NUFFNANG

Thursday 4 July 2013

KLIA2 : MAHB,UEM dan Binapuri Jangan Jadi Lembu Kenyang..kenapa yer mereka berdiam diri...?

KLIA2 : MAHB,UEM dan Binapuri Jangan Jadi Lembu Kenyang


Penghujung Ogos 2010 PM telah melakukan majlis pecah tanah pembinaan KLIA2 bagi menggantikan terminal tambang murah (LCCT) sedia ada. Syarikat UEM Construction Sdn Bhd dan Binapuri Holdings Berhad telah dipilih sebagai kontraktor utama pembinaan berkenaan.

Mengikut jadual projek berkenaan perlu disiapkan dalam tempoh 20 bulan.

Jika diambil kira bermula pada bulan September 2010, bermakna KLIA2 sepatutnya siap pada Jun 2012. Namun sehingga kini ianya masih belum siap. Dikatakan lima kalipenangguhan telah dilakukan. Awal tahun ini Malaysia Airport Holdings Berhad selaku tuan kepada KLIA2 mengumumkan bahawa lapangan terbang itu akan dirasmikan pada 28 Jun 2013. Bagaimanapun beberapa minggu lalu MAHB sekali lagi mengumumkan penangguhan penyiapan KLIA2  ke April 2013. 

Dimana yang tak kena dan apa yang tak kena sehingga penangguhan demi penangguhan terpaksa dilakukan ? 

Sehingga ke hari ini MAHB, UEM dan Binapuri gagal menjelaskan secara terperinci kepada rakyat kenapa perkara itu berlaku. 


Selain daripada soal kelewatan, soal kos turut menjadi persoalan. Kos asal dikatakan berjumlah RM 1.9 bilion telah meningkat kepada RM 4 bilion. Jika benar ianya menunjukkan peningkatan 100 peratus dan boleh membina sebuah lapangan terbang lain. Jika benar ini juga tidak adil kepada penender-penender lain yang turut membida projek berkenaan. Penender lain mungkin tidak berjaya kerana mereka masuk dengan harga tinggi, maka MAHB memilih UEM dan Binapuri kerana mereka masuk dengan harga yang logik. Tetapi jika kos meningkat sehingga 100 peratus adakah ianya masih lagi logik ? 

Soal berkenaan dengan kelewatan dan peningkatan kos KLIA2 telah beberapa kali dibangkitkan oleh DAP dan turut dijadikan modal oleh mereka dalam PRU yang lalu untuk menghentam BN. Malangnya MAHB dan UEM bersikap seperti lembu kenyang. Mereka terus membiarkan pembangkang memainkan isu berkenaan tanpa mereka menjawab dakwaan-dakwaan pembangkang. Kesalahan bermula dari mereka, yang kena BN. Orang lain yang makan nangka orang lain yang kena getahnya. Apa yang susah sangat nak panggil satu sidang media dan jelaskan dengan terang segala punca kelewatan dan peningkatan kos ? 

No comments: