NUFFNANG

Friday 2 August 2013

Perghhh...Anwar dicabar sahkan telah dibogel dan suntut Yuktes!

Anwar dicabar sahkan telah dibogel dan suntut Yuktes




Yuktes atau nama penuhnya Yukteswaran a/l Malaipan meminta pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap laporan polis yang dibuat dua hari lepas pada Ogos 30hb di Klang dan pada Julai 17 2013 di balai polis Travers.



Dalam sidang akhbar semalam, Bekas Pembantu Khas peguam Anwar Ibrahim, Sankara Nair memberi tahu bahawa Anwar Ibrahim telah memperolehi sijil sakit palsu dari hospital awam yang diatur oleh Chegu Bud (Badrul Hisham).


Dia mendedahkan peguam bela Anwar dalam kes liwat Saiful Bukhari telah berjaya merekakan satu bukti yang menyatakan Saiful telah memasukkan sesuatu dalam duburnya dengan sendiri dan ini dipercayai oleh Hakim.


Yuktes turut menuntut Anwar menunjukkan bukti terhadap tuduhan 40,000 warga Bangladesh telah mengundi BN pada PRU ke-13.

Dia turut menuduh Anwar memburukkan Malaysia dengan  sering menggunakan pemerhati dari badan antarabangsa untuk mengambarkan bahawa beliau dianiaya oleh Kerajaan.

Katanya, dia menegnali Anwar sejak bekerja dengan peguamnya Sankara Nair selama dua tahun setengah dan mendapati Awnar adalah seorang penipu.

Ramai pengikut DSAI telah meninggalkan beliau setelah mengetahui penipuan beliau. Yang tinggal hanya segentir pengikut yang masih mengikuti beliau demi agenda politik mereka. 

Sidang akhbar tersebut diadakan di Restoran LOTUS, Petaling Jaya. Turut hadhir adalah Ramesh Rao, Pengerusi Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao dan Peguam V.Muniandy.




Ditanya mengenai kemungkinan dirinya disaman, Yuktes berkata mempunyai email dan dokumen yang diterimanya sebagai barang bukti dan jika beliau disaman oleh Anwar, beliau akan mengemukakan semua dokumen sebagai barang bukti.


Beliau menuntut Anwar menjelaskan kepada rakyat tentang tuduhan-tuduhan ini.

source : the unspinners

No comments: