NUFFNANG

Wednesday, 2 July 2014

PANASSSS !! 13-MEI 2.0?

13-MEI 2.0?

'Not everyone who says to me 'Lord, Lord,' will enter the kingdom of heaven, but only he who does the will of my Father who is in heaven. Many will say to me on that day, 'Lord, Lord, did we not prophesy in your name, and in your name drive out demons and perform many miracles? Then I will tell them plainly, 'I never knew you. Away from me, you evil doers!' Excerpt from Holy Bible New International Version at Matthew 07:21-23.*
Salam 2 all.

Adakah pihak pelampau dan extremis keagamaan dan juak-juak mereka tidak tahu menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan?

Setelah mendengar hujah panjang lebar daripada kesemua pihak pada 05 Mac 2014, Mahkamah Persekutuan pada 23 Jun 2014 telah menolak permohonan Titular Archbishop Kuala Lumpur untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang kristian daripada menggunakan kalimah Allah didalam penerbitan The Herald mereka.
Ini adalah keputusan Mahkamah tertinggi didalam negara. Ini keputusan Mahkamah yang ditubuhkan oleh Perlembagaan Persekutuan dengan kuasa-kuasa perundangan dan kehakiman yang tertinggi dan muktamad. Ini adalah keputusan Yang Arif Hakim-Hakim yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong dengan perkenan Majlis Raja-Raja.

Menolak keputusan Mahkamah Persekutuan bermakna menghina Perlembagaan!

Menolak keputusan Mahkamah Persekutuan bermakna menghina Mahkamah!

Menolak keputusan Mahkamah Persekutuan bermakna menghina Raja-Raja!

Melihat kepada komen-komen yang dibuat oleh para pelampau dan extremis keagamaan ini dan penyokong-penyokong mereka, adalah jelas mereka hanya akan menyokong keputusan Mahkamah yang menyebelahi mereka.

Lihat sahaja bagaimana bila Peguam Negara membuat keputusan tidak akan mendakwa Bible Society dalam isu bibel versi Melayu yang menyalah-gunakan kalimah Allah. Walaupun terang-terang bibel tersebut bercanggah dengan Seksyen 9 Enakmen Anti-Dakyah Selangor, tetapi kita dapat melihat bukan main berkokok para pelampau dan extremis ini memuji keputusan Peguam Negara.

Mereka mendesak MAIS supaya menghormati keputusan tersebut. Malah dengan lebih biaDap mereka mendesak MAIS mengembalikan bibel-bibel dakyah tersebut.

Tetapi bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak permohonan rayuan mereka, sekaligus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kalimah Allah bukan merupakan intipati integral kepercayaan kristianiti, tiba-tiba kaum ini menjadi sawan tak keruan.

Bukan sahaja mereka tidak tahu menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, malah mereka mencabar umat Islam dengan ugutan akan terus menggunakan kalimah Allah didalam gereja dan didalam amalan keagamaan mereka!

Kalau ini bukan kurang ajar dan biaDap, saya tidak tahu nak bagi label apa lagi kepada perangai pelampau keagamaan dan extremis liberalis ini.

Dan kalau melihat komen-komen yang dimuat-turun di laman-laman web mereka, terbukti tanpa sebarang keraguan bahawa memang mereka ini kaum yang cukup biaDap, kurang ajar dan sudah menurun perangai dan kelakuan mereka ke tahap kehaiwanan; malah lebih rendah daripada haiwan!

Saya ingin memberi peringatan kepada kaum cauvinis dan pelampau agama ini, jangan kamu nak uji kesabaran umat Islam. Memang kami diajar supaya bersikap toleransi dan sabar, tetapi hanya kepada mereka yang tahu beradab dan saling menghormati.

Tetapi bila kamu melangkau ke dunia kebiaDapan dan kurang ajar melampau, sehingga menyerang Allah dan agama Islam, kamu kami anggap sebagai kafir harbi, dan rakan sekongkolan kamu yang mengaku Islam kami anggap adalah munafik.

Dan Islam mengajar kami adalah diperbolehkan untuk menentang kafir harbi dan kaum munafik ini dengan apa sahaja cara yang bersesuaian dan dibenarkan Islam dan undang-undang negara ini!

Kamu mendakwa Jesus mengajar kamu agama kristian berteraskan kasih-sayang. Tetapi cara kamu bertindak bukan sahaja tidak mengikuti ajaran agama kamu itu, malahan membuktikan kamu langsung tidak bertamaddun dan menunjukkan ciri-ciri manusia yang tiada punya kesedaran sivik!

Dan saya percaya ramai penganut kristian yang benar-benar mengikuti ajaran Jesus TIDAK bersetuju dengan tindak-tanduk dan kebiaDapan kamu ini! Mereka tahu dan mereka sedar bahawa kita selama ini hidup aman damai dan harmoni antara kaum dan agama kerana amalan toleransi dan saling hormat menghormati yang menjadi teras kepada perpaduan rakyat negara ini.

Satu soalan mudah yang saya minta kamu jawab:

Dalam Kings James Bible kamu menterjemahkan Matthew 27:46 daripada bahasa hebrew Jesus 'Eli, Eli lamma sabachthani' dengan ayat 'My God, My God, why have thy forsaken me'. Persoalannya mengapa dalam bahasa Melayu kamu terjemahkan ayat itu dengan 'Allahku, Allahku, mengapa Kau tinggalkan aku'.

Sedangkan mana-mana rakyat Malaysia dan orang yang faham bahasa Melayu tahu terjemahan tepat dan betul bagi 'my God, my God' ialah 'Tuhanku, Tuhanku'. Sebab itu Rukunegara Pertama ialah 'Kepercayaan kepada Tuhan', bukan 'Kepercayaan kepada Allah' kerana kita meraikan kepercayaan agama-agama lain yang tidak mempertuhankan Allah.

Bermakna persoalan penggunaan kalimah Allah didalam bibel versi bahasa Melayu adalah soal salah-terjemahan, bukan soal kepercayaan!

Jadi tidak timbul soal hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan! Tidak timbul soal menyekat hak asasi penganut kristian mengamalkan agama mereka. Tidak timbul soal mencabul kebebasan kamu untuk beragama dan bertuhan.

Salah-terjemah perkataan bukan soal hak asasi tetapi persoalan bahasa!

Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memperbetulkan salah terjemahan tersebut, itu sahaja.

Dan itulah yang dilakukan oleh sebahagian penganut kristian di Indonesia bilamana sebuah pertubuhan kristian bernama Yayasan Lentera Bangsa menerbitkan bibel versi bahasa Melayu-Indonesia dinamakan 'Kitab Suci - Perjanjian Baru & Lama' Edisi 2, Cetakan Pertama tahun 2008.

Contohnya bagi ayat Matthew 27:46 diatas, telah diterjemahkan seperti berikut (dimukasurat 40 Kitab Perjanjian Lama Matius 27:46):

Dan kira-kira jam kesembilan Yesus berteriak dengan suara nyaring, sambil berkata "Eli, Eli, lama sabakhtani?" Yang artinya, "Elohimku, Elohimku, mengapa Engkau meninggalkan aku".

Ini bermakna penggunaan kalimah Allah bukanlah sebahagian daripada keprecayaan penganut kristian - atau seperti yang diputuskan oleh Mahkamah - it is not an integral part of the christianity faith.

Bermakna keputusan Mahkamah bukan sahaja tepat dan betul dari segi undang-undang dan Perlembagaan, malahan tepat dan betul dari segi kepercayaan penganut kristian sendiri.

Oleh itu saya menyeru para pelampau dan extremis keagamaan ini supaya belajar menghormati keputusan Mahkamah, belajar menghormati Perlembagaan Malaysia, belajar menghormati undang-undang Malaysia, belajar menghormati sensitiviti agama lain termasuk Islam, belajar menghormati agama kristian sendiri.

Jika tidak, kamu memang kurang ajar! Jika tidak kamu memang biaDap!

Dan kalau kamu tidak menghentikan provokasi dan penghasutan berterusan ini, kamu hanya sekadar mengundang supaya peristiwa 13 Mei supaya berulang. Bacalah buku "13th May: Before & After" karya Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dan Lapuran Mageran 06 Oktober 1969 untuk kamu sedar bahawa apa yang kamu sedang lakukan sekarang adalah tindakan provokatif yang boleh mengundang berulangnya peristiwa 13 mei 1969.

Atau adakah kamu memang sengaja mahu 13-Mei 2.0 berlaku? Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan keharmonian tidak mahu melihat peristiwa 13 Mei ini berulang, kerana kami tahu betapa sengsara dan menderitanya rakyat akibat perbuatan biaDap para cauvinis dan pelampau perkauman dan agama ini.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
28 Sya'ban 1435
26 Jun 2014

Ini adalah petikan daripada bible kristian. Kita umat Islam menolak sebarang kepercayaan yang mensyirikkan Allah. Memaparkan petikan bible disini bukan bermakna saya menerima atau mengiktirafnya, apatah lagi mempercayainya. Sebaliknya tujuannya adalah untuk mengingatkan pendakyah kristian apa yang disebut oleh bible mereka sendiri!

No comments: