NUFFNANG

Saturday 4 October 2014

UNTUK KEPIMPINAN DAN AHLI PAS SAHAJA. YANG LAIN SEPERTI ORANG UMNO, PKR DAN DAP JANGAN BACA! ... TONIK MUJARAB UNTUK PAS BERNAFAS SEMULA?

UNTUK KEPIMPINAN DAN AHLI PAS SAHAJA. YANG LAIN SEPERTI ORANG UMNO, PKR DAN DAP JANGAN BACA! ... TONIK MUJARAB UNTUK PAS BERNAFAS SEMULA?


Sebagai seorang anak yang memahami perjuangan ayahnya, saya menjangkakan arwah ayah saya akan sebak melihat keadaan dan kedudukan PAS di zaman sekarang... Ya, betul. Jika dibandingkan dengan PAS yang dulu, PAS sekarang sudah jauh mundur ke belakang...

Dulu, ayah selalu bawa saya ke program-program tamrin, tarbiyah, usrah dan majlis-majlis ilmu serta dakwah anjuran lajnah di dalam PAS. Menariknya, program-program tu langsung takde maki-maki UMNO, BN, atau mana-mana pemimpin... absolutely Islamic program...saya suka...

Tapi bila ayah saya bawa ke majlis atau program politik, tiba-tiba saya dimomokkan dengan maki hamun, tohmahan dan pelbagai hasutan yang tidak sepatutnya terhadap musuh politik.. bukan hanya UMNO atau BN yang jadi mangsa, malah pemimpin PAS sendiri pun dihamun habisss...

Maka sebab tu saya lebih gemar ke program-program lajnah yang menjurus ke arah tarbiyah, tamrin dan sebagainya berbanding program politik... time tu, arwah Ustaz Fadhil is one of my favorite.. kadang-kadang tu terserempak juga dengan arwah Ustaz Azizan...

Time tu, program-program politik PAS selalunya Mat Sabu la yang beri ceramah. Actually, walaupun kononnya orang suka ceramah dia, lebih ramai lagi orang PAS pro-ulama yang tak suka dengan cara penyampaian Mat Sabu... depa kata bukan begitu cara nak dakwah orang berjuang dengan PAS...

Masa tu, saya fikir sendiri mengenai kata-kata kawan-kawan arwah ayah saya tu. Bagi depa, matlamat tidak menghalalkan cara. Untuk menewaskan BN, Islam tak anjurkan cara maki hamun, tuduhan tanpa bukti, hasutan dan carut mencarut... Rasulullah SAW ada ajar cara berdakwah, kan?

Malangnya, lepas arwah Ustaz Fadhil meninggal, selepas PAS bersekongkol dengan PKR dan DAP, parti ayah saya tu didominasi oleh golongan orag seperti Mat Sabu... habis lingkup PAS dibuatnya...

Presiden tidak lagi dihormati. Kata sepakat Majlis Syura tidak lagi didengar. Malah depa sanggup pertikai dan persoal apa saja kata putus dari Presiden atau Majlis Syura jika apa yang diputuskan itu tidak menepati nafsu serakah politik depa...

Tamrin? Tarbiyah? Usrah? Majlis ilmu? Program dakwah? Saya nak tanya kawan-kawan PAS, bila kali terakhir depa hadiri program-program macam tu dalam PAS? Ada lagi? Bila? Kalau ada pun untuk anak-anak PASTI saja... itu pun banyak menyanyi dari bertarannum...

Terus terang saya katakan, saya betul-betul malu dan kecewa dengan PAS sekarang. Walaupun saya bukan ahli atau penyokong PAS, saya malu dan kecewa tengok saudara saya dipijak macam ni oleh mereka-mereka yang kononnya "kawan"... 

Tapi saya serahkan pada pemimpin dan penyokong PAS la... siapa la saya sampai depa nak dengar teguran saya... depa yang dok dalam PAS tu rasanya tahu apa maksud saya... nanti saya tulis lagi...

Source : the duke's blog

No comments: