NUFFNANG

Saturday 11 October 2014

MB AZMIN : PAS BERI KEBENARAN OCTOBERFEST. PAS SILA BERI PENJELASAN! ... UNTUNG DAN BERTUAH RAKYAT SELANGOR KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BERTEGAS TERUSKAN PESTA ARAK OKTOBERFEST

MB AZMIN : PAS BERI KEBENARAN OCTOBERFEST. PAS SILA BERI PENJELASAN! ... UNTUNG DAN BERTUAH RAKYAT SELANGOR KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BERTEGAS TERUSKAN PESTA ARAK OKTOBERFEST


Ini berita gembira bagi kaki mabuk dan meminum tegar arak apabila kerajaan selangor di bawah pakatan rakyat menyokong mereka untuk berpesta arak dan mabuk sepuasnya apabila bertegas meneruskan support program mungkar Oktoberfest.

Banyak barakah dan pahala bakal dipikul Pemimpin PAS dan ahli PAS seluruh malaysia kerana mereka bertahaluf siyasi dan bersekongkol dalam satu jemaah mentadbir selangor menerusi pakatan rakyat hingga membolehkan program mungkar dan dilaknat Allah sebegini diadakan... Tahniah rakyat selangor... teruskan mengundi Pakatan Rakyat!!!!

BERITA
 
SHAH ALAM 9 Okt. - Meskipun menerima bantahan daripada banyak pihak termasuk rakan sekutunya, Pas, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor bertegas membenarkan penganjuran pesta arak, Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya pada hujung minggu ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya memberi laluan kepada pesta tersebut diteruskan memandangkan penganjur telah memenuhi semua syarat ditetapkan.

"Penganjuran itu tertakluk kepada peraturan serta garis panduan sedia ada yang antaranya menetapkan penganjur perlu mendapat kelulusan daripada polis dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terlebih dahulu.

"Selepas itu penganjur perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan jika semuanya telah dipatuhi, kerajaan negeri tidak ada masalah," katanya ketika ditemui di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini hari ini. 

Pesta arak Oktoberfest bermula sejak 24 September lalu di beberapa lokasi di Selangor dan acara kemuncaknya akan diadakan dari Jumaat hingga Ahad ini di tempat letak kereta pusat beli-belah One Utama.

Mohamed Azmin bagaimanapun mengesahkan buat masa ini penganjur belum mendapat kelulusan daripada beberapa agensi.

Ditanya mengenai bantahan Dewan Ulama Pas ke atas penganjuran festival arak itu, beliau berpendapat, perkara tersebut hanya merupakan pandangan parti berkenaan. 

"Ini (keputusan tidak menghalang Oktoberfest) adalah pendirian kerajaan negeri yang juga diwakili oleh semua parti," ujarnya.
 

Azmin Ali berkata bantahan Dewan Ulama PAS adalah pandangan parti itu dan keputusan tidak menghalang Pesta Arak itu adalah pendirian kerajaan yang juga diwakili oleh semua parti.

Hairan, bukankah parti PAS juga dalam kerajaan negeri?

Dan jika Pas membantah, bukankah ianya bermaksud, bukan semua yang menyokong?

Dan dimanakah Dewan Ulama PAS mahu letak muka malu mereka dengan kenyataan MB baharu Selangor ini? 



No comments: