Dok tunduk pada NEOLIBERAL... Susah "batang nak naik" untuk BN
Permasaalah yang kita hadapai ini lahir dari penyerapan pemikiran neolibral dari Tingkat 4 yang menular ke dalam Khazanah, kerajaan dan GLC hingga lahir kumpulan seperti PEMANDU, Talentcorp dan lain-lain.
Neoliberalisma datang dari falsafah classical liberalism atau liberalism politik yang muncul pada sekitar zaman revolusi Perancis pada akhir abad ke 18.
Pada mulanya classical liberalism adalah falsafah dan ideologi politik yang menuntut kebebasan bersuara, dan kebebasan akhbar dan berkarya dalam menghadapai sistem beraja yang kejam dan mengisap darah rakyat jelata.
Dalam mereka menuntut "liberte, egalite, fratinite" dan konon mahukan demokrasi, agenda sebenar kumpulan liberal mahukan sistem yang tiada kuasa campurtangan kerajaan (state intervention) dalam pelbagai aspek social, ekonomi dan politik.
Mereka mahu suatu sistem ekonomi laisse fairre (bebas) tanpa ada peranan kerajaan. Maka ini hanya menguatkan kumpulan yang bermodal.
Pada tahun 1930, muncul pula ide neoliberal yang mahu mencari jalan pertengahan antara sistem laisse fairre yang sebebasnya dan sistem central planning negara sosialis dan komunis. Muncullah satu sistem laisse fairre baru berdasarkan ekonomi pasaran untuk malsaaah ekonomi terkini ketika itu.
Hari ini sistem neoliberal adalah pemikiran yang kuat memperjuangkan perdagangan bebas (seperti TPPA), mengurangkan peraturan (deregulation), privatization, market economy dan mengurangkan pembabitan kerajaan, peraturan dan halangan berniaga/berdagang.
Polisi-polisi yang dipromosi agen-agen neoliberal adalah institusi antarabangsa seperti IMF, World Bank dan lain-lain institusi kewangan serantau serta konsultansi barat seperti KcKinsey & Co, Frank & Sullivan, Booze Allen Hamilton dll.
Apa saja masaalah, jawapan yang diberi tetap menekankan penghapusan atau sekurang-kurangnya pengurangan perbelanjaan awam (public expenditure) untuk perkhidmatan social, memotong subsidi, deregulation untuk mengekalkan keuntungan korporat (seperti pemansuhan program rumah kos rendah sekarang), liberalisation, persaingan, ketiadaan government intervention untuk kacau mekanisma pasaran, dan mengalihkan kepentingan masyarkaat kepad akepentingan individu berwang dan korporat.
Kerajaan Malaysia ada tiru solution dari pemikiran neoliberal seperti privatization, mekanisma pasaran dll di masa yang lepas., Malah dari zaman Tun Razak, kita pernah tiru ide RMK 5 tahun dari sistem komunis. Langkah capitak control hadapai krisis matawang lahir dari falsafah ekonomi sosialis menahan ketirisan dalam sistem.
Selama ini, EPU melakukan mengubahsuaian kepada suasana, kehendak dan kepentingan semasa negara dalam menjalankan perancangan dan pemantauan ekonomi. Malaysia tidak pernah berkiblatkan secara total pada mana-mana ideologi ekonomi. Ianya terpilih-pilih dan tak ditiru bontang-bontang semua.
Kini dalam melakukan reformasi struktur atau diperistilahkan sebagai transformasi, dari zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi, kepimpinan seolah-olah tunduk keapada tekanan neoliberal dari luar, dalam sistem dan GLC, dan penasihat-penasihat seperti Omar Ong, Idris jala dll sekelilingnya.
Ianya dilakukan dengan deras sekelip mata khususnya selepas piliharaya umum ke 13.
Seolah-olah tidak mempedulikan resah dan kesusahan rakyat yang terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga yang mendadak dari kenaikan harga minyak, elektrik, pemotongan subsidi gula, privatization pengeluaran dan pengedaran barangan dan keperluan asas, dan bakal dihadapi pula kenaikan tambang keretapi Putra.
Kedua-dua cabang parti politik begitu bersungguh-sungguh menjaga kepentingan dan keuntungan syarikat perniagaan, korporat/GLC/SLC dan pro-pasaran dan juga perdagangan bebas hingga ada pihak-pihak dalam kerajaan terbuka menyokong TPPA.
Walaupun satu pihak menggelarkan diri sebagai Pakatan Rakyat dan satu lagi berslogan Rakyat didahulukan, hakikatnya korporat dan perniaga diutamakan.
GLC dan SLC yang wujud atas kelebihan politik dan kuasa tidak mahu lagi memainkan peranan social termasuk tidak mempedulikan kepentingan rakyat dan Bumiputera yang termaktub dalam artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.
Pengawalan harga barang yang mengikut sejarah berkait rapat dengan struktur gaji dan upah yang rendah untuk member kelebihan kompetitif tidak diendahkan lagi. High income economy yang muncul tiba-tiba dan bukan penekanan Model Ekonomi Baru hanya memanafaatkan CEO dan pengurusan tertinggi korporat.
Padahal pertumbuhan ekonomi lembab pada sekitar tahap 5%. Pekerjaan berkurangan, penganguran graduan dalam puluhan ribu dan kita berbelanja puluhan juta untuk bawa balik mereka sudah berhijrah ke nagara lain.
Suasana inflasi boleh dirasai walaupun CPI sentiasa diatur supaya kelihatan rendah. Inflasi sebenar jauh lebih tinggi. Harga rumah dibiar melambung. Rumah murah dan mampu milik tak disediakan
Negara barat menggunakan neoliberal untuk menangani masalaah korporat dan ekonomi mereka. Kita pula terikut-ikut. Dan kita akan hadapai masaalah mereka jika terlalu asyik nak rupa maju seperti negara barat higga lupakan pengurusan ekonomi perlu holistic, melibatkan semua dan mengimbangi pelbagai-pelbagai factor..
Negara barat menggunakan neoliberal untuk menangani masalaah korporat dan ekonomi mereka. Kita pula terikut-ikut. Dan kita akan hadapai masaalah mereka jika terlalu asyik nak rupa maju seperti negara barat higga lupakan pengurusan ekonomi perlu holistic, melibatkan semua dan mengimbangi pelbagai-pelbagai factor..
Hari ini, kepentingan negara seolah diketepikan asal negara ini dapat diterbukakan dalam semua aspek tanpa mempeduli kesejahteraan rakyat.
Padahal pertumbuhan ekonomi lembab pada sekitar tahap 5%. Pekerjaan berkurangan, penganguran graduan dalam puluhan ribu dan kita berbelanja puluhan juta untuk bawa balik mereka sudah berhijrah ke nagara lain.
Suasana inflasi boleh dirasai walaupun CPI sentiasa diatur supaya kelihatan rendah. Inflasi sebenar jauh lebih tinggi. Harga rumah dibiar melambung. Rumah murah dan mampu milik tak disediakan
Jika Datin Seri Rosmah sering dipersalahkan dalam pelbagai hal, bahaya yang dibawa dari pemikiran neoliberal jauh lebih bahaya dan membawa masaalah kepada agama, bangsa dan negara.
Kalau kepimpinan tak sedar dan asyik sangat dengan transformasi yang palsu dendangan neoliberal, susah batang aku nak naik untuk BN. Dok lawan pembangkang tapi rumah kita caca marba.
Dahlah banya menteri macam sardin cap ayam
No comments:
Post a Comment