NUFFNANG

Monday, 29 July 2013

TUN M SUDAH MULA MELUAH DAN KRITIKAL TERHADAP NAJIB!!!

TUN M SUDAH MULA MELUAH DAN KRITIKAL TERHADAP NAJIB!!

Akhirnya Tun M bersuara juga. Saya secara peribadi amat yakin Tun M tidak mungkin berdiam diri dan menjadi penonton sahaja terhadap pelbagai ancaman yang sedang berlaku terhadap masa depan agama, bangsa dan negara disebabkan kelemahan kepimpinan negara.

Tun M juga pasti mahu membuktikan kritikan beliau tidak bersifat pilih-kasih. Adalah tidak adil dan adalah bukan Tun M namanya, jika beliau hanya mengkritik Pak Lah habis-habisan apabila melihat terdapat kelemahan yang telah menimbulkan ancaman terhadap alif ba ta, tetapi berdiam diri apabila DS Najib juga turut membuat, mengulangi serta menambah lagi tahap ancaman yang berlaku terhadap ali ba ta di bawah kepimpinannya.

Akhirnya, Mantan Perdana Menteri dan Mantan Presiden UMNO melepaskan juga kritikan dan ingatan kerasnya terhadap PM, DS Najib dalam satu sesi dialog bersama NGO KelabCheDet pada 26/7/2013 yang berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Dari apa yang diluahkannya secara tertutup, jelas Tun M semakin bimbang dengan "salah kepimpinan" dan "salah penekanan" serta "salah keutamaan" yang sedang dilakukan oleh DS Najib dalam melakukan usaha menarik kembali sokongan rakyat terhadap parti dan kerajaan yang telah menjadi lemah.

Paling mengecewakan, sokongan yang diperolehi DS Najib, malah lebih terok dari apa yang diperolehi oleh Pak Lah.

ironinya, fakta, alasan dan kritikan yang diluahkan oleh Tun M adalah sama sepertimana luahan rakyat di peringkat akar umbi.

Terlalu melayan karenah pembangkang, terlalu memberi muka kepada cinabeng dengan reward berbentuk kewangan, masalah punahsihat, masalah jenama 1Msia yang berbeza-beza tafsiran mengikut kepentingan kaum, pemuda UMNO yang sudah hilang idealisma perjuangan dan ahli serta pemimpin UMNO yang sudah tiada kualiti hingga untuk mencari calon menteri yang ada merit pun sudah payah.

Itu antara fakta dan rumusan yang dibuat oleh Tun M. Tidakkah ini juga yang sekian lama menjadi pertikaian rakyat bawahan dan NGO-NGO melayu?

Sehingga kini belum satu pun kebimbangan-kebimbangan ini kelihatan didengar oleh DS Najib. Beliau masih yakin dengan cara dan pendekatannya yang sudah terbukti ditolak oleh rakyat pada PRU13 yang lalu.

Apakah luahan awal secara tertutup yang dilakukan oleh Tun M ini akan kedengaran semakin keras dan terbuka?

Sama-sama kita tunggu.

No comments: