Pengalaman Bekas Pemberita Organ PKR Tentang Kepakaran Cerita ‘Israiliyat’ Anwar…Anwar Bapok Lebong...
Posted by: pisau in Berita Nasional 8 hours ago 0 138 Views
Helme Hanafi – Ada cakap-cakap kata ini mungkin satu kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ramai tidak sedar. Semua ini gara-gara Ketua Umum PKR itu selalu dilihat ada saja akai untuk pastikan cerita mengenai ‘kehebatan’ sepak terajang politiknya dikagumi dan menjadi inspirasi pada penyokong-penyokong setia beliau.
‘Wayang’ ini dikatakan muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa.Ada melalui bisik-bisik,ada dari mulut ke mulut dan macam-macam lagi.Selalunya penyokong taksub akan terus percaya tanpa menilai merit berita tersebut. Entah ya, entah dongeng.
Apa sekali andaian dari gaya politiknya maka menjalarlah cerita-cerita ‘kehebatannya’ disampaikan dari mulut ke mulut oleh penyokong dan simpatisannya.
Ketika saya mula bertugas sebagai pemberita di organ parti PKR awal tahun 2001, cerita-cerita ‘israiliyat’ ini selalu kami dengar tatkala minum bersama ‘pembawa wahyu’ Anwar dari penjara Sungai Buloh..
Antara yang saya tidak boleh lupa adakah kisah seorang Timbalan Menteri yang kononnya melawat sel Anwar di penjara bersama seorang ketua bahagian UMNO, yang tiba-tiba menitis air mata ‘mengenangkan’ penderitaan yang ditanggung bekas ‘bosnya’ itu.
Kami yang mendengar lebih sedih lagi, dan sudah tentu bertambah kagum dengan Anwar.
Ada banyak lagi cerita begitu, termasuk konon menantu bekas Presiden Indonesia Suharto, Prabowo Subianto bersama bekas menteri luar Thailand, Dr Surin Pitsuwan telah berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad yang masih jadi PM ketika itu untuk melobi supaya Anwar dibebaskan.
Sudah tentu Dr Mahathir tidak layan.
Moral kisah itu, bukan soal Dr Mahathir, tapi soal konon betapa pengaruhnya Anwar di kalangan pimpinan Asean sehingga tokoh-tokoh politik negara jiran juga ambil berat tentang dirinya.
Dan cerita yang tiada siapa dapat sahkan ini adalah paling kerap digunakan terutamanya dikalangan penyokong dan teman rapat beliau.
Sebab itu, saya tidak terkejut tiba-tiba muncul ‘khabar angin’ terbaru yang tidak masuk akal dari kem Anwar kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar.
Selain TPM, PKR juga akan dapat empat kementerian jika menyertai BN bentuk kerajaan perpaduan.
Kisah ini ‘diasam-garam’ dengan kononnya Najib menunggu untuk bertemu dengan Anwar.
Ia digoreng konon lama Perdana Menteri menunggu dan menunggu dan Anwar tidak pergi untuk jumpa Najib.
Jangan ketawa. Ini cerita yang disiarkan oleh portal pembangkang Malaysiakini.
Perkara itu dinyatakan oleh seorang penulis pembangkang, Terence Netto dalam tulisannya.
Terence mendakwa tawaran Najib itu kemudiannya disampaikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.
Anwar ketika diminta mengulas perkara tersebut dengan terus kata bahawa beliau menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.
“Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO-BN.” kata Anwar.
Bunyinya memang hebat bagai kilat sabung menyabung.
Hello…soalnya betul ke ada tawaran seumpama itu dari Najib?
Sebagai seorang yang mengikuti gaya sepak terajang Anwar dengan dekat, saya punya teori sendiri, mengenai kisah Anwar dan jawatan TPM ini.
Teori saya begini, kisah konon Najib tawar Anwar jawatan TPM ini adalah lanjutan dari kisah mereka berdua kebetulan berada di Indonesia pada tarikh yang sama, 14 dan 15 Jun lalu.
Jika kita ingat, pada hari yang sama, sebuah lagi portal pro pembangkang, The Malaysian Insider, siarkan cerita bahawa Najib jumpa Anwar dalam satu pertemuan yang kononnya diatur oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).
Berita tersebut memetik sumber. Al-kisahnya pengarang portal yang menulis berita itu dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai-pegawai Anwar.
Berita itu nyata tidak benar. Tapi tidak pernah ada ‘ralat’ oleh pengarang mahupun portal tersebut. Ia berkembang, bermutasi, ke versi baru, yang lebih sensasi lagi.
Mengenali cara dan rentak Anwar, khabar angin akan disebar dengan cara bersahaja. Entah ia, entah tidak, tapi sensasinya ada, membuatkan kita akan bercerita. Plot-plotnya tidak pernah membosankan.
Pengalaman saya dulu, beliau pernah memberitahu, kononnya ada satu ‘Tan Sri Cina’ beri duit RM100 juta pada UMNO untuk menjahanamkan karier politiknya. Cerita ini diberitahu pada saya, sambil-sambil pakai kasut hendak keluar dari rumahnya.
Ketika itu, sedang panas, kes video mengenai seorang peguam kanan yang kononnya ‘mengatur’ hakim-hakim yang didedahkan beliau.
Sambil-sambil pakai kasut, keluar rumah, selepas interbiu, keluar cerita itu.
Belum sempat tanya lanjut, beliau sudah masuk ke kereta, dan meninggalkan kita dengan kisah sensasi, yang tidak boleh ditentukan kesahihannya.
Maka sudah pasti kisah itu akan ‘disebarkan’ dengan cara tidak rasmi dalam perbualan.
Sebab itu, bila dengar cerita konon Najib tawar Anwar jawatan TPM, yang disebarkan oleh kem Anwar, saya ketawa sendiri.
Nampaknya, tak habis-habis Anwar cuba tebarkan personanya, melalui cerita dongeng, yang dipercayai oleh pengikut taksub.
Teringat dulu, tahun-tahun awal Anwar bebas dari penjara, beliau menghabiskan banyak masa di Amerika.
Satu hari beliau pulang ke Malaysia. Dalam satu majlis makan-makan, beliau cerita, al kisah, sahabat karibnya, penganut faham Neo-Con Paul Wolfowitz, ketika kali pertama bertemu dengannya secara berhadapan, berlaga lutut, menangis mengenang penderitaan Anwar di penjara.
Arkitek Perang Iraq itu, kononnya, rasa amat bersalah, kerana tidak buat apa-apa, untuk menekan kerajaan Malaysia, Dr Mahathir terutamanya, ketika Anwar dipenjara.
Sungguh sedih mendengarnya.Kesan pada yang mendengar kisah itu, di meja makan ada terdengar berbisik, “power la Anwar ini, Wolfowitz menangis dia kena penjara…” keh keh keh…
Anwar oh Anwar…tak sudah-sudah
source : pisau.net
No comments:
Post a Comment