NUFFNANG

Tuesday 7 October 2014

"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

"Wahai Makhluk Yang Bernama Khalid Samad..."

Selepas dikecam hebat pelbagai pihak baru-baru ini, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad dihentam pula gerakan akar umbi PAS, El-Haraki, sebuah laman FanPage Facebook yang sememangnya dikenali sebagai pro-ulama.

Mengecam hebat Khalid, El-Haraki menegaskan bahawa adalah amat memalukan bagi umat Islam di negara ini untuk memiliki seorang Ahli Parlimen sepertinya yang baru-baru ini menegaskan bahawa pesta arak yang bakal berlangsung di Selangor itu sebagai tidak wajar dihalang.

"Wahai makhluk yang bernama Khalid Samad. Pesta arak dan pesta seks adalah perkara yang sama. Tiada agama yang suka orangnya mabuk dan melacur. 

"Sungguh memalukan ada MP seperti ini. Sangat memalukan orang Islam, khususnya di Shah Alam, Selangor," kata admin laman sosial tersebut.

Khalid sebelum ini selamba memberitahu media bahawa penganjuran pesta arak,‘Oktoberfest’,  anjuran Carlsberg Malaysia, tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Ekoran kenyataan yang dianggap bertentangan dengan ruh dan semangat perjuangan Islam di dalam PAS itu, Khalid dibidas teruk Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad.
"Pemimpin-pemimpin PAS sepatutnya mempunyai pendirian yang jelas dalam ucapan dan tindakan berpandukan Islam dan bukan berpandukan akal yang lemah, apabila bercakap soal hukum. 

"Mereka sepatutnya membawa rahmat kepada manusia dan bukan menjerumuskan mereka ke dalam budaya ketagihan arak yang merosakkan manusia. 

"Islam datang untuk membimbing seluruh manusia, bukan orang-orang Islam sahaja. Membimbing dengan wahyu dan ilmu, bukan dengan akal yang menyesatkan.

"Pesta Arak yang merupakan budaya negatif sepatutnya ditentang sebagaimana kesungguhan menentang kenaikan harga minyak. 

 "Keinginan untuk minum Arak oleh Non Muslim tidak diganggu oleh Islam tetapi menjadikannya pesta dan budaya yang dianggap positif adalah sangat membahayakan Negara dan rakyat keseluruhannya," katanya. 

-source : KedahNews.com

No comments: