RAMAI TERTIPU....... ISU MAKAN DALAM 'TANDAS' SK PRISTINA TERJAWAB ! @PKAMALANATHAN
Akhirnya, kekalutan dan manipulasi isu di SK Seri Pristina terjawab. Sesiapa yang memulakan isu ini sepatutnya berasa amat malu kerana sengaja menimbulkan konfrantasi negatif.
Dalam masa yang sama, penjelasan YB Kamalanathan, Timbalan Menteri PendidikanKPENDIDIKAN sudah pasti menempelak dan memalukan beberapa pemimpin pembangkang yang dikenali sebagai opportunis dan cuba menaguk air yang keruh.
Sila baca :
Di antara omongan Setiausaha Agung DAP itu :
MiM ubah suai perenggan terakhir kenyataan anak Kit Siang opportunis serkap jarang itu :
Dalam masa yang sama, penjelasan YB Kamalanathan, Timbalan Menteri PendidikanKPENDIDIKAN sudah pasti menempelak dan memalukan beberapa pemimpin pembangkang yang dikenali sebagai opportunis dan cuba menaguk air yang keruh.
Sila baca :
Masalah berkaitan lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan.
Beliau berkata, isu yang dibangkitkan sesetengah pihak sebelum ini yang mengatakan ia bersifat perkauman adalah tidak benar.
"Bilik itu digunakan sejak Mac lalu dan semua muridtermasuk pelajar Muslim menggunakannya kerana kantin sekolah itu tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Oleh itu, tanggapan bahawa hanya pelajar bukan Islam sahaja yang makan di situ adalah salah.
"Keputusan untuk menggunakan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara dibuat selepas dibincangkan dalam masyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) berikutan kantin sekolah ini agak kecil dan hanya boleh menampung kira-kira 600 pelajar sahaja sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya kepada pemberita selepas melawat sekolah itu, hari ini.
Katanya, cadangan untuk menjadikan bilik persalinan itu sebagai kantin sementara juga dipersetujui dalam masyuarat PIBG dan ia tidak menimbulkan sebarang masalah sebelum ini.
Kamalanathan berkata, pihaknya sedar bahawa bilik itu tidak sesuai dan berbincang dengan pihak sekolah itu supaya tidak lagi menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara.
"Saya juga menerima permohonan daripada pihak sekolah untuk meminta bantuan bagi pengubahsuaian kantin asal bagi menampung lebih ramai pelajar, dan kami akan pertimbangkan permohonan itu.
Setelah penjelasan P.Kamalanathan itu, apakah pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Ling Guan Eng DAP akan meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan melulu tanpa fakta yang sah?
"Sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor saya juga akan memberikan sumbangan RM10,000 dan saya berharap kantin itu boleh disiapkan secepat mungkin," katanya.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang bulan Ramadan ini. - Bernama, 24 Julai, 2013.
Di antara omongan Setiausaha Agung DAP itu :
1. DAP memuji sikap rakyat Malaysia, Islam dan bukan Islam, kerana bersama-sama mengutuk dan mengeji tindakan menjijikkan Sekolah Kebangsaan Seri pristana di Sungai Buloh kerana meletakkan pelajar bukan Islam di bilik mandi untuk makan di waktu rehat ketika bulan puasa, dan bukan di kantin. ‘Bilik makan’ sementara di dalam bilik mandi itu juga terletak bersebelahan tandas yang berbau.Sebenarnya, bilik itu digunakan sejak Mac lalu dan semua muridtermasuk pelajar Muslim menggunakannya kerana kantin sekolah itu tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai. Oleh itu, tanggapan bahawa hanya pelajar bukan Islam sahaja yang makan di situ adalah salah.
2. Ramai yang marah dengan tindakan memalukan terhadap pelajar bukan Islam dengan menggunakan alasan bulan suci Ramadan. Sepertimana yang pernah diberitahu kepada saya oleh seorang ulama Islam, orang bukan Islam boleh makan di hadapan orang Islam malah orang Islam tersebut akan berolah ganjaran pahala.Guan Eng DAP sekali lagi merapu dan isunya bukan 'orang bukan Islam boleh makan di hadapan orang Islam. Sudahlah serkap jarang dan tidak betul dalam isu ini, Guan Eng DAP melalut dengan memburuk-burukkan sekolah rendah kerajaan.
3. Atas sebab itu, ibu bapa tidak boleh disalahkan kerana enggan menghantar anak mereka ke sekolah rendah kerajaan tetapi memilih untuk ke sekolah vernakular, kerana risaukan kesejahteraan anak-anak mereka. Moga-moga anak-anak ini tidak akan mengalama sindrom rendah diri selepas pengalaman yang tidak menyenangkan itu. seterusnya
Guan Eng.... ini isu bila mahu selesai? |
MiM ubah suai perenggan terakhir kenyataan anak Kit Siang opportunis serkap jarang itu :
Marilah kita rakyat Malaysia, Islam dan bukan Islam, bersama-sama menentang tindakan opportunis yang menuduh tanpa bukti yang sah. Marilah kita rapatkan barisan dan bersolidariti dengan rasa kemanusaan, menentang budaya opportunis dan sengaja menanam kebencian dengan memperkukuhkan pendirian bahawa meskipun kita berbeza kepercayaan dan warna kulit, kita semua tetap sebangsa - bangsa manusia.Kita tunggu dan lihat sama ada Lim Guan Eng akan meminta maaf di atas artikel serkap jarang beliau?
source : Dr MiM
No comments:
Post a Comment