NUFFNANG

Saturday 4 October 2014

Pesta Arak : Ulama PAS Bidas Khalid Samad

Pesta Arak : Ulama PAS Bidas Khalid Samad

AIDCNews -4/10/14 – Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka, Zulkifli Ismail Muhammad membidas Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkaitan dengan Pesta Arak ‘Oktoberfest’
“Pemimpin-pemimpin PAS sepatutnya mempunyai pendirian yang jelas dalam ucapan dan tindakan berpandukan Islam dan bukan berpandukan akal yang lemah, apabila bercakap soal hukum. Mereka sepatutnya membawa rahmat kepada manusia dan bukan menjerumuskan mereka ke dalam budaya ketagihan arak yang merosakkan manusia. Islam datang untuk membimbing seluruh manusia, bukan orang-orang Islam sahaja. Membimbing dengan wahyu dan ilmu, bukan dengan akal yang menyesatkan.
“Pesta Arak yang merupakan budaya negatif sepatutnya ditentang sebagaimana kesungguhan menentang kenaikan harga minyak. Keinginan untuk minum Arak oleh Non Muslim tidak diganggu oleh Islam tetapi menjadikannya pesta dan budaya yang dianggap positif adalah sangat membahayakan Negara dan rakyat keseluruhannya. Islam menentang seluruh bentuk kekejian dan penyelesaian Islam tidak bersekongkol dengan sebarang bentuk kekejian dan kezaliman.
“Oleh itu saya menyeru kepada kerajaan negeri Selangor agar memastikan pesta keji ini tidak diteruskan demi mematuhi perintah Allah dan menyelamatkan rakyat berbilang bangsa dari wabak ketagihan arak yang menghancurkan peribadi, keluarga dan negara,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan facebookustaztantawi.
Khalid Samad dalam kenyataan baru-baru ini berkata penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.
“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.
“Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.
“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.
Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan penganjuran pesta arak oleh Carlsberg yang bermula sejak 24 September lalu dan kemuncaknya pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.
Tambah Khalid, lebih 60% di Petaling Jaya ini adalah bukan Islam, jadi tidak ada sebab untuk mengahalang mereka mengadakan acara sebegitu.
“Cumanya, perlu dipertegaskan bahawa orang Islam tidak boleh hadir ke pesta arak seperti itu.
“Pada masa yang sama kawalan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu diadakan untuk menentukan tiada keterlanjuran oleh man-mana pihak akan berlaku dan ianya dilakukan dalam suasana terkawal,” katanya.
source : aidc

No comments: