NUFFNANG

Friday, 16 August 2013

Faktor Anwar Tersungkur, Warkah Keramat Berusia 12 Tahun Meletup Kembali & Apabila Ummi Hafilda & Dato Nallakarupan Bergabung !

Faktor Anwar Tersungkur, Warkah Keramat Berusia 12 Tahun Meletup Kembali


Warkah Keramat Ummi Hafilda bertarikh 5 Ogos 1997 kepada Dr Mahathir Mohamad

AIDCNews – 22/12/10 – Sepucuk warkah yang berusia 12 tahun 7 bulan bertajuk “Warkah Keramat Buat Perdana Menteri” yang ditulis oleh Ummi Hafilda, adik Azmin Ali pada 5 Ogos 1997 ditujukan kepada Yang Amat Berhomat, Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia meletup kembali di internet sejak beberapa minggu yang lalu.
Meskipun warkah setebal 19 muka surat nampak usang hingga klip kertasnya pun berkarat, namun isi kandungan warkah itu menjadi faktor utama Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu berada di puncak kuasa dalam kerajaan tersungkur dan terlucut jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia.
Abang dan kakak mengiringi Ummi Hafilda ke mahkamah semasa perbicaraan kes rasuah Anwar 1998. Kelihatan Ummi Hafilda bersama abangnya, Azwan Ali. Turut kelihatan di belakang Intan Dawini Ali (Kak Lang) dan Norlia Ali (Kak Long), kedua kakak Ummi Hafilda
Penulis warkah itu bernama Ummi Hafilda Ali, adik bongsu kepada Azmin Ali (sekarang Timbalan Presiden PKR). Warkah itu ditulis dengan sokongan  keempat-empat kakak-kakak dan abang-abang Ummi Hafilda (kecuali Azmin Ali)  iaitu Norlia Ali (Kak Long), Intan Dawini Ali (Kak Lang), Azwan Ali (artis) dan Mohd. Azman Ali.
Ketika warkah itu ditulis, Azmin Ali adalah Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Warkah itu ditujukan kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad kerana membabitkan moral penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri Azmin Ali dan hubungan seks luar tabie dengan pemandu peribadi Azmin Ali. Isteri Azmin bernama Shamshida Taharin, manakala pemandu peribadinya, bernama Azizan Abu Bakar yang sebelum ini pernah menjadi pemandu peribadi isteri Datuk Seri Anwar, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“YAB yang saya sanjungi, kagumi dan hormati, dengan rasa tanggungjawab, walaupun terlalu berat tangan saya untuk menulis, demi menyelamatkan abang saya, iaitu Mohamed Azmin Ali dari terus teraniaya, maka kami adik beradik telah mengambil kata sepakat untuk memohon jasa baik pertimbangan dan budi bicara YAB menerima laporan ini untuk kebaikan semua pihak”, kata Ummi Hafilda dalam warkah itu.
Warkah itu mencatatkan Shamshida Taharin, ipar mereka mempunyai hubungan sulit dengan Datuk Seri Anwar. Perkara ini disahkan oleh Aton, pembantu rumah Azmin. Aton memberitahu, Datuk Seri Anwar akan menelefon Shamshida antara jam 6.30 petang, 8.30 malam dan kadang kala 12 tengah malam, ketika Azmin sedang nyenyak tidur, mereka berbual secara sembunyi-sembunyi di antara setengah jam hingga satu setengah jam.
Pengesahan Azizan Abu Bakar, 12 Jun 1997
Hubungan sulit Datuk Seri Anwar dan Shamshida turut disahkan oleh pemandu peribadi Shamshida sendiri, iaitu Azizan Abu Bakar.


Pada 12 Jun 1997, Azizan telah datang ke pejabat Ummi Hafilda mengesahkan hubungan sulit tersebut. Perbualan selama dua jam setengah itu, membongkarmodus operandi hubungan sulit Datuk Seri Anwar dan Shamshida yang melibatkan orang perantaraan Anwar, Dato Nallakarupan.
Menurut Azizan, kebiasaannya, setiap kali pertemuan majikannya (Shamshida) dengan Datuk Seri Anwar, beliau akan membawa isteri Azmin Ali itu ke Cafe Guana, di Bangsar Shopping Complex dan Datuk Seri Anwar akan datang menjemputnya dengan kereta mewah Daimler WBV 37, yang dipandu oleh Dato Nalla. Mereka akan pergi ke kondominium mewah, Tivoli Villa untuk tempoh dua hingga tiga jam. Waktunya kira-kira jam 5.30 petang dan pada kebiasaannya hari Rabu.
Kehadiran Datuk Seri Anwar ke Tivolli Villa tidak diiringi oleh polis pengiring kerana beliau memberi alasan beliau ingin bermain tenis dengan Dato Nalla di Bukit Kiara.
Bukti Pertemuan Anwar – Shamshida, 30 Jun 1997, jam 5.35 petang (Isnin)
Pada tarikh itu, Azizan menelefon Ummi Hafilda, membocorkan maklumat mengenai pertemuan sulit majikannya. Ummi kemudian menelefon abangnya, Mohd Azman Ali untuk turut serta menyaksikan kecurangan ipar mereka. Ummi juga turut membawa rakan karibnya, Puan Zamrah Lajis.
Sesampainya,  di Bangsar Shopping Complex, apa yang diperkatakan oleh Azizan Abu Bakar benar-benar berlaku. Sebuah kereta mewah, Daimler WBV 37 kepunyaan Dato Nalla datang menjemput Shamsida kira-kira jam 5.30 petang dan mereka menuju ke Tivolli Villa.
Azizan yang ditugaskan menunggu majikan di Bangsar Shopping Complex itu turut menyertai Ummi Hafilda, Mohd Azman Ali, Puan Zamrah Lajis mengekori kereta Daimler WBV 37 ke Tivoli Villa itu.
Sesampai di Tivoli Villa, Ummi Hafilda meminta bantuan kawannya, Puan Normala yang tinggal di kondominium mewah itu untuk mendapat kebenaran masuk.
Kira-kira jam 7.40 malam, kelihatan kereta Daimler Dato Nalla itu kelihatan keluar semula dari Tivolli Villa dan menghantar Shamshida ke Bangsar Shopping Complex, di mana Azizan telah siap sedia menunggunya.
Polis peribadi Anwar telefon Ummi Hafilda, 10 Julai 1997
Selepas kejadian 30 Jun 1997, tersebar surat layang bertajuk “Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim” [klik di sini] kepada beberapa pihak, termasuk Datin Seri Wan Azizah, polis pengiring Datuk Seri Anwar telah menelefon Ummi Hafilda pada 10 Julai 1997, jam 8.15 malam. Klik di sini
Polis pengiring Datuk Seri Anwar bernama Zul Aznam itu meminta Ummi Hafilda menutup kes ini dan tidak menceritakan kes tersebut kepada sesiapa pun, termasuk kepada kedua ibu bapanya.
Beliau juga memberi amaran kepada Ummi Hafilda bahawa Datuk Seri Anwar merupakan tokoh yang amat penting dan berkuasa di negara ini.
Datuk Seri Anwar Telefon Azizan Abu Bakar, 13 Julai 1997
Datuk Seri Anwar sendiri turut menelefon Azizan Abu Bakar pada 13 Julai 1997 dan meminta kerjasama Azizan menafikan segala pertuduhan dalam surat layang tersebut (“Talqin Terbuka Untuk Anwar Ibrahim”).
Menurut Anwar, Azmin sendiri akan datang bersemuka berbincang dengan Azizan.
Homoseksual : Pengakuan Bersumpah Azizan Abu Bakar
Dalam warkah itu juga turut dilampirkan Pengakuan Bersumpah Azizan Abu Bakar yang mendakwa dirinya diliwat Datuk Seri Anwar sekitar tahun 1992, di hotel-hotel mewah seperti PJ Hilton, Hyatt Saujana dan Holiday Villa, ketika beliau menjadi pemandu peribadi Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
“Sepanjang bekerja di bawah naungan beliau, saya sering dipanggil untuk melakukan perkara terkutuk itu walaupun untuk beberapa kali saya cuba menolaknya. Sifat rakusnya membayangkan beliau seorang yang boleh dikategorikan sebagai ‘kronik’ sehingga membuatkan jiwa dan mental saya tertekan. Perasaan bersalah akhirnya menguasai diri saya apabila setiap kali terpandang wajah Datin Seri Wan Azizah yang begitu tinggi akhlaknya. Akhirnya saya membuat keputusan untuk berhenti (bekerja sebagai pemandu Dr Wan Azizah) dari terus menjadi hamba homoseksual Anwar Ibrahim”, Kata Azizan.
Pengakuan bersumpah itu dibuat pada 5 Ogos 1997.
Menurut Azizan lagi, salah seorang lagi mangsa hubungan homoseksual Datuk Seri Anwar adalah Sukma Darmawan yang dikenali umum sebagai adik angkat Anwar, rakyat Indonesia yang mempunyai butik di Hotel Hilton bernama (Gianfranco) “Ferre”.
Ummi Hafilda sendiri pernah menemui Sukma Darmawan pada 2 Ogos 1997 dan dalam pertemuan itu, Sukma mengakui beliau mengidap penyakit misteri. Sakit (di bahagian dubur) bila duduk dan berjalan.
Lihat kandungan penuh warkah tersebut, dalam bentuk google.doc Klik di sini
Azmin Ali Pujuk Ummi Hafilda Tarik Balik Warkah
Setelah dua minggu warkah keramat itu dihantar kepada Perdana Menteri, dengan tergesa-gesa Azmin Ali pulang ke rumah emaknya di Klang Gate dengan tujuan untuk menemui adiknya, Ummi Hafilda. Kedatangan Azmin ditemani oleh kroni bisnesnya, Datuk Sng Chee Hua.
Datuk Sng berbual dengan bapa Azmin, Haji Ali bin Omar (arwah), manakala Azmin pula mengajak Ummi Hafilda berbincang di di bilik adiknya di tingkat atas.
“Dia (Azmin) punya merayu bagai nak gila, kalau selama ini dia begitu angkuh dengan adik beradik dan sukar untuk berbual mesra, tetapi petang itu dia seolah-olah baru dapat skrip lakonan daripada juburin (Anwar). Masih terngiang-ngiang di telinga kerana perkataan tersebut, (yang) dia tak pernah sebut seumur hidup, dia kata, i love you as my sister, and now i need your help, kau tolong tukar semua statements kat polis, nanti aku ajar apa nak cakap, yang selebihnya boss aku (Anwar) uruskan dengan Rahim Noor.
“Anwar nak kau cakap kat polis yang kau tak nampak kereta Nalla, Daimler WBV37 ambil Shida (Shamshida) kat Bangsar Shopping Complex pergi Kondo Tivoli Villa dan Anwar nak kau bacakan satu deraf yang dia buat untuk kau muncul kat TV , dan kau buat-buat lah nangis menyesal buat tuduhan ini, kau mesti cakap yang kau dah diupah”, kata Ummi Hafilda di blognya. Klik di sini
Ummi Hafilda menolak pujukan abangnya itu.
“Sorry Min, aku tak boleh, aku tak boleh tarik balik apa yang aku dah bagi tahu dalam surat itu. Aku tak nak muncul kat TV. Macam tidak ada maruah diri, dah buat, tiba-tiba tarik balik. Apa pandangan orang pada aku (tarik balik) semata-mata kerana duit. No way Min, sorry dan macam mana aku nak nafikan pasal kereta Nalla itu, sebab gambar (yang dirakamkan Ummi semasa mengintip Shamshida dan Anwar di Tivoli Villa) aku dah bagi (kepada Dr Mahathir) dalam laporan aku itu”
Ketika itu Azmin masih berlembut. Beliau meminta adiknya berfikir panjang dan akan berjumpa sekali lagi di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur.
Ummi Hafilda keberatan untuk hadir dalam pertemuan kedua di Restoran Seri Melayu. Azmin yang memahami psikologi adiknya yang tidak mahu bekerjasama telah menelefon berkali-kali mengingati adiknya supaya hadir. Kali ini Azmin berkeras dengan nama Anwar dan berbentuk ugutan.
“Boss aku (Anwar) suruh kau datang, kalau tak (datang), dia naik angin nanti, dan aku tak guarantee apa (akan) jadi selepas itu”, gertak Azmin.
Pada tarikh yang ditetapkan Azmin sekali lagi hadir dengan ditemani oleh Datuk Sng Chee Hua menemui Ummi Hafilda. Mereka berbincang di Bilik VIP, Restoran Seri Melayu.
“Di Restoran Seri Melayu, bukan main dia merayu sekali lagi, dia tawarkan wow cukup-cukup lumayan dia kata even boss dia (Anwar) akan beri mana-mana projek kepada kau dan dicampur lagi dengan duit cash“.
Sekali lagi Ummi Hafilda menolak tawaran abangnya itu. Penolakan kali kedua ini benar-benar membuatkan Azmin marah.
“Kalau kau masih berdegil, kau akan terima akibatnya, boss aku rapat dengan Rahim Noor(Ketua Polis), nanti kita tangkap kau di bawah ISA, aku bagi masa kat kau 48 jam selepas itu..sorry,”, marah Azmin.
Ummi Hafilda dan Azizan Menemui Karpal Singh
Oleh kerana ketakutan kerana sentiasa diekori oleh orang-orang Datuk Seri Anwar, akhirnya Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar menemui peguam Karpal Singh untuk meminta nasihat perundangan. Pertemuan mereka diadakan di pejabat Karpal, di Lorong Pudu, Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan itu, Ummi Hafilda dan Azizan menceritakan segala-galanya kepada Karpal, termasuk memberi salinan pengakuan bersumpah Azizan Abu Bakar yang mendakwa dirinya diliwat oleh Datuk Seri Anwar. Berdasarkan bukti dan salinan surat itu, Karpal membangkitkan isu salah laku Datuk Seri Anwar di parlimen dan mendesak kerajaan mempercepatkan proses siasatan.
Kata-kata cabaran Karpal kepada Anwar terkandung dalam hansard parlimen bertarikh 6 dan 22 Oktober serta 18 Disember 1997. Klik di sini
Ummi Hafilda dan Azizan Ditangkap Polis
Tidak berapa lama selepas pertemuan dengan Karpal Singh, pada 17 Ogos 1997, Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar ditangkap polis.
“Telah ditangkap polis di rumah kawan saya arwah Dr Ristina pada 17hb ogos 1997 selepas 2 minggu surat saya dikeluarkan atas arahan si penderhaka (Anwar Ibrahim) kepada KPN ketika itu Tan Sri Rahim Noor. Saya telah didera secara mental sepanjang malam dari pukul 12 hingga ke Subuh tanpa henti dengan cara yang pernah dilakukan kepada pelampau komunis 40 tahun yang lampau. Ini disahkan sendiri oleh DSP Aziz di dalam mahkamah yakni cara dan teknik penderaan mereka ke atas saya. Namun alhamdulilah Allah memberi kekuatan dalaman yang hebat dan maksimum untuk saya terus konsisten hingga ke subuh”, kata Ummi Hafilda dalam artikelnya bertajuk, ” Perjuangan Menentang Kemungkaran Insan Munafik dan Pengorbanan Srikandi”
“Bala tidak berakhir di situ, namun saya terus berada dalam cengkaman polis hampir selama setahun sebelum surat saya setebal 19 muka surat dimasukkan semula dalam buku ’50 dalil’ tulisan arwah Khalid Jafri. Cengkaman yang dimaksudkan dimana hampir setiap minggu saya diambil oleh pihak polis di rumah kakak saya untuk disoal siasat setiap pergerakan saya. Fikiran saya ketika itu benar benar ditahap yang paling derita, stress yang dasyhat. Trauma ditangkap dan didera masih belum luput dari ingatan. Saya dilarang bertemu dengan sesiapa ataupun membuat panggilan telepon. Setiap pergerakan diekori dan perbualan dirakam. Mereka akan memaki hamun saya sekiranya saya cuba mendapatkan mana mana pandangan ahli politik ketika itu. Bayangkan setahun hidup seperti penjara sebelum akhirnya surat keramat saya diterima oleh Dr Mahathir setelah bukti bukti kukuh diperolehi dari Tan Sri Musa Hassan sepanjang 6 bulan menjalankan penyiasatan dan akhirnya Anwar dipecat pada 2 September 1998 setahun selepas penderitaan yang dahsyat yang dialami”
Menurut bekas Pengarah Cawangan Khas, Datuk Mohd Said Awang, beliau diarahkan oleh Datuk Seri Anwar, ketika itu Timbalan Perdana Menteri untuk menangkap Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar supaya mereka menarik balik tohmahan salah laku seksual Datuk Seri Anwar itu.
Selepas ditangkap, Mohd Said mengarahkan Asisten Komisioner Mazlan Mohd Din dan Deputi Superintendan Abdul Aziz Hussin menemuduga dan mendapat penarikan balik pengakuan Ummi Hafilda dan Azizan itu.
Katanya, operasi “turning over” dan “neutralisation” untuk menakutkan mereka berdua dan pihak polis berjaya mendapatkan pengakuan penarikan balik daripada mereka berdua walaupun secara hakikatnya mereka tidak rela.
Surat penafian itu diserahkan kepada Datuk Seri Anwar.
Menurut bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Datuk Amir Junus, walaupun surat penafian itu telah diberikan kepada Datuk Seri Anwar, namun Timbalan Perdana Menteri itu masih tidak berpuas hati akan memintanya akan dibuat beberapa pindaan.
Katanya, Anwar membuat beberapa pembetulan dengan memasukkan ayat berbentuk penafian dan Azizan tidak pernah menulis pengakuan bersumpah. Klik di sini
Begitu juga dengan surat penafian Ummi Hafilda, Datuk Seri Anwar mengarahkan agar dibuat beberapa pindaan mengikut kehendaknya.
Datuk Seri Anwar Dipecat 2 September 1998
Warkah Keramat itu kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah buku bertajuk, “50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” yang ditulis oleh Khalid Jafri. Buku itu tersebar meluas di Perhimpunan Agung UMNO 18 Julai 1998.
“Surat saya berjaya sampai ke tangan Dr Mahathir melalui Datuk Seri Aziz Shamsuddin (Setiausaha Politik), tetapi berdasarkan maklum balas yang saya terima, surat itu dibuang ke tong sampah. Itu menurut salah seorang setiausaha Dr Mahathir pada masa itu. Namun Allah Maha Kaya apabila surat keramat saya ini akhirnya diambil oleh Allahyarham Datuk Khalid Jafri Bakar Shah (penulis buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM) yang mana fakta-faktanya dimasukkan ke dalam buku berkenaan. Kesilapan besar yang berlaku apabila Azmin Ali membuat laporan polis mengenai buku ini” Kata Ummi Hafilda kepada wartawan Mingguan Malaysia, Saifulizam Mohamad.
” Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah dipertanggungjawabkan menjalankan siasatan. Tidak salah saya pada masa itu, beliau merupakan pegawai kanan bahagian siasatan. Kita harus berterima kasih kepada Musa yang jujur sepanjang siasatan dijalankan. Kemudian Serbuan dibuat ke atas kediaman Datu S Nallakarupan(bekas rakan karib Anwar) dan banyak bukti diperolehi. Maklumat ini hasil daripada surat saya kepada Dr Mahathir”. katanya lagi.
Khalid Jafri (kiri) dan Dato Nallakarupan (kanan) ditahan 11 Ogos 1998
Menurut Peguam Negara, Tan Sri Mohtar bin Abdullah, aduan itu telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi No: 14140/98 pada 19 Jun 1998 terhadap Abdul Khalid @ Khalid Jafri bin Bakar Shah iaitu penulis buku bertajuk 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Pihak Polis Di Raja Malaysia telah dengan segera menjalankan siasatan berhubung aduan ini. Hasil daripada siasatan, pihak polis telah merujuk Kertas Siasatan ini kepada Peguam Negara pada 9 Ogos 1998.
Peguam Negara selaku Pendakwa Raya Malaysia, telah mengkaji dan meneliti semua keterangan berkaitan dengan tohmahan-tohmahan yang terdapat di dalam buku tersebut. Pendakwa Raya Malaysia berpuas hati bahawa salah satu tohmahan di dalam buku tersebut adalah prima facie berita palsu dan oleh yang demikian Pendakwa Raya Malaysia mengarahkan agar penulis buku iaitu Abdul Khalid @ Khalid Jafri bin Bakar Shah didakwa di bawah Seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 berkaitan dengan berita palsu berkenaan yang terdapat di muka surat 29 perenggan 12 buku tersebut.
Di dalam penyiasatan ini juga polis telah membuat penggeledahan di rumah kediaman Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai dan menjumpai di antara lain 125 butir peluru Fiocchi 6.35 mm dalam kawalan atau milikan beliau. Sehubungan itu Y.B. Tan Sri Peguam Negara selaku Pendakwa Raya Malaysia telah pun mengarahkan Datuk Nallakaruppan a/l Solaimalai didakwa kerana kesalahan di bawah Seksyen 57(1)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (Disemak 1972).Klik di sini
Pada 12 Ogos 1998, Datuk Nallakaruppan telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur. Klik di sini
Pihak polis juga memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk memindahkan Dato Nalla dari penjara Sungai Buloh ke Buit Aman untuk meneruskan proses siasatan yang berkaitan dengan isu keselamatan negara. Klik di sini
Pada 2 September 1998, Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO mengambil keputusan memecat Datuk Seri Anwar dari UMNO dan kerajaan melucutkan semua jawatannya dalam kabinet. Klik di sini dan di sini
Pada hari yang sama juga, Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, SAC 1 Musa Hassan yang merupakan penyelia pegawai penyiasatan berkaitan buku ”50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM” memberitahu Mahkamah Tinggi Dato Nallakaruppan dipercayai mempunyai akses kepada rahsia negara melalui bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan memungkinkan dia membocorkan rahsia negara. Klik di sini dan di sini
Kiri- Dr Munawar Anes (Penulis Ucapan Anwar) dan kanan - Sukma Darmawan (adik angkat Anwar)
Pada 6 September 1998, jam 1.35 petang, adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja, warganegara Indonesia ditahan polis di Di Lot 10, Shopping Kompleks, Kuala Lumpur.
Diikuti dengan penahanan Dr. Munawar Anees, penulis ucapan Anwar pada 15 September 1998. Dr Munawar adalah seorang warganegara Pakistan dengan taraf pemastautin tetap Malaysia dan Amerika Syarikat. Klik di sini
Keesokan harinya, 16 September 1998, Azmin Ali turut ditahan reman. Klik di sini
Dengan penahanan Azmin itu, bermakna seramai tiga orang yang terdiri orang kanan dan kenalan rapat Anwar ditahan setelah Anwar dipecat dari jawatan kerajaan pada 2 September.
Lebih mengejutkan pada 19 September 1998, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dan Dr Munawar A. Anees mengaku bersalah di Mahkamah Seksyen, Kuala Lumpur melakukan aktiviti seks luar tabie bersama Datuk Seri Anwar dan kedua-dua mereka dihukum penjara enam bulan. Klik di sini dan di sini
Datuk Seri Anwar Didakwa Di Mahkamah
Terdapat dua kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar dibicarakan di Mahkamah Tinggi, iaitu Kes Rasuah dan Kes Liwat.
Kes Rasuah
Pada 2 November 1998, Datuk Seri Anwar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas empat tuduhan rasuah. Klik di sini
1. “Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia, memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam “Pengakuan Bersumpahnya” bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;
2. “Bahawa kamu pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Azizan Bin Abu Bakar bagi menafikan dakwaan liwat seperti yang terkandung dalam “Pengakuan Bersumpahnya” bertarikh 5 Ogos 1997, yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan, dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis, untuk faedah diri kamu di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;
3. “Bahawa kamu, dari 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos 1997 di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, dalam Wilayah Persekutuan, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan kesalahan rasuah di mana kamu telah, mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas, dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali yang dialamatkan kepada YAB Perdana Menteri, bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk “Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri” bertarikh 5 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu, iaitu, bagi menyelamatkan diri kamu daripada keaiban, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat, 1970;
4. “Bahawa kamu, pada 27 Ogos 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47 Jalan Damansara, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, semasa menjadi seorang anggota pentadbiran, iaitu, menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan dalam kapasiti tersebut telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu, Mengarahkan Datuk Mohd Said Bin Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Polis Diraja Malaysia memperolehi kenyataan bertulis daripada Ummi Hafilda Bt Ali bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat seperti yang terkandung di dalam laporan sulitnya bertajuk “Perihal Salah Laku Timbalan Perdana Menteri” bertarikh 5 Ogos 1997 yang mana mereka telah perolehi seperti yang diarahkan dalam bentuk satu kenyataan umum bertulis bertarikh 29 Ogos 1997, untuk faedah diri kamu sendiri di mana kamu telah menggunakannya bagi tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan jenayah, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.
Setelah perbicaraan yang panjang, akhirnya pada 14 April 1999, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk S. Augustine Paul menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Datuk Seri Anwar dan dihukum penjara enam tahun. Klik di sini
Kes Liwat
Pada 7 Jun 1999, Datuk Seri Anwar sekali lagi dihadapkan di Mahkamah Tinggi untuk menghadapi tuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.
Datuk Seri Anwar dan adik angkatnya, Sukma Darmawan dituduh bersubahat melakukan persetubuhan di luar tabii di unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar di sini pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993.
Setelah perbicaraan berlangsung selama satu tahun empat bulan, pada 8 Ogos 2000, Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur membuat keputusan Anwar dan Sukma bersalah meliwat Azizan.
Anwar dihukum dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat kali sebatan. Klik di sini
source : aidc

Apabila Ummi Hafilda & Dato Nallakarupan Bergabung !


AIDCNews – 28/12/10 – Menurut maklumatdalaman, sebaik sahaja Ummi Hafilda Ali muncul kembali di muka depan Mingguan Malaysia pada 12 Disember lalu [klik di sini], Azmin Ali, (abangnya), panas punggung, dari pagi hingga ke petang menelefon adik-beradiknya bertanyakan soalan yang sama, “Adakah Dato Nallakarupan berada di belakang Ummi Hafilda ?”.


Siapa Dato Nalla ? Kenapa Azmin takut dengan Dato Nalla ?
Nallakarupan Cabar Azmin Ali
Sebelum Ummi Hafilda muncul kembali, Dato Nalla begitu konsisten menyerang Azmin Ali.
Cabaran Dato Nalla paling agresif bermula sekitar April 2010, apabila beliau melabelkan Azmin sebagai ‘Lelaki Dayus’. Tetapi Dato Nalla tidak menjelaskan lanjut kenapa beliau melabelkan ‘Dayus’ kepada Azmin itu. Klik di sini
Diikuti dengan dakwaan kedua yang mendakwa ‘Azmin Ali adalah Lelaki Istimewa Anwar Ibrahim’ sekitar Ogos 2010.
”Orang PKR sendiri mengatakan bahawa Anwar lebih layan Azmin daripada Nurul Izzah (anak perempuan Anwar).
”Justeru, saya minta Wan Azizah sebagai isteri Anwar dan juga Presiden PKR supaya memberi penjelasan mengenai perkara itu,” tegasnya. Klik di sini
Sekitar Oktober 2010 Nalla mendedahkan lagi bahawa Azmin dan Anwar saling berkongsi rahsia.
Utusan Malaysia melaporkan; bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, kesetiaan antara kedua-dua pemimpin PKR itu amat teguh dan tidak hairan jika Azmin menegaskan beliau bukan ‘pak turut’ kepada Ketua Pembangkang itu.
“Azmin tidak perlu berkata ‘ya’ kepada Anwar, sebaliknya Penasihat PKR itu yang akan selalu berkata ‘ya’ kepada Azmin.
“Beliau begitu istimewa kepada Anwar. Apa yang Azmin mahu Anwar akan pastikan anak buah kesayangannya itu akan perolehi,” katanya. Klik di sini
Ekoran kenyataan itu, bekas Setiausaha PKR Kedah, Zamil Ibrahim mencabar Azmin Ali supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Nalla, bagi membuktikan beliau seorang yang bersih.
“Sebagai seorang lelaki, Azmin sepatutnya berani kerana benar. Di mana letaknya maruah bakal Timbalan Presiden apabila didakwa sebagai dayus tetapi tidak berani mengambil tindakan undang-undang, sedangkan dakwaan tersebut terlalu berat untuk diterima.
Azmin Ali dan Shamshida Taharin
“Apakah Azmin takut mengambil tindakan undang-undang kerana bimbang lebih banyak rahsianya didedahkan? Jawapan kepada persoalan itu hanya Azmin yang tahu tetapi sudah menjadi rahsia umum, Nallakarupan mengetahui terlalu banyak perkara yang merisaukan Azmin dan Anwar,” katanya. Klik di sini
Pada 11 Disember lalu (sehari sebelum Ummi Hafilda muncul kembali), Nallakarupan mencabar pula Shamshida Taharin, isteri Azmin Ali supaya menjelaskan siapakah sebenarnya suaminya itu.
Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan berkata, beliau membuat cabaran itu kerana bosan terhadap kuasa 3A (Anwar, Azmin Ali dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail) yang sehingga kini belum menjawab setiap cabaran dilakukannya kepada mereka agar menceritakan perkara sebenar.
Beliau amat yakin Shamshida mempunyai pengetahuan luas mengenai Anwar kerana kedua-duanya mempunyai hubungan amat rapat suatu ketika dahulu.
“Shamsida bukan saja arif mengenai suaminya, malah turut mengenali siapa Anwar sebenar”
Nallakaruppan berkata, beliau dalam masa sama mahu Anwar jujur dan menjadi ‘lelaki sejati’ dengan mengakui kesilapan dan menceritakan kebenaran kepada umum.
“Usahlah terus menulis skrip filem untuk dilakonkan Azizah dan diarahkan Azmin. Rakyat bukan bodoh dan sentiasa menilai pergerakan anda sejak 1998 lagi,” katanya.Klik di sini
Ummi Hafilda Buka Rahsia
Daripada cabaran-cabaran Dato Nalla di atas, kesannya dapat dirasai oleh golongan yang pernah hidup ketika zaman reformasi 1998, tetapi tidak berkesan kepada generasi muda pasca reformasi. Tetapi kenyataan Nalla berjaya menimbulkan tanda tanya kepada generasi muda, apa yang sebenarnya berlaku ? Apa hubungan istimewa di antara Anwar, Azmin dan Shamshida Taharin ?
Setelah Ummi Hafilda muncul kembali, perasaan ingin tahu generasi muda pasca reformasi kembali bergelombang, perasaan ingin tahu membuak-buak, hinggakan blog srikandi7 (http://srikandi7.blogspot.com), milik Ummi Hafilda menerima ratusan komen untuk setiap artikel yang ditulisnya.
Apatah lagi Ummi Hafilda digelar sebagai Srikandi Bangsa, Wanita Pertama yang Menumbangkan Anwar [Klik di sini] menyebabkan Warkah Keramat faktor kejatuhan Anwar yang ditulisnya kira-kira 12 tahun lampau kembali meletup kembali. Klik di sini
Sebagai respon pendedahan semula Ummi Hafilda di Mingguan Malaysia baru-baru ini, Dato Nalla mengesahkannya sebagai benar.
Warkah Keramat Kepada PM, 5 Ogos 1997
“Semua itu benar.” Demikian tegas bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakarupan yang mengakui kebenaran kenyataan Ummi Hafilda Ali berhubung apa yang dilaluinya pada 1997 dan 1998 yang membawa kepada pemecatan Anwar selaku Timbalan Perdana Menteri.
“Wan Azizah juga tahu siapa Anwar dan Azmin. Apa yang mereka perlihatkan kepada awam ketika ini hanyalah suatu lakonan,” tegasnya.
Ditanya mengenai mengapa segala kenyataan dan dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka bertiga tiada diberikan respons, beliau berkata : “Mereka tahu kita cakap benar. Bukan kita bohong. Sebab itu mereka tidak boleh jawab.”katanya. Klik di sini
Ummi Hafilda menulis di blognya bertajuk “Part 3, Baca, Fikir Gunakan Akal, Renungkan dan Nilaikan Sendiri” [klik di sini] meminta pembaca di blognya memikirkan satu persoalan, kenapa 12 tahun lampau Dato Nalla membela Anwar, kini bekas kawan karibnya itu pun meninggalkannya.
“Kenapa dari MY GOOD FRIEND kini menjadi MY ENEMY? Dulu kawan baik, kini menjadi musuh utama yang menyerang dia (Anwar) hampir setiap hari DENGAN AGRESIF SEKALI. KENAPA ? KENAPA?.
“Yang dimaksudkan, tak lain tak bukan ialah Dato Nallakarupan, wah dulu bukan main kau (Anwar) cakap dengan bangganya, tanpa segan silu, huh so what, Nalla is my good friend, MY TENNIS PARTNER,TENNIS PARTNER YA…
“Tak malu ke dia bila cakap Nalla kawan baik, bukan lah maksudnya saya hina Nalla, tapi satu Malaya tau dia TAUKE JUDI MAGNUM , bagi Dato Nalla tak salah, sebab dia bukan Islam, lantak dia lah, tapi soalnya al konon orang yang BACA KHUTBAH NAIK ATAS MIMBAR boleh mengaku TAUKE JUDI NO 1 KAWAN BAIK DIA, jadi nilaikanlah wahai penyokong-penyokong tegar aljuburin.. Sudah terang split personality…dua watak yang berbeza yang mampu dilakunkannya dalam satu masa”, katanya.
Nallakarupan, Anwar dan Shamshida, 12 tahun Lampau
Cerita lengkap Nallakarupan, Anwar dan Shamshida terkandung dalam “Warkah Keramat Buat Perdana Menteri” yang ditulis oleh Ummi Hafilda dan dihantar kepada Dr Mahathir Mohamad pada 5 Ogos 1997.
Warkah Keramat Kepada PM, 5 Ogos 1997
Dalam Warkah Keramat itu, Ummi Hafilda melampirkan sekeping foto kereta mewah Daimler WBV 37, milik Nallakarupan yang dirakamnya ketika mengintip Anwar dan Shamshida menaiki kereta mewah itu pada 30 Jun 1997, jam 5.35 petang (Isnin) ketika menuruni bukit di kondominium mewah, Tivoli Villa, Bangsar.
“YAB (Dr Mahathir), saya sempat mengambil gambar kereta Daimler WBV 37 ketika menuruni bukit di kondo Tivoli, Bangsar. Bersama-sama ini juga disertakan butir-butir pemilik kenderaaan bernombor WBV 37 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.(Pemiliknya Nalakaruppan).
“Kami menaruh harapan ke atas YAB untuk mengadakan siasatan terperinci ke atas balaci utamanya, Dato Nalla yang sering menjadi pemandu Daimler WBV 37 pada setiap kali pertemuan mereka”, kata Ummi Hafilda.
Pendedahan Ummi Hafilda dalam Warkah Keramat itu bergantung kepada pelbagai sumber, pertama; sumbernya sendiri (berdasarkan pengalamannya berada di rumah abangnya Azmin). Kedua; sumber kakak-kakaknya (berdasarkan perbualan dengan anak-anak saudara). Ketiga; sumber dari pembantu rumah Shamshida yang bernama Aton. Keempat; sumber dari pemandu peribadi Shamshida, Azizan Abu Bakar dan kelima; sumber dari pengintipan pada 30 Jun 1997, jam 5.35 petang.
Sebab itu ketika menulis Warkah Keramat untuk dihantar kepada Perdana Menteri, Ummi Hafilda mendapat sokongan dari adik-beradiknya. Kecuali Azmin Ali, keempat-empat adik beradiknya turut menandatangani mengesahkan kebenaran pendedahan tersebut.
Kakak-kakak dan abang-abang Ummi Hafilda yang menandatangani ialah Norlia Ali (Kak Long), Intan Dawini Ali (Kak Lang), Azwan Ali (artis) dan Mohd. Azman Ali.
Nallakarupan, Saksi Penting Pertemuan Anwar dan Shamshida
Dalam Warkah Keramat itu, Azizan Abu Bakar, pemandu peribadi Shamshida mendedahkan modus operandi Nallakaruppan sebagai pengatur pertemuan Anwar dan Shamshida. Pendedahan itu dibuat oleh Azizan kepada Ummi Hafilda pada 12 Jun 1997 apabila pemandu itu datang sendiri membuat pengakuan selama dua jam setengah di pejabat adik bongsu Azmin Ali itu.
Menurut Azizan, waktu kebiasaan pertemuan itu pada hari Rabu, kira-kira jam 5.30 petang. Setiap kali pertemuan, majikannya (Shamshida) akan menyuruh membawanya ke Cafe Guana, di Bangsar Shopping Complex. Selepas itu, Dato Nalla bersama Anwar akan datang mengambil Shamshida menggunakan kereta kereta mewah Daimler WBV 37, yang dipandu oleh Dato Nalla yang membawa Shamshida dan Anwar ke kondominium mewah, Tivoli Villa.
Kehadiran Anwar ke Tivolli Villa tidak diiringi oleh polis pengiring kerana beliau memberi alasan beliau ingin bermain tenis dengan Dato Nalla di Bukit Kiara.
Kebiasaannya Dato Nalla akan membawa Anwar dan Shamshida ke Tivoli Villa itu dalam tempoh dua hingga tiga jam, pada hari Rabu, sekitar jam 5.30 petang, dengan kekerapan dua minggu sekali atau sebulan sekali.
Menurut rekod Mahkamah Tinggi, Di Tivoli Villa, Dato Nalla mempunyai dua unit kondo VVIP iaitu unit 2-5-13 dan 2-5-14, di Tingkat 5, Blok 2 yang diberikan oleh Datuk Lim Thian Kiat (T.K.Lim), Pengarah Urusan Magnum Corporation (syarikat judi) kepadanya.
Dato Nalla yang ketika itu Director Eksekutif Magnum Corporation menerima kemudahan kondo mewah untuk aktiviti melayan tetamu VVIP dan tugas Dato Nalla adalah menjaga Anwar Ibrahim, selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Kondominium Tivoli Villa itu sendiri adalah kepunyaan Datuk T.K.Lim yang juga Pengarah Multi Purpose Holding Berhad (MPHB).
Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan juga memiliki apartmentnya sendiri di kondominium itu iaitu di Unit No. 10-7-2, di Tivoli Villa.
Sudah banyak kali pertemuan dan kaedah yang sama dilakukan oleh Anwar, sehinggalah Azizan membocorkan pertemuan pada 30 Jun 1997, jam 5.35 petang.
Pada tarikh itu Ummi Hafilda menyaksikan sendiri bagaimana Shamshida menunggu di Cafe Guana, di Bangsar Shopping Complex dan selepas itu kehadiran Anwar bersama Dato Nalla mengambil Shamsida menaiki Daimler WBV 37 ke Tivoli Villa.
Selain Ummi Hafilda, empat individu lain yang menjadi saksi melihat pertemuan itu, iaitu Mohd Azman Ali (abang Ummi Hafilda), kedua-dua rakan rapat Ummi Hafilda iaitu Puan Zamrah Lajis dan Puan Normala serta pemandu peribadi Shamshida Taharin iaitu Azizan Abu Bakar.
Baca pembongkaran skandal Anwar dan Shamsida melalui perantaraan Nallakarupan, klik di sini dan lihat juga kandungan penuh warkah tersebut, dalam bentuk google.doc Klik di sini
Nallakarupan Ditangkap, Terbongkar Semua Rahsia
(Datuk) Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) ketika itu Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah telah mengeledah rumah Dato Nalla di Bukit Tunku pada 31 Julai 1998.
Semasa penggeledahan, pihak polis telah menemui 125 butir peluru jenis Fiochhi 6.35mm yang dimilki tanpa lesen. Selain itu turut ditemui 150 butir peluru, 38 special, 96 butir peluru 12 bore dan sepucuk pistol, 38 Smith & Wesson.


Turut dijumpai ialah surat-surat asal peribadi kepada Anwar seperti surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), surat asal daripada sebuah syarikat awam memohon untuk membeli saham yang disenaraikan di papan pertama BSKL dan surat asal peribadi yang ditulis tangan oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi kepada Anwar.
Lima surat asal daripada syarikat awam yang disenaraikan di papan pertama BSKL yang dialamatkan kepada Kementerian Kewangan memohon projek-projek kerajaan, dan surat terkelas daripada pegawai Kementerian Kewangan kepada Anwar.
Juga dijumpai ialah wang tunai bercampur-campur berjumlah kira-kira RM2 juta dalam matawang Pound Sterling, Dollar Amerika, Dollar Singapura dan Ringgit Malaysia.
Musa Hassan dalam afidavitnya menyatakan tujuh orang saksi telah memberi pernyataan bertulis semasa penyiasatannya.
Berikut ialah pernyataan-pernyataan saksi yang terkandung dalam afidavitnya:
+ Seorang saksi lelaki telah menyatakan bahawa dia telah diliwat oleh Anwar sebanyak 15 kali. Kegiatan homoseksual ini telah dilakukan di beberapa tempat termasuk di sebuah apartmen, Tivoli Villa di Bangsar. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang mana Nallakaruppan adalah salah seorang pengarahnya yang mempunyai akses ke atas apartmen tersebut.
+ Seorang saksi telah memberi kenyataan bahawa dia mengesyaki kakak iparnya menjalinkan hubungan seks dengan Anwar dan perbuatan tersebut dilakukan di apartmen Tivoli Villa.
+ Bekas pemandu peribadi Nalla dalam kenyataannya menyatakan bahawa dia pernah membawa Anwar bersama Nalla pergi ke tempat tertentu untuk perkhidmatan seks haram. Dia pernah ditugaskan oleh Nalla untuk pergi mengambil perempuan-perempuan berbangsa Cina, Mexican, Eurasian dan bangsa lain untuk kegiatan seks haram. Pernah pada suatu ketika, selepas balik dari apartmen Tivoli Villa, saksi ini memandu kereta yang dinaiki oleh Anwar bersama Nalla dan seorang wanita, yang mana Anwar dilihat memakai rambut palsu.
+ Seorang saksi yang terlibat dalam pembekalan perempuan-perempuan bagi maksud pelacuran menyatakan bahawa Nalla pernah menghubunginya untuk mendapatkan khidmat seks haram. Saksi ini menyatakan dia juga beberapa kali telah membekalkan kepada Nalla perempuan-perempuan tersebut.
+ Seorang saksi wanita menyatakan bahawa Nalla telah memperkenalkannya kepada Anwar semasa di dalam kereta. Kemudiannya mereka bertiga telah pergi ke apartmen Tivoli Villa. Di sebuah bilik di dalam apartmen tersebut saksi ini menyatakan dia telah dicabul kehormatannya dan dia juga menyatakan bahawa Anwar telah merayu-rayu kepadanya untuk mengadakan hubungan seks tetapi dia telah menolaknya. Sewaktu kejadian ini berlaku Nalla berada di apartmen tersebut.
+ Seorang lagi saksi wanita menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nalla ke sebuah banglo dan diperkenalkan kepada Anwar. Saksi ini menyatakan dia diminta masuk ke sebuah bilik dan kemudiannya Anwar telah masuk ke bilik tersebut lalu mencium dan menghempapnya sambil memeluknya. Namun dia tidak menyerahkan dirinya untuk hubungan seks. Untuk mengelakkan dirinya daripada keadaan tersebut dia telah membuat helah yang dia di dalam keadaan haid.
+ Seorang lagi saksi wanita yang bekerja di sebuah syarikat yang mana Nalla adalah salah seorang Pengarah syarikat tersebut, menyatakan bahawa dia pernah dibawa oleh Nalla ke apartmen Tivoli Villa dengan kereta yang dipandu sendiri oleh Nalla. Di apartmen tersebut dia telah terperanjat apabila ditemukan dengan Anwar. Mereka telah mengadakan hubungan seks. Setelah selesai mengadakan hubungan seks dengan Anwar saksi ini menyatakan bahawa mereka telah berbincang tentang hal ehwal politik negara. Nalla telah memberi saksi ini RM350.
+ Pihak polis juga mempunyai keterangan bahawa Nalla ada memberi wang tunai berjumlah RM60 juta kepada Datuk Seri Anwar semasa pilihan raya umum tahun 1995.
+ Terdapat juga keterangan yang menunjukkan Nalla telah mengalihkan aktiviti-aktivitinya ke sebuah apartmen di Impiana Court, Ampang, Selangor selepas siasatan pertama yang dijalankan berkaitan surat layang terhadap skandal seks Anwar pada Ogos 1997. Apartmen ini dimiliki oleh sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Pertama Bursa Saham Kuala Lumpur di mana dia merupakan seorang dari Pengarahnya. Kegiatan-kegiatan seks haram ini masih beterusan walaupun siasatan polis telah dimulakan.
Menurut afidavit itu, sewaktu polis menjalankan siasatan, satu lagi laporan polis telah dibuat oleh seorang ahli korporat (Dato Hamzah) yang mendakwa bahawa Anwar cuba memikat isterinya.
Perkara itu berlaku ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Anwar ke Washington.
Dalam siasatan polis, terbukti Nalla telah juga terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat itu.
Polis juga mempunyai maklumat bahawa Nalla sering mengikuti Anwar ke luar negara dan menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai orang tengah yang membolehkan Anwar dipergunakan oleh anasir-anasir jahat luar negara yang boleh mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara. Klik di sini
Peguam bela Anwar berusaha untuk menggugurkan afidavit Nalla dalam kenyataan Musa Hassan di Mahkamah Tinggi, tetapi tidak berjaya. Klik di sini
Dalam afidavit itu, Nalla menyebut, “pada tahun 1997 kira-kira pukul 6 hingga 6.30 petang, dia diminta oleh Anwar untuk mengambil seorang wanita di kompleks membeli belah Bangsar menaiki kereta BMW nombor pendaftaran WCH 5959. Mereka ditinggalkan di Coffee House Tivoli Villa selama 45 minit. Coffee House itu terletak dalam satu bangunan dengan apartmen di Tivoli Villa di mana Anwar mempunyai kunci apartmen tersebut yang diberi oleh seorang yang bernama T.K Lim dan Nallakaruppan secara peribadi.Biasanya selepas menggunakan apartmen itu, dia (Anwar) akan menyerahkan kunci kepada saya dan kepada T.K. Lim” Klik di sini
Pada 12 Ogos 1998, Datuk Nallakaruppan telah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur atas tuduhan memiliki 125 butir peluru hidup tanpa kebenaran.
Nallakaruppan, dituduh memiliki peluru Fiocchi 6.35 milimeter kira-kira pada pukul 8 malam, 31 Julai 1998 di rumahnya No. 1-1, Selekoh Tunku, Bukit Tunku Kuala Lumpur.
Tertuduh yang dilarang jamin didakwa mengikut Seksyen 57(1)(b) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang boleh dihukum gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Tertuduh diwakili oleh peguam Balwant Singh Sidhu dan Manjeet Singh Dhillon.Klik di sini
Nallakarupan Berpihak Kepada Anwar Perbicaraan 1998
Pada 2 November 1998, Anwar dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di atas empat tuduhan rasuah. Pendakwaan kes ini berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri yang mengarahkan Pengarah Cawangan Khas dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II, Polis Diraja Malaysia semasa 12 Ogos 1997 hingga 18 Ogos pertemuan di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, No 47, Jalan Damansara, Kuala Lumpur.
Arahan Anwar supaya menangkap Ummi Hafilda dan Azizan Abu Bakar bagi mendapatkan kenyataan bertulis daripada mereka berdua bagi menafikan dakwaan salah laku seks dan liwat yang sebelum ini dihantar kepada Perdana Menteri pada 5 Ogos 1997.
Sepanjang prosiding perbicaraan, nama Shamshida Taharin turut dibangkitkan di mahkamah.
Ujian DNA di tempat 'tempat pertemuan' di Tivoli Villa mengesahkan milik Anwar dan Shamshida.

Lim Kong Boon, seorang ahli kimia forensik, yang memberitahu Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur bahawa terdapat kesan-kesan tompokan air mani Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin pada tilam yang dirampas dari sebuah unit apartmen mewah Tivoli Villa.
Lim Kong Boon, saksi pendakwa ke 21 berkata, beliau menemui kesan air mani tersebut setelah menjalankan ujian DNA ke atas 13 tompokan yang terdapat pada tilam tersebut. Lim menerangkan bahawa beliau membuat perbandingan profil yang diambil daripada contoh darah Anwar dan Shamshida yang merupakan isteri bekas Setiausaha Sulitnya, Mohd. Azmin Ali.
Lim memberitahu, hasil kajian DNAnya, 13 tompok air mani itu sesuai dengan contoh darah Anwar Ibrahim dan Shamshida Taharin.
Nallakarupan pula melalui peguamnya Manjeet Singh Dhillon berusaha membantu Anwar di mahkamah. Surat Manjeet kepada Mohtar (Peguam Negara) yang diklasifikasikan sebagai ”persendirian/untuk tatapan anda sahaja” dibacakan di mahkamah yang menuduh Abdul Gani (pendakwa) memaksa Nallakaruppan memberikan keterangan terhadap Anwar sebagai pertukaran kepada tuduhan senjata api yang lebih ringan terhadap ahli perniagaan itu. Klikdi sinidi sini dan di sini
Ekoran dakwaan itu, Abdul Gani Patail dan Azahar Mohamad telah membuat laporan polis. Klik di sini
Nallakarupan Meninggalkan Anwar
Nallakarupan tewas dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi yang didakwa memiliki peluru tanpa permit menyebabkan beliau dipenjarakan satu tahun.
Selepas dibebaskan dari penjara beliau membawa keluarganya berhijrah ke luar negara dan kembali semula ke tanahair pada tahun 2003.
Pada tahun tahun 2004, Anwar memujuk Nallakarupan untuk menyertai PKR untuk membantunya memperkasakan kaum India dalam parti tersebut. Namun Nalla menolaknya. Kemudian setelah dipujuk sekali lagi, pada tahun 2006, Nalakarupan menerima pelawaan Anwar itu.


Pada April 2007, Nallakarupan mendapat pencalonan tertinggi untuk posisi Naib Presiden PKR, namun terpaksa menarik diri daripada pencalonan tersebut setelah dinasihati Anwar yang mahukan Azmin Ali mengisi tempat bekas pemain tenis Anwar itu.
Pada 23 Mei 2007, Nallakarupan mengumumkan keluar dari PKR [klik di sini] dan menubuhkan parti baru, Parti Bersatu India Malaysia (MIUP). Klik di sini
Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan sebab keluar parti kerana tidak tahan lagi dipermainkan oleh rakan karibnya sendiri (Anwar).
“Kali pertama Anwar memberitahu saya patut bertanding dalam pilihanraya kecil Ijok. Tetapi pada saat-saat akhir, beliau meminta saya menarik diri dan memberi kerusi itu kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.
Nallakaruppan berkata beliau sekali lagi ‘dipermainkan” berhubung dengan keputusannya untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada 25 Mei 2007.

source : aidc

No comments: