LANDSKAP BARU POLITIK MALAYSIA, DAP DIBATALKAN ?, ANWAR MENYUSUP MASUK
Desas-desus CEC parti DAP akan dibatalkan kerana kebodohan mereka sendiri yang hendak menipu kiraan undi demi kepentingan kroni-kroni baru mereka akhirnya memakan diri. Anthony Loke dalam satu kenyataan ringkasnya berkata, DAP sedang menunggu surat pembatalan CEC parti DAP, nampaknya perasaan mereka gelisah, trauma dan rimas.
Amat malang kepada bijak pandai dan para Profesor (Profesor tipu agaknya) yang menganggotai Jawatankuasa Pilihanraya CEC DAP apabila mengira jumlah puluh dan ratus pun boleh salah kira selepas tempoh agak lama. Lebih peliknya, salah kira itu melibatkan pemenang yang menang dikeluarkan dan orang yang kalah dimasukkan dengan menukar jumlah undi yang begitu ketara bezanya. Budak Cina matematik darjah 1 pun tdak salah kira. Ahli DAP Jenice Lee yang terpopular di Selangor pun disingkirkan!
Isunya kini, selepas DAP dibatalkan, apakah akan ada PRU baharu di Pulau Pinang dan di kerusi-kerusi dimenangi DAP di seluruh negara? Apakah ini semua Perancangan Dalaman Anwar Ibrahim sehinggakan arah tuju politik Anwar selepas PRU 13 kelihatannya "lembut" kepada BN? Anwar tidak lagi meneruskan Black Out 505 kan? Keputusan-Keputusan Mahkamah Pilihanraya nampaknya semua menolak Petisyen PKR kan? Dan terkini Anwar semakin hari semakin bercakap tentang dirinya kalau-kalau berada di pihak BN lah bercerita konon kalaulah dia menerima Timbalan Perdana Menteri kan?
"Anwar Bijak Bijak"
Wah, bijak sungguh politik Anwar, menyusup ke dalam BN tanpa bekas kaki, tanpa bunyi, bagaikan belut. Patutlah Nurul Izzah semakin senyap, sudah berangan-angan menjadi Menteri rasanya! Patutlah Tian Chua semakin "slow" sudah termimpi-mimpi menjadi Menteri kah?
Chinese Belt : From Singapore To Penang |
If I Malay, Very Easy |
Impian Perjalanan Jauh |
2 comments: