NUFFNANG

Wednesday 29 October 2014

ARTIKEL YANG PERLU DIKETAHUI DAN DIBACA OLEH NAJIB, AHLI UMNO DAN UMAT MELAYU-ISLAM... NAJIB PASTI DEDAHKAN KRONI PENERIMA FAEDAH DARI 1MDB

ARTIKEL YANG PERLU DIKETAHUI DAN DIBACA OLEH NAJIB, AHLI UMNO DAN UMAT MELAYU-ISLAM... NAJIB PASTI DEDAHKAN KRONI PENERIMA FAEDAH DARI 1MDB

"Seorang jurucakap Kerajaan menjelaskan bahawa wang 1MDB diguna untuk Bumiputra. Yang saya tahu satu biasiswa diberi kepada seorang pelajar muzik. Tidak mungkin biasiswa ini bernilai 38 billion Ringgit. Kerajaan sepatutnya memberi maklumat yang jelas kepada rakyat, terutama Bumiputra akan bantuan yang boleh didapati dari 1MDB. Mungkin seluruh rencana dalam The Edge adalah fitnah untuk memburuk Kerajaan dan Perdana Menteri. Tetapi jika tidak ada audit oleh pihak bebas dan penjelasan yang munasabah, saya khuatir orang ramai akan percaya cerita dongeng The Edge." - Tun Dr Mahathir Mohamad.
Berikutan tulisan Tun Dr Mahathir ini, blogger Apanama mendesak Najib Razak "jangan sapu arang ke muka kami, Datuk Seri. Kami malu". Dan Apanama menulis sekiranya segala urusan 1MDB didedah, Najib tiada pilihan kecuali MELETAKKAN JAWATAN dan berhadapan dengan proses undang atau dengan kata lain di dakwa.
Dan Apanama juga menulis bahawa cakap-cakap di luar mengatakan urusan 1MDB adalah satu jenayah kolar putih.
Blogger Outsyedthebox juga mengulas tulisan Tun dan Apanama di link berikut: http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/2014/10/apanama-najib-has-no-option-but-to-step.html
Jelapang tertarik dengan tulisan Tun dan cuba meringkaskan laporan yang ditulis oleh akhbar Edge yang disebutkan oleh Tun.
Antara catatan menarik secara ringkas di dalam akhbar tersebut ialah:
1. 1MDB membayar kadar faedah 5.75 peratus setahun ke atas bon bernilai RM5 bilion padahal kadar faedah untuk bon kerajaan di bawah paras 4 peratus sementara Petronas hanya membayar 3.6 peratus. 
2. Pakar-pakar bank berpendapat kemungkinan ada ORANG TENGAH mengaut keuntungan 1.75 peratus dari urusan ini.
3. 1MDB membeli janakuasa (IPP) dari Tanjung dan Genting dengan nilai RM10.85 bilion padahal nilai sebenar IPP ini hanyalah RM8.20 bilion.
4. Pembelian 260 ekar tanah di Pulau Pinang dengan harga RM110 sekaki persegi padahal nilai sebenarnya RM57 sekaki persegi.
4 perkara ini bukan rekaan semata-mata. Ia adalah laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Edge minggu lepas.
Seperti kata Tun Mahathir, Najib perlu menjawab tuduhan ini kerana ada kemungkinan akhbar ini menyiarkan berita palsu.
Bagi Jelapang, kita yakin Perdana Menteri akan menjawab isu ini semasa Perhimpunan Agong Umno yang akan diadakan pada penghujung November.
Sikap membisu Najib bukan bermakna beliau takut untuk berhadapan dengan isu ini, tetapi masanya belum sampai untuk beliau tampil menjelaskan isu 1MDB.
Kita yakin, Najib akan menjelaskan isu 1MDB ini dan siapa kroni-kroni di dalam Umno yang mendapat faedah dari 1MDB selain dari pelajar muzik yang dikatakan oleh Tun Dr Mahathir apabila Najib bersemuka dengan lebih 3,000 perwakilan Umno di PWTC November nanti.
Jelapang juga yakin, Najib akan menuruti jejak Tun Dr Mahathir dengan mendedahkan senarai kroni yang mendapat faedah dari 1MDB.
Kita masih ingat bagaimana pada 19 Jun 1998, Tun Dr Mahathir mempamirkan senarai kroni Umno di lobi Umno pada masa itu dan kita kagum apabila melihat begitu ramai pemimpin dan ahli keluarga Umno terutamanya penyokong Anwar Ibrahim yang kaya raya pada 1998 termasuk bapa Anwar, anak Tun Dr Mahathir dan Ahmad Zahid Hamidi.
Kepada mereka yang lupa akan peristiwa bersejarah pada 19 Jun 1998 dan kepada mereka yang tidak pernah dengar akan peristiwa ini, Jelapang siarkan kembali laporan akhbar pada 20 Jun 1998 di bawah ini. Sebenarnya senarai kroni amat panjang tetapi pada masa itu akhbar utama pro-Mahathir, maka nama penyokong Anwar dijadikan tumpuan walaupun ramai kroni Dr Mahathir juga mendapat faedah pada masa itu termasuk anak beliau Mokhzani.
Senarai kroni Anwar 

KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

Nama Kamaruddin terkandung dalam senarai saham dan pemberian projek kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini - satu tindakan yang bertujuan mendedahkan bagaimana Anwar membahagi-bahagikan kekayaan negara kepada rakan-rakannya.

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya,Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Dr. Rahim Ghouse, seorang lagi penyokong kuat Anwar turut mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion

Penulis dan bekas pensyarah universiti, Rustam Sani, yang hebat mengecam kerajaan selepas Anwar dipecat daripada kerajaan sejak sembilan bulan lalu juga mendapat projek iaitu pembinaan Kompleks Jabatan Imigresen Shah Alam yang kini pada peringkat kelulusan prinsip. Rustam, 55, adalah pemegang saham utama syarikat yang mendapat kontrak itu, Pasca Baru (M) Sdn. Bhd.

Beliau lantang membela Anwar dan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang didakwanya mengamalkan kronisme nepotisme terutama dalam tulisan-tulisannya yang diterbitkan dalam akhbar Harakah dan penerbitan yang pro bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Salah satu dokumen yang dikeluarkan dalam senarai itu bertajuk Pemberian Projek Penswastaan Kepada Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Perjanjian Telah Ditandatangani).

Projek pembangunan kerajaan yang diluluskan kepada kroni Anwar adalah pelbagai daripada penswastaan pembetungan najis, penswastaan perkhidmatan ambulans hinggalah kepada pembangunan mengeluarkan lapan dokumen pada Perhimpunan Agung UMNO, dan daripada senarai itu terdapat dua senarai yang mengandungi maklumat berhubung 27 buah projek yang diberikan kepada penyokong-penyokong Anwar.

Hanya 14 daripada 27 projek itu dicatatkan kosnya. Nilai terkumpul 14 projek itu ialah RM33.92 bilion. Dijangkakan, jika kos projek-projek lain diperoleh, nilai keseluruhan akan jauh lebih tinggi.

Selain Kamaruddin, nama-nama lain yang mendapat faedah ialahDatuk Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.

Dalam satu senarai berasingan, nama bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, juga dicatatkan sebagai menerima kelulusan prinsip projek Pembangunan Semula Kampung Haji Abdullah Hukum di Kuala Lumpur.

Selain beliau, nama penyokong Anwar lain juga disebut dan mereka kebanyakan adalah bekas para pemimpin ABIM dan pemimpin UMNO yang rapat dengan Anwar. Mereka ialah Datuk Ahmad IsmailDatuk Iqbal Mohd., Kuppa Pitchai Rawther, Datuk Nasruddin Jalil dan Datuk Ahmad Saad.
Tindakan menyenaraikan nama individu dan syarikat bumiputera yang mendapat saham dan projek itu adalah langkah kali kedua selepas Dr. Mahathir mengejutkan ahli-ahli UMNO dengan senarai yang sama pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangkis dakwaan Anwar yang menuduh kerajaan mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah. Ia dipamerkan untuk diteliti oleh para perwakilan dan ahli-ahli UMNO yang menghadiri perhimpunan agung parti itu di sini.

Kamaruddin, Ketua UMNO bahagian Tumpat, juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta).

Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh, Kamaruddin Mohd. Nor, yang juga bekas Setiausaha Agung ABIM pula memegang saham sebanyak 250,000 unit dalam syarikat Eastern dan Oriental.

Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon) masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, memiliki sebanyak 6,751,493 saham dalam syarikat Tekala Corporation (TCB). Menerusi syarikat Pantai Dalam Sdn. Bhd., beliau juga telah mendapat kelulusan prinsip untuk projek pembangunan semula Kampung Haji Abdullah Hukum.

Senarai-senarai pemberian saham dan projek itu dipamerkan di tingkat empat, bertentangan dengan pintu masuk utama ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.

Senarai pertama melibatkan pemberian 18 projek penswastaan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang perjanjiannya telah ditandatangani sehingga 15 Jun lalu.

Para penyokong Anwar yang paling kerap tertera daripada 18 projek itu ialah Mohd Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nadzri Abdullah dan Datuk Khalid Ahmad yang memiliki saham utama dalam sembilan projek.

Projek-projek itu ialah projek Kuala Lumpur Central menerusi syarikat Freeway Properties dan bernilai RM713 juta; Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3); perkhidmatan telekomunikasi Satelite Network; projek Lebuh Raya Ipoh-Lumut bernilai RM1,000 juta dan projek perkhidmatan sokongan hospital Redicare Sdn. Bhd bersama Azmi Jaafar.

No comments: