NUFFNANG

Wednesday, 7 August 2013

SEDIH ! RESPONS DS @NAJIBRAZAK BILA PEMIMPIN MCA TUDUH PEMIMPIN UMNO SUDAH GILA !!

SEDIH ! RESPONS DS @NAJIBRAZAK BILA PEMIMPIN MCA TUDUH PEMIMPIN UMNO SUDAH GILA !!

DS Najib Razak berkata : 


Effective methods should be formulated to restore the urban community's confidence in the Barisan Nasional (BN) and Umno to make them their parties of choice, said Datuk Seri Najib Tun Razak.
The Prime Minister said BN and Umno leaders and members should work hard to translate their strength as the only parties that could develop the economy while reminding the people that they had fought to liberate the country. more
MiM merujuk kepada pandangan Najib Razak tentang peri pentingnya mencari kaedah efektif untuk menarik balik keyakinan penduduk bandar kepada UMNO dan BN.

Tetapi seperti yang telah diterangkan oleh seorang pemimpin berpengalaman kepada MiM dan rakan-rakan kelmarin, tempoh 5 - 10 tahun ini akan menyaksikan transformasi geopolitik berdasarkan kepada proses urbanisasi terhadap kawasan-kawasan yang sebelum ini dipanggil sub-urban dan kampung.

Tetapi malangnya, urbanisasi juga akan menyaksikan perpindahan lebih ramai kaum Melayu dan kaum-kaum lain yng tidak mampu bersaing untuk memiliki rumah kediaman sendiri dek harga yang sangat tinggi di bandar-bandar baru ini.

Maka akan berlaku jurang geo-politik yang sangat ketara dan hanya berpihak kepada satu kaum sahaja.

Dan jika PRU13 menyaksikan penolakan pengundi kaum Cina terhadap Barisan Nasional di kawasan-kawasan bandar, proses urbanisasi dalam tempoh 5 - 10 tahun dan juga pemecahan kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri akan menyaksikan parti Barisan Nasional bertambah tertekan dan dalam bahaya jika kepimpinan UMNO dan BN masih di takuk lama dan tidak sedar diri lagi.

Najib Razak juga berkata :
"Apart from the process of improving weaknesses in the party and acknowledging mistakes, we should also have the humility to identify problems of the urban community which should be resolved to their satisfaction."
Tapi DS, jika sesama pemimpin tertinggi Barisan Nasional mengeluarkan kenyataan yang mengutuk rakan pemimpin dalam Barisan Nasional, bagaimana rakyat boleh yakin dengan wujudnya 'process of improving weakness in the party'?

Contoh terbaru di bawah :


Pertelagahan pendapat sesama pemimpin tertinggi BN di khayalak ramai ini sudah pasti merugikan dan memalukan parti. Sudah tentu kepimpinan pembangkang akan mengeksploitasikan pertelagahan terbuka ini untuk memburuk-burukkan lagi parti BN.

Yang paling penting sekali ialah persepsi rakyat terhadap parti BN itu sendiri yang mungkin mengeluh berkata 'BN never learn from their mistakes'!

Yang lebih sedihnya ialah pemimpin-pemimpin BN masih mahu menjawab melayan portal pro-pembangkang seperti SorosKini MalaysiaKini yang sering putar belit dan menyusahkan parti BN.

Apa pun, jangan salahkan rakyat malah penyokong kuat parti BN apabila mereka mengeluh, marah dan mungkin putus asa terhadap kepimpinan BN jika kepimpinan tertinggi BN tidak pandai mengawal perasaan dan membuka pekung parti BN.

Yang paling malang sekali apabila jentera BN itu sendiri berasa putus asa kerana mereka mencuba sedaya upaya untuk mempertahankan imej parti BN tetapi begitu senang dicabul oleh kepimpinan tertinggi BN itu sendiri. Ini adalah petanda yang sangat merbahaya dan Najib Razak mesti proaktif memastikan insiden ini diselesaikan dengan berhemah, segera dan tidak akan berlaku lagi.

Jika Najib Razak tidak dapat menyelesaikan masaalah besar ini, imej BN akan merudum lebih teruk lagi daripada imej DAP yang buruk dek isu ROS dan pemilihan CEC DAP yang menjadi bahan lawak rakyat Malaysia.

MiM beri amaran. Jika insiden ini tidak berjaya diselesaikan, MiM percaya lebih banyak lagi rungutan-rungutan tersebar di khalayak umum yang akan mempertikaikan pula kewibawaan Najib Razak terutamanya pihak-pihak opportunis lebih-lebih lagi menjelang Pemilihan UMNO yang akan datang.

Sekarang pun sudah ada suara-suara rungutan kedengaran yang tidak dienak didengar tetapi tidak boleh dibiarkan begitu saja tanpa penyelesaian yang efektif.

Jika Najib Razak tidak kena, MiM khuatir pemimpin-pemimpin yang rapat dengan Presiden UMNO yang akan menjadi mangsa untuk pekenakan beliau.

source : Dr MiM

No comments: