliau berkata, pemimpin DAP dilihat lebih senang membiarkan parti itu dibatalkan pendaftarannya ekoran dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pemilihan CEC Disember lalu.

Beliau berkata, Penasihat DAP itu sendiri telah membuat kenyataan kepada sebuah portal berita kelmarin dengan tajuk 'DAP tidak akan terkejut jika pendaftaran parti itu dibatalkan'.

"Beliau secara tidak langsung seperti mengaku berlakunya penyelewengan dalam pemilihan CEC DAP sehingga mendorongnya membuat kenyataan itu," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Beliau mengulas mengenai Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC) tulisan Father Chen yang menyatakan secara terperinci penipuan dalam pemilihan CEC sejak 47 tahun lalu.

Katanya, Kit Siang perlu tampil menjawab dakwaan bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong bahawa Father Chen pernah menjadi rakan karib kepada Penasihat DAP itu.

"Sehingga kini Kit Siang masih membisu mengenai laporan itu dan hanya mengesahkan kandungan buku berkenaan," ujarnya.

Kelmarin, sebuah portal berita memetik Kit Siang sebagai berkata, DAP tidak terkejut sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan oleh ROS berikutan skandal penipuan pemilihan CEC Disember tahun lalu.


David mendakwa, pembatalan pendaftaran DAP akan membolehkan pemimpinnya menutup penyelewengan yang berlaku walaupun proses tersebut adalah lebih panjang berbanding jika pemilihan semula diadakan.

"Jika pemilihan semula perlu diadakan 'dinasti Lim' mungkin tergugat dan Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP sendiri mungkin tidak mendapat undi tertinggi seperti yang diperoleh pada Disember lalu.

"Besar kemungkinan Kit Siang akan 'menangis' sekali lagi untuk dapatkan simpati dari mereka yang gulungan Cina yang tidak faham undang-undang," ujarnya.

Dass berkata, sebagai ahli parti, beliau mahu pemilihan semula diadakan dan bukannya membiarkan parti dibatalkan pendaftarannya. - UM

Jika beginilah perangai kepimpinan DAP, rakyat tidak akan ada masaalah jika parti DAP dibubarkan. Terlalu banyak nanah busuk dalam parti rasis chauvinis itu.

Anda baca juga artikel OutSyed The Box :

  • . Booklet on DAP polls irregularities surfaces in Penang
  • . Guan Eng & Kit Siang under-hand tactics
  • . Source: Free Malaysia Today
  • . 16-pgs on irregularities widely distributed
  • . Equity Report (CEC Election Fraud) by Augustus Chen
  • . reveals irregularities in party elections & investigation by ROS
  • . Guan Eng & Kit Siang under fire
  • . manipulating vote tabulation to get cronies elected
  • . Tony Pua & Anthony Loke tasked to carry out dirty job
  • . results announced 3.5 hrs late, Vincent Wu received 1,202 votes
  • . joint 5th-6th position with Anthony Loke
  • . Zairil Khir Johari 39th position with 305 votes
  • . month later Zairil suddenly 803 votes & 20th position
  • . Wu was relegated to 26th place with 669 votes
  • . No notices of meeting
  • . author blamed it on manipulation to safeguard Lims
  • . nearly 1,300 delegates did not receive notices of meeting
  • . 547 illegal ones mainly from Penang voted in elections
  • . Lims planned to rig elections to prevent rise of “five tigers.”
  • . Chow Kon Yeow, Ngeh, Ngah, Boo Cheng Hau, Teng Chang Khim
  • . to ensure safe passage for his son
  • . polls postponed cos Guan Eng could only secure 1,100 votes
  • . ROS probe following complaints by 40 party members
  • . 32 complainants eligible delegates not issued notices of meeting
  • . 8 others received letters but disallowed to vote
  • . published ROS letter dd 17/4 which nullified CEC polls
  • . post-election CEC meeting on 16/12/12 null & void
  • . not issuing notice of meeting nullified polls & 20 elected members
  • . irregularities to overcome threats from five tigers
  • . to safeguard Guan Eng’s political survival


This booklet has to be an inside job. There is no way  this could be an UMNO conspiracy. UMNO cannot write in English. The minute details can only come from someone with intimate knowledge of how the DAP

Party polls were rigged. more

source : Dr MiM

No comments: