NUFFNANG

Thursday 30 October 2014

TERKINI KES LIWAT : DNA MILIK ANWAR?

TERKINI KES LIWAT : DNA MILIK ANWAR?

Hari ketiga perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim amat berbeza dengan hari-hari sebelum ini. Kepada mereka yang hanya percaya kepada KeldaianDaily Keadilan Daily, portal itu melaporkan :


Dewan mahkamah penuh sesak dengan ahli keluarga, sahabat dan penyokong Anwar. 
Tetapi kepada mereka yang inginkan kebenaran, akan mencari sumber yang lebih dipercayai. Dan sungguh memalukan pihak Anwar Ibrahim ialah kehadiran penyokong-penyokong Anwar yang sungguh menyedihkan di hari ketiga kes liwat beliau.

Laporan Agendaily :
Siapa yang lalu lalang depan Mahkamah Persekutuan di Putrajaya pagi ini tentu terkejut melihat suasananya. 
Sepi...itulah ayat sesuai untuk beri gambaran sebenar. 
Berbeza dengan rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari perama Selasa dan kedua Rabu...pagi Khamis hanya beberapa kerat saja penyokong ketua pembangkang itu kelihatan mundar mandir. 
Wartawan dan jurugambar pun relaks.Ada yang kata suasananya macam tak ada kes besar sedang berlangsung di mahkamah itu. 
Mungkin penyokong yang hanya beberapa rartus orang yang kumpul hari pertama dan kedua pun naik letih berpanas dan melalak di situ. 
Juga sudah tidak kelihatan hari ini gerai-gerai kecil dekat kawasan mahkamah yang berniaga untuk tampung makan minum penyokong.seterusnya

Portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider juga melaporkan perkara yang sama :
Berbeza dengan semalam, kompleks Istana Keadilan di Putrajaya pagi ini tidak seperti hari pertama dan kedua perbicaraan.

Semalam, lebih 3,000 orang berkumpul di perkarangan kompleks mahkamah itu menunjukkan solidariti bersama Anwar.

Setakat 8:35 pagi ini, bilangan yang hadir dari awal pagi pada dua hari lepas tidak kelihatan. seterusnya
Portal pro-pembangkang itu mungkin menokok tambah kononnya 3,000 orang penyokong Anwar yang hadir kelmarin. Kerana realitinya, hanya ratusan sahaja yang hadir, itu pun termasuk penyokong-penyokong Saiful Bukhari. 

Anda baca : 
Selepas buat hingar bingar dan cetus provokasi termasuk insiden membaing telur ke arah polis petang semalam, suasana perkarangan Istana Kehakiman di Putrajaya pagi Khamis masih sunyi. 
Keadaan ini berbeza berbanding dua hari lalu apabila ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan awal-awal lagi sudah berada di situ untuk mengikuti perbicaraan rayuan kes liwat Ketua Pembangkang itu.seterusnya
Perkembangan terbaru yang menyedihkan ini sudah pasti mengusarkan pihak Anwar Ibrahim. Tetapi ianya juga memberi isyarat bahawa rakyat sudah muak dengan politiking Anwar Ibrahim. 

Dan rakyat sudah sedar bahawa kes liwat ini adalah isu peribadi Anwar Ibrahim seorang dan tidak melibatkan kepentingan rakyat.

Pagi ini juga pihak peguam Anwar Ibrahim masih lagi mempertikai teknikaliti proses pengesahan DNA yang didakwa mungkin tercemar. Di antaranya ialah pegawai penyiasat Jude Pereira didakwa mungkin telah mencemarkan bukti calitan tersebut.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan telah menerangkan dengan jelas bahawa bukti-bukti tersebut tidak tercemar. 

Antara hujah Hakim Mahkamah Rayuan ialah pakar Kimia, Dr Cheah telah mengesahkan bahawa tiada kerosakan pada bukti yang beliau terima :
In her testimony, PW5 confirmed that she found no evidence of any tampering to the seals on the various individual containers which contained the swabs. According to her, had she found any evidence of tampering she would have stated it in her report. 
In the chemist report prepared by PW5 (exhibit P25), she has recorded the results of her analysis of the exhibits in the containers. From the examination, PW5 was able to detect semen on swabs B5, B7, B8 and B9. Using the sperm isolation test, she found sperm cells in those specimens and from a microscopic examination, PW5 found sperm heads. more
Mahkamah Rayuan juga mencatitkan tindakan Pereira : 
On the insinuation by the defence that PW25 had tampered with the exhibits, we do not find that the act of PW25 in cutting open exhibit P27 amounts to tampering of the exhibits. 
We have noted the explanation given by PW25 that in doing so, he was merely complying with the IGSO. It must be borne in mind that s.114 illustration (e) of the Evidence Act 1950 provides that the court may presume that judicial and official acts have been regularly performed.
Portal KL Express telah melaporkan : 
Walaubagaimana pun, Pereira bertindak untuk melakukan sedemikian dengan mematuhi Inspector-General Standing Orders (IGSO).
Pereira juga telah bertindak untuk menutup semula beg yang mengandungi sampel tersebut dan meletakkannya di dalam beg plastik yang lebih besar. 
Sampel tidakpun dikeluarkan dari beg plastik yang kecil. Perkara ini telah dijelaskan semasa sesi rayuan pendakwaraya Mac lalu. seterusnya
Satu lagi perkara penting yang perlu difahami oleh rakyat ialah kenyataan Mahkamah Rayuan di bawah. Dan perkara ini tidak dijawab oleh peguam-peguam Anwar Ibrahim?

Isunya ialah profil DNA yang diekstrak oleh pakar Kimia adalah daripada ekstrak sperma. Persoalannya, bagaimana boleh pihak yang bertanggungjawab mendapatkan ekstrak sperma Anwar Ibrahim jika mereka menuduh kes ini adalah konspirasi? Tolong terang sikit?

Hujah Mahkamah Rayuan :
Regarding this issue, it is important to remember that the DNA profiles which PW5 “Male Y” was obtained from sperm extract. 
These profiles were found to match the profiles of DNA found on items collected from the cell occupied by the accused. Most importantly was the fact the items from the cell were collected and handed to investigating officer on 17 July 2008. 
By that time the samples taken from PW1 was already with PW5 at the chemistry department. The said samples were handed to PW5 on 30.6.2008. 
Di antara terjemahan kenyataan Mahkamah Rayuan ialah "oleh itu tidak ada jalan untuk pegawai penyiasat untuk menggunakan sampel DNA yang diperoleh dari penjara untuk mencemar sampel yang dikumpulkan dari PW1, jika itu apa pembelaan telah sarankan".

"Dalam apa jua keadaan, profil DNA daripada item-item yang terdapat dalam penjara adalah contact DNA manakala satu yang di swab pada dubur di kawasan tinggi dan rendah PW1 adalah daripada ekstrak mani".
Therefore there was no way for the investigating officer to use the DNA samples obtained from the cell to tamper with the samples collected from PW1, if that what the defence was suggesting. 
In any event, the DNA profiles from the items found in the cell was contact DNA whereas the one on the high and low rectal swabs of PW1 was from seminal extract. 
As submitted by learned senior DPP, where was the investigating officer going to get the seminal sample which was subsequently found to match the profile of DNA samples swabbed from items used by the accused.
Dalam masa yang sama, Mahkamah Rayuan juga telah menerangkan kredibiliti pakar Kimia negara yang boleh dipercayai : 
In terms of qualifications, the learned trial judge had found PW5 to have impeccable credential, holding a PhD in Forensic DNA and is the head of the Serious Crime Unit, Chemistry Department Malaysia. 
So too PW6, whom the learned trial judge had found to be without doubt an expert in DNA analysis and competent in terms of her academic and professional qualifications and experience. 
Kita tunggu dan lihat pula hujah peguam Saiful Bukhari petang ini.

Updated! Terkini
12.55pm: Shafee minta penghujahan dilakukan esok pagi dan beliau mahu menyelesaikannya sendiri esok. 
Mahkamah ditangguhkan. 
1.00pm Ketua hakim Arifin membenarkannya dan pasukan pembelaan akan menjawabnya pada Isnin.
Dalam masa yang sama, kita tentu musykil dengan tindakan Majlis Peguam yang membisu tentang peguam Anwar Ibrahim : BACA SINI

source : dr mim

No comments: