NUFFNANG

Sunday 5 October 2014

A MUST READ ARTICLE! PM NAJIB! ONE OF MANY REASONS WHY YOU MUST SACK IDRIS JALA AND PEMANDU!! ... Bajet Pemandu dilimpahi barakah tak terhitung-hitung



A MUST READ ARTICLE! PM NAJIB! ONE OF MANY REASONS WHY YOU MUST SACK IDRIS JALA AND PEMANDU!! ... Bajet Pemandu dilimpahi barakah tak terhitung-hitung


Orang Malaysia nampaknya miskin.
Lebih separuh (yakni 53%) daripada kita berpendapatan kurang RM3,000 sebulan dan layak menerima BR1M.
Seramai 21.5 peratus penduduk negara berpendapatan satu isi rumah bawah RM1,500 sebulan.
Sementara itu, sebanyak 31.2 peratus penduduk berpendapatan seisi rumah kurang RM3,000 sebulan.
Hanya satu suku (24.1%) penduduk negara berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.
Household Income

Sasaran pendapatan purata RM4,000

Namun Idris Jala pemandu bas Najib berkata (maaf, cakap omputih, ya, kerana Idris ni Kristian evangelis):
“The goals of the ETP are to raise Malaysia’s GNI per capita to US$15,000, create 3.3 million jobs and secure US$444 billion in investments by 2020. Our target for GNI is based on the World Bank’s GNI per capita threshold for a high income economy of US$12,276 and takes into account the organisation’s historical global inflation benchmark figure of 2 per cent until 2020.”
Disasarkannya purata pendapatan rakyat negara akan mencecah RM4,000 sebulan menjelang tahun 2020, yakni dalam masa enam tahun kelak.
Quantum leap dah nih. Adakah golongan rakyat bawahan akan berjaya meningkatkan pendapatan mereka secara mendadak?
Idris bus driver

Mean versus median income

Diberikan contoh bagi menunjukkan perbezaan di antara istilah ‘mean‘ (purata) dan ‘median‘ (penengah).

(A) MEAN INCOME

Pendapatan peribadi bulanan, katakan:
  • Tuan Sazali seorang timbalan ketua jabatan kerajaan — RM7,500 (gaji pokok tanpa dikirakan pelbagai elaun, dsb)
  • Puan Zaiton seorang jurutera — RM5,000
  • Encik Nedim seorang pegawai khas kerajaan — RM4,000
  • Cik Hashimah seorang guru — RM3,250
  • Cik Ani seorang kerani — RM1,750
Pendapatan bulanan purata (mean income) bagi kumpulan di atas ialah RM7,500 + RM5,000 + RM4,000 + RM3,250 + RM1,750 ÷ 5 = RM4,300

(B) MEDIAN INCOME

Pendapatan peribadi bulanan, katakan:
  • Dr Prakash seorang doktor klinik — RM10,000
  • Puan Sheila seorang peguam — RM8,500
  • Krishnan seorang drebar — RM1,700
  • Arumugam seorang pengawal (security guard) — RM1,200
  • Lakshmi seorang ‘pencuci’ (cleaner) — RM850
Nilai median pendapatan bagi lima orang anggota kumpulan di atas ialah angka yang terletak di tengah, iaitu RM1,700.
RM10,000
RM8,500

RM1,700

RM1,200
RM850
Apapun, Wahid Omar (seorang kawan akrab Idris Jala) telah memberitahu para wartawan baru-baru ini bahawa pendapatan purata bulanan orang Malaysia ialah RM5,900 manakala pendapatan median ialah RM4,258.
Sebaliknya mengikut data BR1M, kita miskin pula.Kenyataan si Wahid Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri pada bulan lepas bercanggah dengan data BR1M.
Memang susah nak ‘caya cakap orang politik.
Pemandu Transformation
Idris Jala

ETP pecat Najib

Rancangan Economic Transformation Programme (ETP) yang dirujuk beliau adalah di bawah kawalan Idris Jala sendiri.
Maksudnya tugas Idris selaku Menteri Pemandu juga merangkumi kerja bos GTP dan bos ETP.
ETP pernah sekali melucutkan Najib Razak daripada jawatannya – lihat tweet (screenshot bawah) oleh ETP pada 6 Jan 2014 yang menyebut PM sebagai “former Prime Minister Najib Razak”.
Idris Jala ni sebenarnya ahli firasat yang mempunyai ilmu menilik.
Najib: “Energy subsidy no longer sustainable”
etp

Berbilyun beb!

.
Belanjawan bagi Pemandu

Cuba kita lihat pada bajet 2014 dan peruntukan yang diberi kepada Pemandu.
Anggaran tahun 2013: RM250,000,000.00
Anggaran tahun 2014: RM39,200,000.00
Pemandu quarter billion
Kos perbelanjaan mengurus yang disenaraikan sebagai NKEA dan NKRA:
  • RM44,000,000.00 untuk NKEA Petroleum Resource Corporation
    .
  • RM3,000,000.00 untuk NKEA Nuclear Power Corporation
    .
  • RM200,000,000.00 untuk NKRA low income household
    .
  • RM24,675,000.00 untuk NKRA urban public transport
    .
Pemandu NKRA NKEA
Pemandu NKEA
Yang di atas pula untuk entah apa projek NKEA – kod nombor projek ialah 94000 – yang bernilai RM138,189,183.00.
Boleh tak blogger-blogger Umno tolong semak?
Apa lah kerja yang Pemandu-Pemandu drebar Najib buat nih? (lihat bawah)
Kerja Pemandu
PemanduPecatNajib

I love new PM

Saya rasa kalau dah lah Najib dipecat sebagai Perdana Menteri oleh unit ETP, elok aje kita lantik Tan Sri Khalid Ibrahim jadi PM baru.
Di bawah Najib, duit kerajaan dibazir berbilyun-bilyun di kala ramai konsultan-konsultan dan punahsihat yang masyuk.
Tapi kalau di bawah pentadbiran Khalid Kedekut, pasti kerajaan boleh jimat berbilyun-bilyun.
Yang best-nya, si Khalid orang korporat yang mampu pakai otak sendiri. Dia tak payah gaji konsultan melambak-lambak untuk minta nasihat.
Lagipun orang Pakatan dok komplen Khalid buat keputusan seorang-seorang. Maksudnya takde lah konsultan keliling pinggang.
Khalid for PM! # Ini Khalid lah
.

No comments: