NUFFNANG

Tuesday, 28 October 2014

PANASSS!! ... Kes Liwat II : Sekali lagi Sulaiman Abdullah Tarik Diri ??

PANASSS!! ... Kes Liwat II : Sekali lagi Sulaiman Abdullah Tarik Diri ??

AIDCNews – 28/10/14 – Seperti dijangka sekali lagi bekas presiden Badan Peguam, Sulaiman Abdullah menarik diri daripada mengetuai pasukan peguam bela kes liwat II, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada tahun 2009, peguam Sulaiman Abdullah pernah menarik diri daripada mengendalikan kes liwat Anwar dan tempatnya telah diganti oleh Karpal Singh.
Pada April lalu, selepas Karpal Singh meninggal dunia, nama Sulaiman Abdullah disebut kembali untuk mengetuai pasukan penguam bela Anwar itu.
Hari ini persoalan itu terjawab apabila nama Sulaiman digugurkan dan tempatnya diganti oleh Gopal Sri Ram.
Seramai 14 orang peguam bela disenaraikan mewakili Anwar.
Mereka adalah Gopal Sri Ram, Sivarasa Rasiah, N. Surendran, Ramkarpal Singh, Sangeet Deo Kaur, Leela Jesuthasan, Latheefa Koya, Lim Choon Khim, Eric Paulsen, Michelle Yesudas, Shahid Adli Kamaruddin, Zaleha Al-Hayat, Jeremy Vinesh Anthony dan Mohamed Aliff Bolkin.
Daripada 14 peguam itu hanya 4 peguam Melayu-Islam yang dianggap sebagai peguam junior.
Prosiding rayuan terakhir Anwar terhadap hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat hari ini didengar oleh panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai sidang panel itu.


Selain beliau, kuorum itu juga turut dianggotai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Ahmad Maarop.

source: aidc

No comments: