NUFFNANG

Monday, 3 August 2009

ISA : Apa kata Anwar tentang ISA semasa di dalam kerajaan?

ISA : Apa kata Anwar ?

Oleh Depa Kata

Pada 24hb Mei 1994, semasa merasmikan Mensyuarat Agung Antarabangsa ke 27, Majlis Ekonomi Lembangan Pasifik (PBEC) di Kuala Lumpur, Anwar Ibrahim berkata:

“Walaupun keadaan dalam negara sekarang adalah baik, namun tidak dapat dinafikan kemungkinan berlakunya ketegangan. Dalam keadaan seperti itu kebijaksanaan untuk mempertahankan ISA adalah perlu demi keamanan negara. Adalah tidak wajar untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terbukti berkesan membawa keamanan dan kemakmuran di negara ini.”


Pada 28hb Oktober 1987, Anwar mengulas mengenai penangkapan beberapa tokoh politik tahun 1987 dengan berkata:

“The goverment’s decision to ban all public rallies showed that it placed national security above the aspirations of certain politicians and political parties…..The government’s actions were carefully planned and placed priority on national interest not that of any particular group. There can be no compromise on national security in a multiracial country like ours.”

Inilah sifat manusia munafik, sekarang Anwarlah yang mengancam keselamatan negara dengan disertai oleh Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Anwar pernah ditahan di bawah ISA tahun 1974. Pastinya pengalaman itu membolehkan beliau mempunyai pendirian yang tegas walaupun semasa dalam kerajaan. Ini tidak, tahun 1974, ISA adalah zalim, kata Anwar. Bila jadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar yang sama berkata, ISA mesti dipertahankan, dan bila jadi pembangkang, ISA dikatakan zalim semula. Biawak pun ada dua lidah saja, nampaknya lidah Anwar lebih banyak.

Kepada Haji Hadi dan pejuang-pejuang Islam dalam PAS. Betul ka demokrasi ada demonstrasi? Dalam kitab apa, saya pun nak baca juga. Mufti Besar Iran mengharamkan demonstrasi, dan hukumanya adalah ditembak. Saya tak dengar pun PAS atau PKR mengecam kerajaan Iran membenteras demonstrasi..

Kepada YB-YB yang turut serta dalam demonstrasi yang menyusahkan rakyat, tuan-tuan adalah Pembuat Undang-Undang yang boleh bercakap, luahkan pendapat dalam Parlimen atau DUN masing-masing. Budak tak sekolah pun boleh menilai perbuatan YB-YB macam ini. Lebih-lebih lagi yang beragama Islam. Fahamkah apa erti Qudwah Hasanah. Seharusnya pemimpin, apa parti politik pun perlu menunjukan contoh teladan yang baik kepada masyarakat. Bukan teladan yang tidak baik.

Ahmad Ibni Muhammad, dalam tulisan: Al-Quran dan Sunnah menulis:

“Antara tanda-tanda kiamat, berlakunya mogok dan tunjuk perasaan. Ia merupakan ikutan budaya barat. Mereka keluar berarak di jalan-jalan membawa sependuk, berteriak, memekik-mekik, membaling batu, ‘ MEREKA MENYANGKA ITULAH SATU JIHAD DAN PENGORBANAN YANG BESAR”.

YAB Najib kata, pilih la dewan mana-mana pun, kita bagi permit, nak jerit sampai pagi pun jeritlah, jangan menyusahkan rakyat. Anwar, PAS dan DAP sahutlah cabaran ini.

sumber - depa kata

No comments: