NUFFNANG

Wednesday, 17 July 2013

GERAKAN BEBASKAN 4 MELAYU PUKUL CINA HINA AGAMA ISLAM DI IPD SHAH ALAM HARI INI!!!

GERAKAN BEBASKAN 4 MELAYU PUKUL CINA DI IPD SHAH ALAM HARI INI!!!

Wednesday, July 17, 2013

Walaupun tiada laporan polis dibuat oleh Ng Mun Tatt, empat orang lelaki Melayu telah ditangkap dan ditahan oleh polis Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Negara, keempat-empat lelaki Melayu tersebut telah ditangkap ekoran gambar bak kut teh yang dimuatnaik oleh Alvin Tan dan Vivian Lee serta menghina amalan puasa oleh umat Islam.

Agak aneh tindakan yang dilakukan ke atas keempat-empat orang lelaki berkenaan berbanding tindakan ke atas Ng Mun Tat. Difahamkan, Ng Mun Tatt yang dikatakan sebagai operator yang menjaga kaunter kafe siber sebenarnya adalah pemilik tujuh buah pusat perjudian online. Sudah ada tindakan sita yang dilakukan ke atas premisnya tetapi hanya beberapa kemudian, premis-premis berkenaan beroperasi seperti sedia kala.


Anda masih ingat lagi peristiwa tahun 2009 apabila beberapa orang lelaki Melayu yang mengusung kepala lembu dan memijaknya di hadapan pejabat SUK Selangor, telah menimbulkan kemarahan masyarakat India kerana MENGHINA TUHAN mereka kononnya, walaupun sebenarnya kepala lembu yang dimuliakan sangat itu dilambangkan kepada KEBEBALAN dan KEBODOHAN KHALID IBRAHIM, Menteri Besar Selangor.

Pada ketika itu, Timbalan Pendakwaraya, Mohd Dusuki Mokhtar telah meminta hakim agar 12 orang pemuda Melayu itu dikenakan ikat jamin sebanyak RM15,000 setiap seorang walaupun denda yang dikenakan tidak lebih RM5000.

12 lelaki Melayu berkenaan tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan. Mereka akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin RM500 setiap orang.

Mengapa hanya tindakan tegas dan pantas diambil terhadap Melayu, tetapi Ng Mun Tatt yang mengaku melemparkan bangkai babi ke dalam sebuah surau serta pasangan ALVIVI yang melucah serta menghina Islam pula, dibela dan tidak langsung terjejas dengan undang-undang negara ini?


Adakah undang-undang hanya melibatkan Melayu-Bumiputera sahaja, manakala Cina dan India tidak boleh langsung dilibatkan sekalipun mereka mengaku mereka rakyat Malaysia?

Apakah Cina terlalu istimewa di Malaysia sehinggakan mereka bebas berbuat apa-apa sahaja, manakala Melayu-Bumiputera pula hanyalah pecacai dan pesuruh, malah tanpa laporan polis pun, pelaku terhadap mereka boleh ditangkap sepertimana dalam kes Ng Mun Tatt?

Jom Melayu... kita buat gerakan dan berhimpun di hadapan IPD Shah Alam menuntut pembebasan 4 orang pemuda Melayu yang berani dan bertegas menentang penghinaan terhadap Islam dan Melayu-Bumiputera di negara ini dalam pada kepimpinan negara serta pihak berkuasa tidak mampu melakukannya

source : http://theflyingkick.blogspot.com/2013/07/gerakan-bebaskan-4-melayu-pukul-cina-di.html

No comments: