NUFFNANG

Friday 2 August 2013

BERITA YANG TAK MUNGKIN DISIARKAN DALAM LIDAH RASMI PEMBANGKANG !!

BERITA YANG TAK MUNGKIN DISIARKAN DALAM LIDAH RASMI PEMBANGKANG !!

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang tidak perlu khuatir dengan keputusan yang dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kedudukan parti itu.


Menurut aktivis MIC, Datuk R. Ramanan, kedua-dua pemimpin tersebut boleh meneruskan sandiwara bagi meraih simpati kerana masyarakat Cina akan terus mempercayai mereka.

"Guan Eng dan Kit Siang amat bernasib baik kerana majoriti kaum Cina menganggap sandiwara mereka berdua seperti satu lagu yang amat merdu dan indah. 
"Mereka pastinya telah ada skrip lakonan apabila ROS membuat keputusan berhubung isu penyelewengan dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isu pemilihan CEC parti itu tahun lalu menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan oleh ahlinya sendiri apabila DAP dikatakan gagal memberikan notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah dan layak mengundi pada hari tersebut.

Isu itu juga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin dan bekas pemimpin sehingga ada yang bertindak membawa kes itu ke mahkamah.

Ramanan berkata, ROS tidak harus teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap DAP berhubung isu pemilihan CEC parti berkenaan.

Secara sinis beliau berkata, Barisan Nasional (BN) pula perlu menerima hakikat bahawa kaum Cina pasti akan percaya dengan sandiwara Guan Eng dan Kit Siang itu. 

"Mereka juga tidak peduli tentang manipulasi yang dilakukan oleh Guan Eng," katanya.

ROS jelas beliau, hanya perlu mengambil kira aduan-aduan daripada ahli DAP dan terus membuat keputusan mengikut peruntukan undang-undang.

"Pihak ROS harus tahu bahawa Melayu dan kaum India sudah tidak percaya lagi dengan sandiwara politik Guan Eng dan Kit Siang. Hanya kaum Cina yang percaya dengan lakonan mereka," katanya.

Sebagai contoh, jelas beliau, mereka semua percaya dengan 'drama tangisan' dan sandiwara Kit Siang tentang isi kandungan surat ROS bertarikh 17 April 2013 - UM
Guan Eng mahu jawab?

Sila baca juga artikel ini : KLIK SINI


source : Dr MiM

TERKINI! DAP TERIMA SURAT YANG PALING MEMALUKAN DALAM SEJARAH PARTI ITU !
Sebelum ini, kepimpinan DAP cuba menutup nanah dalam skandal pemilihan CEC DAP yang menjadi lawak jenaka rakyat Malaysia dan memalukan kepimpinan DAP.

Pelbagai helah yang mereka gunakan konon ianya 'bermotifkan politik' atau 'konspirasi BN' dan sebagainya. Tetapi tindakan mereka tidak dapat mengaburi rakyat yang faham bahawa isu ROS ini dilaporkan sendiri oleh ahli-ahli DAP.



Dan helah penipuan DAP itu tidak menjadi apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertindak terhadap parti itu. 
DAP akhirnya menerima surat dari Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan keputusan pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itunamun sebabnya tidak dinyatakan, kata setiausaha penganjurnya. 
Anthony Loke berkata, surat itu diserahkan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada jam 5 petang semalam. 
Menurut Loke (kanan), ia ditandatangani Penolong Pengarah Kanan ROS Desmond Das. seterusnya
MiM sarankan kepada kepimpinan DAP termasuk Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP supaya meletakkan jawatan dengan kadar segera. Anda telah memalukan sekuruh ahli dan penyokong DAP.


Di manakah kredibiliti Lim Guan Eng DAP selepas ini untuk mengkritik UMNO/BN sedangkan parti di bawah pengurusan beliau sendiri begitu teruk dan amat memalukan sekali ?

source : Dr MiM

No comments: