NUFFNANG

Sunday, 12 October 2014

BERITA GEMBIRA DAN GEMPARRR!!! ... BERTAHUN HIDUP TERSESAT AKHIRNYA PADERI BESAR DI INDONESIA MASUK ISLAM.

BERITA GEMBIRA DAN GEMPARRR!!! ... BERTAHUN HIDUP TERSESAT AKHIRNYA PADERI BESAR DI INDONESIA MASUK ISLAM.


Ketika segelintir puak minoriti di Malaysia yang bermati-matian mengatakan Allah itu bersifat trinity dan berhempas pulas nak gunakan kalimah Allah sampai nak saman kerajaan Malaysia, dunia terkejut dengan berita Paderi katolik di Indonesia; Fathter Eduardo Vincenzo Maria Gomez 87 tahun asal Sepanyol memeluk Islam.

Apalagi puak-puak evangelis di Malaysia ada yang melompat kepanasan. Sampai nak menyanyi koir, dengar kutbah paderi dan melakukan pembaptisan dalam gereja hari Ahad ni pun rasa bingung...

Ini mesti salah UMNO lagi kot?

Bukan kita tak tahu betapa masyarakat Islam di Indonesia sedang bertarung mempertahankan akidah mereka dari pelbagai kesesatan yang direka dan disebarkan oleh puak-puak missionary.

Ajaran sesat apa yang tiada di Indonesia yang segelintir puak-puak disini sasau nak mengembangkannya atas nama kebebasan beragama. Syiah, Ahmadiyah, Ingkar Sunnah, Pluralisme, Ateisme, Kejawen, Jaringan Islam Liberal (JIL)...semuanya ada.

Peliknya lagi mereka yang tak ada kena mengena dengan Islam ini suka sangat nak kembangkan ajaran sesat ini di kalangan umat Islam dan disokong pula oleh segelintir pemimpin-pemimpin Islam sendiri yang kepiah dan jubahnya tak pernah lekang dari badan!

Bila pihak berkuasa mengambil tindakan membenteras dan melindungi kesucian Islam mereka pula mengatakan kerajaan zalim kerana menghalang perbuatan mereka.


Kini dengan peristiwa masuknya Islam oleh seorang paderi besar Katholik di Indonesia bersama-sama pengikutnya telah membuktikan bahawa Islam itu adalah agama yang benar. 

Subhanallah...Itulah kebesaran kuasa Allah. Mungkin dulu hidup si paderi ini tersesat dan menyesatkan manusia, namun atas kehendak Allah dia beriman setelah mendapat petunjuk yang mungkin pada sesetengah orang menganggap sebagai mengarut.

Tiada yang mustahil bagi Allah. Mungkin juga seseorang yang hidupnya dilahirkan sebagai Islam, anak pengasas sebuah jemaah Islam yang terkenal, bercakap siang malam pasal Islam tapi kerana salah bertahaluf siyasi dengan puak harbi maka hidupnya kini semakin menjurus ke arah kekufuran.

Ada juga pemimpin Islam yang hidupnya serba serbi tahu mengeji kerajaan sebab kemaruk nak jadi Perdana Menteri hingga sanggup mengadaikan hak dan keistimewaan agama dan bangsanya semata-mata menjilat puak-puak kufur demi menagih undi mereka. 



http://worldnewsdailyreport.com/catholic-priest-wakes-up-from-coma-after-17-months-converts-to-islam/

Kita percaya Islam pasti akan berjaya walaupun ditentang hebat dan dibenci kaum kafirun, mushrikun dan munafikun. 

1 comment:

Anonymous said...

mungkin bahasa itu boleh dilembut kn lg?sbg wakil seorg muslim :) apa2pun terima kasih atas info yg diberikn. semoga menjd sumber informasi utk ummah.