NUFFNANG

Friday 3 October 2014

MAKA MENANGISLAH PENGASAS-PENGASAS DAN ULAMA PAS BILA MENGETAHUI GELAGAT, PENDIRIAN DAN SIKAP SEBENAR MUJAHID INI...Peserta Forum Saran Mujahid Tinggalkan PAS

MAKA MENANGISLAH PENGASAS-PENGASAS DAN ULAMA PAS BILA MENGETAHUI GELAGAT, PENDIRIAN DAN SIKAP SEBENAR MUJAHID INI...Peserta Forum Saran Mujahid Tinggalkan PAS

AIDCNews – 1/10/14 – Seorang peserta forum mencadangkan agar Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa supaya meninggalkan PAS dan menyertai parti yang bukan berasaskan agama.
Peserta forum membuat cadangan itu selepas mendengar ceramah Mujahid dalam forum bertajuk ‘Malaysia ke arah anti-diskriminasi” yang dianjurkan oleh Pusat KOMAS (Pusat Komunikasi Masyarakat), semalam.
“Jika anda (Mujahid) kata agama penting untuk kehidupan, saya tidak bersetuju dengan anda.
“Terdapat ramai manusia yang yang tidak mempercayai apa-apa agama, tetapi mereka mempunyai kehidupan yang sangat baik.
“Sebenarnya agama mesti dipisahkan daripada politik. Jadi kita boleh maju. Selagi Malaysia mencampuradukkan agama dengan politik, kita akan selama-lamanya berada dalam dilema.
“Untuk YB Mujahid, tolong tinggalkan PAS, dan pergi kepada parti yang tidak berasaskan agama,” sarannya sambil disambut gelak ketawa.
Sebelum ini Mujahid dalam ceramahnya berkata beliau sudah menjangkakan ada yang bakal bertanya tentang PAS.
“Saya telah tulis dua buku mengenai perkara ini. “PAS baru” dan “Rejuvenasi PAS.” Saya tidak popular kerana menulis buku-buku itu.
“Tetapi, saya cuba yakinkan parti politik (PAS) mesti direform,” kata Mujahid.

Source : aidc

No comments: