NUFFNANG

Saturday 4 October 2014

PM NAJIB! READ THIS BEFORE IT'S TOO LATE!! ... IDRIS JALA, MELANGKAH TIDAK MEMIJAK TANAH

PM NAJIB! READ THIS BEFORE IT'S TOO LATE!! ... IDRIS JALA, MELANGKAH TIDAK MEMIJAK TANAH

DATUK SERI IDRIS JALA
Soalan pertama saya, apakah makna Malaysia? Adakah hanya sebuah persekutuan yang terdiri daripada negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak sahaja? 

Atau Malaysia itu ialah orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan lain-lain lagi?

Atau Malaysia itu mempunyai makna yang jauh lebih mendalam daripada sudut perlembagaan, jati diri, sejarah dan impian?

Di sinilah letaknya kelemahan agensi ekonomi negara seperti PEMANDU ketika melaksanakan ETP dan GTP, di mana CEOnya berusaha menjadi pelari wmarathon mengejar impian berpendapatan tinggi tetapi tidak peka kepada sejarah sosiopolitik dan sosioekonomi negara dengan mata sejarah.

CEO dan pasukannya kelihatan kesuntukan masa dalam merealisasikan program transformasi ekonomi negara, tetapi kelihatan CEOnya tidak menerapkan nilai kenegaraan (negarawanan) yang kukuh. Buktinya, rakyat marhaen, rakyat di kampung-kampung, rakyat pertengahan melihat pendekatannya membunuh kegembiraan hidup mereka. Janganlah bertanya kepada bisnesman kerana sudah tentu mereka suka dengan polisi-polisi yang memberi keuntungan kepada mereka.

Apabila kita mengurus ekonomi negara, anugerah pengurus ekonomi singkat terbaik sama ada di syarikat antarabangsa seperti Exxon atau Mobil, ataupun dalam negara seperti MAS tidak boleh digunapakai untuk mengurus ekonomi rakyat Malaysia yang berskala besar. Sudah pasti akan ada kecacatannya, terutama jika kita terlepas pandang sentimen rakyat jelata.

Tun Dr. Mahathir secara ringkasnya berkata lebih baik mengurangkan kos daripada memotong subsidi. Semasa di dalam MAS, dua langkah yang diperkenalkan oleh CEOnya ialah mengurangkan pekerja dan menjual bangunan MAS. Kalau itulah kehebatannya, semua orang boleh melakukannya dan kemudian meninggalkannya.

Dalam jangka masa panjang, langkah itu nampaknya tidak berguna pun. MAS tidak dapat menikmati keuntungan daripada polisi-polisi singkat. Kerugian 5 tahun tidak sepatutnya diselamatkan dalam 3 tahun, sebaliknya kerugian 5 tahun barangkali boleh diselesaikan dalam jangka masa 10 tahun. Isunya ialah pelan pemulihan tidak mungkin boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat!

Jika kita menggunapakai teori ekonomi Barat seperti Adam Smith, ianya sangat-sangat tidak sesuai dengan kondisi sosiopolitik negara kita. Anda tidak boleh mengejar sesebuah wawasan dengan sebuah pakej ekonomi berukuran 5 tahun ataupun 10 tahun. Rakyat akan merana dan kerajaan akan kehilangan sokongan (undi).

Tun Dr. Mahathir tidak menyebut dalam Wawasan 2020 bahawa rakyat Malaysia akan mencapai pendapatan setinggi USD15,000 setahun. Jika ianya hendak dicapai dengan berlari 3 langkah walhal kemampuan kita  hanya 1 langkah sahaja, ianya benar-benar idea gila dan menjerat diri sendiri! 

Sebab itulah, ketua pelari marathon ini tergesa-gesa dan melanggar apa sahaja di depannya, melanggar hukum ekonomi dunia, melanggar ketidakseragaman pendapatan rakyat, melanggar sistem sosial malah melanggar masa hadapan politik negara. Janganlah memandang remeh hal-hal yang kelihatan remeh, kerana di timur tengah dengan hanya satu 'tweet' sahaja menyebabkan berlakunya Arab Spring sehingga menjatuhkan ramai pemimpin mereka.

Kepada CEO ini, dia tidak akan berasa rugi apa-apa, kerana dia boleh pergi selepas selesai misinya, sama ada misi nasional mahupun misi peribadi. Yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata yang tidak mampu mengejar larian itu. 

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Presiden SBJ Indonesia, Lee Hsien Leong Singapura dan sebagainya tidak pun tergolong dalam 50 individu paling berpengaruh dalam dunia, kerana mereka tidak mencari anugerah peribadi, mereka semua mencari anugerah rakyat iaitu dari rakyat, kepada rakyat dan untuk rakyat.

Polisi ekonomi yang lemah ialah polisi yang memberi kesan negatif kepada rakyat, merombak kehidupan aman mereka, merobek kesenangan harian mereka yang akhirnya menghasilkan kesan yang lebih buruk seperti rasuah dan kes-kes  jenayah yang lain.

Tiada siapa mahu melihat DS Najib jatuh dan dijatuhkan sama ada melalui politik atau ekonomi. Kita telah mempertahankan DS Najib dan kerajaan dengan cara yang sangat luar biasa. 

Kita mahu mempertahankan kerajaan sedia ada, tetapi mempertahankan dengan cara membiarkan kelemahan berleretan suatu ketidakadilan kepada DS Najib. Mengkritik dengan niat membetulkan keadaan lebih baik daripada berdiam diri.

Kalau begitu, wajarkah Datuk Seri Idris Jala meletak jawatan? Saya tidak boleh menjawab sms itu kepada mereka yang bertanya, kalau anda boleh memberi pandangan, saya akan terbitkan. Saya tidak percaya negara kita tidak mempunyai pakar ekonomi yang lebih sesuai dan berjiwa Malaysia yang sebenar. 

Terima kasih. 

No comments: