Kekalkan Omar Ong Rasputin, maka nasib Najib seperti Tsar terakhir Russia
Tsar terakhir Russia dan penasihatnya Rasputin |
Bersambung dari posting sebelum ini di SINI., teguran dan peringatan kepada Dato Najib perlu diteruskan untuk semalatkan UMNO dan kerajaan Melayu di Tanah Melayu.
Sesetengah orang UMNO suka mengata dan persalahkan Datin Seri Rosmah. Padahal beliau tidak berkuasa. Seperti isu terbaru, dia lakukan mengikut prosedur. Masaalahnya orang UMNO sedemikian tak boleh lihat bahawa yang lebih bermasaalah adalah Omar Ong.
Omar Ong, nasihat-nasihat yang diberi pada PM dan pemikiran neoliberalnya lebih bahaya dan menyusahkan rakyat dan parti UMNO tapi mereka boleh berdiam diri saja. Samada mereka ini terlalu bodoh dan bagai katak bawah tempurong yang tak tahu apa atau mereka terlalu setia hingga ikut saja.
Mereka tak sedar bahawa rakyat marhaen begitu terjeas dari kenaikan harga barang akibat langkah pro neo-liberal dan model ekonomi berpendapatan tinggi yang hanya menguntungkan pihak tertentu dan minoriti. Akhirnya UMNO akan ditolak rakyat akibat sikap tak prihatin, sombong dan begitu alpa.
Sepatutnya UMNO tak boleh benarkan agenda neoliberal dibenarkan berkembang dalam kerajaan yang mahu hentikan apa jua usaha tindakan affirmatif dan mengetepikan elemen-elemen Artikel 153 dengan mengutamakan merit dan kesemarataan.
Neoliberal ini bijak berhujah tapi masaalah pandangan mereka dalam konteks Malaysia hanyalah retorik. Jika di bincang satu persatu secara perinci, setiap usaha yang dijalankan puak neoliberal mempunyai asas, sebab musabab dan hujah tersendiri, dan rasionalitinya tapi bila dilihat secara komprohensif dan secara holistic sepenuhnya, kesannya pada negara adalah buruk.
Walaupun terdapat pelbagai kritikan, kegagalan dan kompromi kepada kepentingan kaum Bumiputera, pemikiran ekonomi Tun Dr Mahathir yang lahir dari pemikiran politik nasionalisma dan penentangan kepada kolonialisma lebih membanggakan dan lebih banyak pencapaian.
Jika dilihat ekonomi negara begitu tidak stabil, pertumbuhan lembab, dan kurang kreatif dan innovasi, semua ini akibat-akibat penubahan hala kepada polisi dan program ala neoliberal yang dibawa begitu meluas oleh kerajaan pusat BN mahu pun kerajaan negri Pakatan rakyat.
Sanggupkah Najib terus berdegil mengekalkan Omar Ong hingga jatuh UMNO dan Barisan Nasional seperti Tsar Russia terakhir kerana Penasihat Rasputin? |
Kekangan dan tekanan antarabangsa tidak dapat dinafikan memainkan peranan untuk memaksa kerajaan tapi ianya menjadi buruk apabila terlalu banyak pejuang-pejuang neo-liberal berkeliaran dalam kerajaan dan GLC serta penasihat-penasihat neoliberal disekeliling pemimpin-pemimpin, khsusnya PM.
Dato Najib terlalu mempercayai dan mengikut jari telunjuk penasihat-penasihat berpemkiran neoliberal dan berkiblatkan IMF dan World Bank seperti Dato Omar Ong, Dato Idris jala, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Tan Sri Azman Mokhtar, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dan lain-lain.
PM juga terlalu mudah digula-gulakan dengan sense of grandiose dan keinginan untuk menempah nama sebagai reformis yang membawa perubahan dan memulakan legasi menjadikan Malaysia negara maju. Padahal, kemajuan tanpa dikawal menyusahkan orang-orang asal negara.
Peranan EPU yang selama ini lebih komprehensif,dan nasionalistik untuk menjaga kepentingan alif ba ta dalam perancangan diketepikan supaya puak-puak neoliberal dapat mengambailalih dan didominasikan dengan agenda neoliberal melalui organisasi sendiri.
Maka muncul organisasi seperti Pemandu, Teraju, Talentcorp, dan lain-lain. Organisasi sediaada seperti Khazanah Nasional dan Petronas diubahsuai mengikut kehendak mereka. Sesuatu yang lebih didrastik sedang dalam perancangan.
Jika tidak kerana pucuk pengurusan masih lagi dari orang dalam, PNB pun hampir mahu diubah dengan terlancar Amanah Saham 2020 untuk semua kaum. Namun pemikiran neoliberal sudah menular bila syarikat-syarikat PNB tidak lagi mahu membina dan usahakan sesatu tapi hanya ambil cara usahasama dengan syarikat-syarikat cina.
Omar Ong Rasputin
Untuk menyelamatkan negara dari terus terjuremus dalam pemikiran neolibral yang sempit tapi tidak membawa progress, PM kena hentikan hubungan peribadi dan profesyenal dengan Omar Ong.
Dengan Presiden Petronas, Dato Shamsul Azhar djangka akan bersara pada lebih kurang pertengahn tahun 2014 dan ura-ura mengatakan Omar Ong sedang kuat melobi Perdana Menteri untuk jawatan Presiden Petronas, menghalang Omar Ong perlu disegerakan.
Omar Ong adalah bekas pegawai Dato Najib ketika memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Berbangsa Cina dan ikut bapanya masuk Islam ketika bersekolah di sebuah asrama penuh.
Ayahnya, Dato Mustapha Ong pernah berkhidmat dengan Wisma Putera dan dituduh pihak PKR cuba memfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim dengan membayar pembawa teksi bernama Jamal Ambero. Dia rapat dengan arwah Tan Sri Mohamed Rahmat dan menjadi ahli UMNO di Bahagian Pulai.
Walaupun sudah masuk Islam dan pernah mengahwini anak perempuan Dr Ismail Ibrahim, bekas Pengarah IKIM (kini sudah bercerai), sikap cauvanis dan keangkuhan cina dalam diri Omar Ong begitu menebal. Dia seolah-olah berhadapn krisis identiti ekoran mengikut bapanya menjadi “Melayu”.
Omar Ong pernah belajar bersama Khairy di Oxford University dan merupakan pemikir, strategis dan pemimpin penting kepada kumpulan Tingkat 4.
Omar Ong menubuhkan Ethos selepas berhenti dari firma konsultan antarabangsa, McKinsey & Co. London. Rakan kongsi dalam Ethos adalah Dato Rohana Merican, Dato Zaki Zahid, mendiang Dr Liew, Natasha dan beberapa persoanaliti yang kini sudah ternama dan berpengaruh.
Omar Ong dan Ethos berperanan disebalik tabir dalam penubuhan Pemandu. Malah dipercayai dia mendapat manafaat dari Pemandu sebagai konsultan dan pejabatnya dikatakan berada di pejabat Pemandu.
Ethos dipercayai mendapat yuran sebagai pengatur kepada firma konsultan lain. Tiada Universiti atau pensyarah dibawa masuk sebagai konsultan. Hari ini, rakyat menjerit melihat bil yuran konsultansi kerajaan mencecah RM7 billion.
Ketika zaman pentadbiran Pak Lah, Ethos merupakan pengkalan Tingkat 4 untuk rekrut nominee untuk diserapkan ke dalam GLC, Khazanah Nasional, dan agensi kerajaan.
Ethos turut terlibat memperkenalkan konsep GLC, mengubah Khazanah Nasional mengikut acuan Temasek Holdings Singapura, transformasi kerajaan, dan pelbagai urusniaga.
Usaha Omar untuk dilantik Principal Secretary pada PM gagal dan sedikit sebanyak dihalang oleh pegawai-pegawai dalam PMO. Dalam hal ini, satu kelebihan mensasarkan terhadap Omar Ong adalah ianya seirama dengan agenda pegawai-pegawai dalam PMO.
Lalu dia mencari pintu belakang dengan melobi jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Petronas walaupun tidak diperkenan, malah ditentang oleh Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Hasan Merican ketika itu.
Sejak kemunculan Omar Ong di Petronas, satu demi satu pihak pengurusan cina masuk dalam Petronas, terutama dari Shell. Sementara itu, satu demi satu pihak pengurusan, pengurus dan profesyenal Melayu dalam Petronas diberi tekanan untuk berhenti untuk bawa masuk orang cina.
Dia banyak menggunakan pintu belakang kepada PM untuk memintas Presiden Petronas sebelum dia dapat berbincang sendiri dengan PM.
Akibatnya, lebih banyak kontraktor Cina mendapat kontrak dengan Petronas, bertambah ramai profesyenal Melayu tak tahan dan hijrah ke luar negara, dan biasiswa pelajaran hamper 90% diberi kepada Cina.
Dia begitu berpengaruh kuat hingga projek RAPID Pengerang ditentukannya. Tidak kedengaran mana-mana syarikat Melayu diberi peluang.
Omar Ong banyak menyalahguna kepercayaan PM kepadanya untuk membawa agenda neoliberal. PM pernah dimarah kerana menyebut memperjuangkan Melayu di Persidangan Agong UMNO yang mana selama beberapa tahun hingga PAU terbaru baru tiada kedengaran lagi agenda Melayu disebut.
Peranan dan pengaruh Omar Ong begitu banyak kuat terhadap PM hingga melampaui urusan Petronas dan Pemandu. Omar Ong berperanan dalam pemansuhan ISA dan EO. Dia menganggotai Jawatankausa War Room BN.
Dalam kerajaan menubuhkan Teraju, semua ini ditumpulkan apabila kerja-kerja sebenar Teraju dijalankan oleh Pemandu. Omar Ong akan mengagalkan usaha besar yang mahu dibawa Teraju. Agenda neoliberal tidak akan benarkan agenda Melayu menjadi agenda utama kerajaan.
Dalam begitu banyak peranan, dan besar sekali pengaruh Omar Ong, dia tidak ada jawatan yang rasmi dimana dia boleh dipertanggungjawabkan untuk menjawab kemarahan orang awam.
Suara-suara bising terhadap Omar Ong dan neoliberal sudah lama. Setiap kali bising dia mengundur dan lepas lama berdiam, dia timbul dengan lebih ganas.
Jika Datin Seri Rosmah sering dipersalahkan dalam pelbagai hal, bahaya yang dibawa dari pemikiran dan pengaruh Omar Ong jauh lebih bahaya dan membawa masaalah kepada Melayu dari Rosmah.
No comments:
Post a Comment