NUFFNANG

Friday 16 August 2013

Setelah 4 Hari Baru Pejabat PM Menafikan Ilusi @anwaribrahim Mengenai Kerajaan Perpaduan?

Setelah 4 Hari Baru Pejabat PM Menafikan Ilusi @anwaribrahim Mengenai Kerajaan Perpaduan?


Setelah 4 hari berlalu, barulah kenyataan penafian mengenai ilusi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengenai Perdana Menteri, DS Najib Razak menghubungi beliau dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan antara UMNO dan PKR dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO). 

Kenyataan wawancara Anwar Ibrahim yang dikeluarkan oleh Asia Sentinel telah pertama kali dilaporkan oleh The Malaysian Insiders, di sini pada 12/08/2013. 

Apalah yang menyebabkan PMO sibuk sangat sehinggakan mengambil masa 4 hari untuk membuat penafian.

Mungkin masih lagi dalam suasana raya dan "mabuk" ketupat dan lemang masih membelenggu kakitangan PMO sehingga menyebabkan kelewatan ini. 

Dalam era maklumat sekadar di hujung jari, diharap PMO, terutama Bahagian Media/Strategik, dapat lebih efisyen dan responsif pada masa akan datang di dalam mengeluarkan kenyataan mempertahankan PM, agar Rakyat tidak membuat andaian yang bukan-bukan atau persepsi yang salah yang boleh terus merosakkan reputasi Perdana Menteri.



source : cucu tok selampit

No comments: