NUFFNANG

Friday 3 October 2014

KEM ERDOGAN ANWARINAS BERJAYA SELUDUP DALAM PAS!  Ulama Mula Beri Perhatian Penetrasi Anwar Terhadap Kader-Kader PAS


KEM ERDOGAN ANWARINAS BERJAYA SELUDUP DALAM PAS!  Ulama Mula Beri Perhatian Penetrasi Anwar Terhadap Kader-Kader PAS

AIDCNews – 2/10/14 – Perdebatan melalui perbualan telefon seperti dalam rakaman video di atas di antara Ustaz Fadhil Hasanuddin dengan Pengarah Eksekutif LENSA (Lensa Anak Muda Malaysia), Safwan Anang membuka satu dimensi baharu tentang pertembungan di antara dua kem kader-kader PAS.
Ustaz Fadhil, kader PAS dari Timur Tengah dilihat pro Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, manakala Safwan, kader PAS dari Universiti Malaya (UM) – PMIUM – Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya) dilihat anti-Abdul Hadi.
Perdebatan perbualan telefon bermula pada pagi 30 September sebelum LENSA menghantar memorandum ke Pejabat Agung PAS Kuala Lumpur telah menyingkap tabir pergolakan dalaman PAS berkaitan dengan isu Pakatan Rakyat khususnya kemelut politik di Selangor.
Memorandum LENSA itu dianggap biadap oleh kumpulan pro Abdul Hadi kerana ia seumpama satu ugutan terhadap Presiden PAS sama ada Abdul Hadi tutup mulut berkaitan PR atau bawa keluar PAS daripada PR.
Sekaligus perdebatan Ustaz Fadhil-Safwan membuka dua jalur fikir yang berbeza sepertimana yang dimanifestasi dalam Muktamar PAS di Johor baru-baru ini.
Republik Islam
Produk PAS dari Timur Tengah khususnya di Mesir dikaderkan melalui PMRAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) melahirkan pimpinan seperti Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi, manakala produk PAS yang dikaderkan PMIUM melahirkan pimpinan seperti Datuk Husam Musa.
Namun produk PAS di UM menghadapi kemelut dalaman yang berpanjangan sejak dari tahun 1982, apabila satu watak bernama bernama Anwar Ibrahim, Presiden ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) menyertai UMNO.
Sebelum 1982, Anwar melalui ABIM-PKPIM menguasai PMIUM, namun selepas Anwar menyerti UMNO pada 1982 pergolakan dalaman PMIUM berlaku di antara dua kem pro Anwar dan pro PAS.
Kumpulan pro PAS didokong oleh Ustaz Mohd Taib Ahmad dan Ustaz Mohammad Husin yang dikenali sebagai kumpulan ‘Republik Islam’ (RI) berusaha membersihkan PMIUM daripada elemen Anwar Ibrahim.
Ironiknya, 32 tahun kemudian, selepas Ustaz Mohd Taib Ahmad dan Ustaz Mohammad Husin berkecimpung dalam PAS, kedua-dua tokoh RI itu pula dikaitkan dengan penubuhan PasMa (Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia).
Kesinambungan produk PMIUM warisan ‘usrah’ RI itu melahirkan kader-kader seperti Muhamad Hisomudin Bakar yang terlibat dalam PasMa dan PKR dan Sheikh Umar Bagharib Ali yang terlibat dalam PasMa dan DAP.
Kader-Kader PAS dihijack
Kader-kader PAS di universiti tempatan berpusat di UM menubuhkan GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia) pada tahun 1990-an dan untuk melebarkan sayapnya ditubuh satu lagi cabang yang dikenali sebagai SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) pada tahun 2002.
Namun, pada tahun 2012, Mohd Yusof Hadhari, bekas Ketua Penerangan GAMIS mendedahkan SMM telah dihijack oleh pihak luar.
Namun bekas aktivis GAMIS itu tidak menyatakan siapakah dalang yang dimaksudkan pihak luar tersebut.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh facebook pro ulama, El Haraki apabila SMM yang asalnya produk PMIUM dirampas oleh pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor).
SMM telah dimanipulasikan untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Kedah pimpinan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Pelajar KUIS yang dimaksudkan itu adalah Syukri Razak yang sekarang ini merupakan Pengarah Komunikasi LENSA.
Menurut blog penaminang, elemen Anwar Ibrahim mula menyusup masuk ke dalam SMM sejak Mac 2011 apabila Ketua Umum PKR itu dijemput untuk merasmikan ‘Kongres Gerakan Mahasiswa II, ’ di KUIS, Bangi.
Sejak dari itu SMM dikemudikan Syukri Razak hingga melahirkan produk-produk PasMa sekarang ini.
Dari SMM ditubuhkan pula badan-badan NGO seperti LENSA.
Ia seumpama modus operandi Foundation For The Future yang pernah dipengerusikan Anwar Ibrahim menaja pelbagai NGO masyarakat awam di Timur Tengah yang kemudiannya bergolak menjadi Arab Spring .
source : aidc

No comments: