NUFFNANG

Sunday, 5 October 2014

KENAPA ANWAR DI JAKARTA DENGAN SENATOR PENYOKONG GAY & KAHWIN SAMA JANTINA?

KENAPA ANWAR DI JAKARTA DENGAN SENATOR PENYOKONG GAY & KAHWIN SAMA JANTINA?

Pertama sekali, MiM mengucapkan tahniah kepada kerajaan Australia kerana tidak melayan permintaan Anwar Ibrahim supaya bersuara tentang kes Sodomi yang memalukan beliau itu. 


Tindakan kerajaan Australia itu sangat wajar kerana mereka tidak patut campur tangan dalam hal ehwal negara berdaulat yang lain. 

Dan siapakah Anwar Ibrahim sehinggakan kerajaan Australia perlu bersuara mempertahankan beliau?

The Sydney Morning Herald juga melaporkan :
Mr Anwar was in Jakarta to meet independent Australian Senator Nick Xenophon – a consistent supporter – to discuss an international support campaign if, as expected, he goes to prison later this month. 
Senator Xenophon said Malaysia risked becoming an "international pariah" for its treatment of Mr Anwar.
Senator Xenophon berkata, Malaysia mempunyai risiko untuk menjadi "Pariah antarabangsa"?

Sedapnya mulut Senator bebas ini. Yang kita tahu, beliaulah yang bakal dianggap 'pariah' jika berterusan mengkritik sistem negara yang berdaulat seperti negara Malaysia ini.

Yang menghairankan rakyat Malaysia ialahsikap Anwar Ibrahim yang masih mahu bersekongkol dengan ahli politik yang songsang kefahamanan seksualnya.


Selain Ahli Parlimen Bebas mewakili Australia Selatan, Nick Venaphone juga merupakan seorang peguam Hak Asasi di Australia yang banyak melibatkan kes berkaitan dengan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) di Australia. 
Ahli Parlimen Bebas itu mengetuai firma Guaman Xenaphone and co. di Australia Selatan yang merupakan penyokong utama Rang Undang-Undang Perkahwinan Sesama Jantina di Australia serta memperjuangkan hak untuk menikmati hak pencen, cukai dan hak keluarga kepada Kumpulan Gay dan Lesbian di Ausralia.  
“Xenophon merupakan seorang peguam yang menyokong kesamarataan Gay & Lesbian di Australia Selatan” lapor laman web LGBT, Australia, samesame.com.au . seterusnya

Jika dapat menerima perkahwinan sesama jenis dan penyokong LGBT, kita sendiri dapat menilai rakan Anwar Ibrahim tersebut!

Dan orang inilah yang bersama dengan Anwar Ibrahim di Jakarta!

Seperkara lagi, Anwar Ibrahim masih enggan menjawab isu besar ini : KLIK SINI

Source : dr mim

No comments: